Hari kemerdekaan Sarawak, rakyat hidup dalam kemakmuran

Hari Kemerdekaan Sarawak (juga dikenali sebagai Hari Sarawak) adalah hari perayaan yang sambut pada 22 Julai  setiap tahun oleh negeri Sarawak di Malaysia, meraikan penubuhan kerajaan sendiri dan kemerdekaan de facto pada 22 Julai 1963.

Sarawak telah diberikan mandat sendiri pada 22 Julai 1963, dengan jangkaan bahawa ia akan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September pada tahun yang sama. Dikatakan bahawa sebelum upacara pada 22 Julai 1963, Gubernur Koloni yang terakhir, Alexander Waddell meninggalkan Astana dan menaiki sampan putih untuk menyeberangi Sungai Sarawak, kemudian menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada rakyat Sarawak.

Oleh itu, ini adalah hari bersejarah bagi rakyat Sarawak selepas begitu lama dijajah oleh "British Colony Crown". Rakyat berbilang kaum, etnik, budaya dan agama di Sarawak boleh hidup dengan aman tanpa gangguan.

Kita boleh bekerjasama dan hidup harmoni walaupun mereka mempunyai bahasa, budaya, dan agama yang berlainan. Inilah keunikan rakyat Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama boleh hidup dengan aman dan makmur.

Sarawak boleh menjadi contoh bagi negara-negara lain yang berbilang kaum, bahasa dan agama bahawa di Sarawak rakyat boleh hidup aman damai seperti dalam suatu keluarga yang besar.

Sekarang, fasa penting bagi semua rakyat Sarawak terus bersatu. Tolak budaya fitnah, memprovokasi, menghasut dan perkauman yang dibawa oleh kumpulan tertentu.

Begitu juga dengan budaya politik yang melampau, pelanggaran janji, chauvinisme, skandal seks, skandal rasuah, dan semua kepentingan peribadi untuk merampas kedudukan dengan memasang kroni.

Kami mahu Sarawak bebas daripada budaya asing yang melampau yang tidak sesuai dengan budaya tempatan yang mempraktikkan keharmonian dan saling menghormati antara satu sama lain.

Selamat menyambut perayaan Hari Sarawak kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.


Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Sarawak Independence Day, the people live in prosperity

Sarawak Independence Day (also known as Sarawak Day) is a celebration day celebrated on July 22 each year by the state of Sarawak in Malaysia, to celebrate the establishment of self-government and de facto independence on 22 July 1963.

Sarawak was given its own mandate on 22 July 1963, with the expectation that it would form the Federation of Malaysia on 16 September of the same year. It is said that before the ceremony on 22 July 1963, Alexander Waddell, the last Governor of the Colony left the Astana and boarded a white sampan to cross the Sarawak River, then handed the administration of Sarawak to the Sarawakian citizens.

Hence, this is a historic day for the people of Sarawak after so long been colonized by the "British Colony Crown." People of different races, ethnicities, cultures, and religions Sarawak can live in peace without provocation.

We can work together and live harmoniously even though they have different languages, cultures, and religions. This is the uniqueness of the people of Sarawak who have various races, and religions can live in peace and prosperity.

Sarawak can be an example for other countries of different races, languages, and religions that in Sarawak the people can live peacefully as in a large family.

Now, the important phase for all the people of Sarawak to remain united. Reject the culture of slander, provoke, incite and racism brought by certain groups.

Similarly with extreme political culture, breach of promises, chauvinism, sex scandals, bribes scandals, and all personal interests to seize positions by installing cronies.

We want Sarawak to be totally free from extreme foreign cultures that do not fit in with local cultures that practice harmonious and mutual respect to each other.

Happy Sarawak Independence Day to all the people of Sarawak, regardless of race, religion and political affiliation.