Banjir kilat & pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan memerlukan perhatian pihak berkuasa



Semasa hujan lebat, banjir kilat sering berlaku di kawasan perumahan 3E, Piasau Jaya Fasa 4, Miri. Parit sempit dan rumput yang tumbuh di sepanjang saluran air menjadikannya sukar untuk air hujan mengalir lancar.

Salah seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan dan tinggal di kawasan perumahan mengadu kepada pihak kami bahawa kawasan itu sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat berlaku.

Menurutnya lagi, kadang-kadang air akan mengalir masuk ke ruang tamu tempat dia tinggal. Beliau sering bimbang jika hujan berterusan, air dari longkang akan membanjiri kawasan itu.

Dia telah mengadu perkara itu kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah saliran yang tersumbat, tetapi tiada tindakan diambil.

Kami menggesa Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk mengambil tindakan segera terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan Piasau Jaya Fasa 4, lorong 3E.

Kerja membersihkan saliran yang tersumbat dan membuang rumput yang merupakan sumber saliran tersumbat harus dilakukan dengan segera untuk mencegah banjir kilat dan pembiakan nyamuk Aedes.

Nyamuk Aedes dengan mudah boleh membiak di dalam takungan seperti longkang tersumbat, tayar buruk dan bekas penyimpanan air.

Untuk memastikan kebersihan dan kesihatan penduduk perumahan, kerjasama dengan pihak MBM dan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera adalah sangat dihargai.


Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Flash Floods & Aedes mosquito breeding in residential areas require the attention of the authorities

During heavy rains, flash floods often occur in the 3E residential area, Piasau Jaya Phase 4, Miri. Narrow trenches and grass growing along the waterways making it difficult for the rainwater to flow smoothly.

One of the residents who do not want to be named and stay in a residential area complained to us that the area is often flooded when heavy rains occur.

According to him, sometimes water will flow into the living room where he lives. He is often worried that if the rain continues, the water from the drain will be flooding into the area.

He has complained the matter to the parties concerned to resolve the problem of clogged drains, but no action was taken.

We urge the Miri City Council (MCC) to take immediate action on the problems faced by the residents in a residential area Piasau Jaya Phase 4, lane 3E.

Removal of clogged drainage and removal of grass which is the source of clogged drainage should be done immediately to prevent flash floods and Aedes mosquito breeding.

Aedes mosquitoes can easily breed in reservoirs such as clogged drains, bad tires, and water storage containers.

To ensure the cleanliness and health of the housing population, cooperation with the MCC and the relevant parties to resolve this problem as soon as possible is greatly appreciated.