Jerebu akan kembali jika kebakaran belukar tidak dikawal

Cuaca di bandaraya Miri panas dan kering sejak kebelakangan ini. Mungkinkah cuaca kering dan panas telah menjadi akibat kebakaran belukar baru-baru ini di sebuah perladangan di Kuala Baram? Kebakaran besar di kawasan tanah gambut jika tidak dikawal boleh menyebabkan jerebu kembali.

Pihak berkuasa perlu menyiasat secara terperinci bagaimana kejadian kebakaran itu boleh berlaku. Jika ada pihak tertentu dengan sengaja membakar semak untuk tujuan mengembangkan ladang mereka, pihak berkuasa mesti mengambil tindakan terhadap mereka.

Asap tebal akibat kebakaran belukar boleh menyebabkan jerebu dan buruk bagi pesakit asma, dan kesihatan orang awam yang tinggal berhampiran tempat kejadian akan terjejas.

PAS Sarawak mendesak pihak berkuasa untuk tidak membiarkan perkara seperti ini berlaku kerana negara kita menghadapi pelbagai masalah termasuk Coronavirus 2019 (COVID-19) masih tidak terkawal sepenuhnya dan menunggu keputusan ujian makmal untuk menghalangnya daripada merebak.

Marilah kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri kita dan orang ramai daripada perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan rakyat. Kerjasama semua pihak sangat dihargai agar kita dapat hidup dengan aman dan bebas dari masalah kesehatan.


Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

The haze will return if the bush fire is not controlled

The weather in Miri city has been hot and dry lately. Could it be that the dry and hot weather has been the result of a recent bush fire at a plantation in Kuala Baram? Large fires in peatlands if not controlled can lead to haze back.

Authorities need to investigate in detail how the fire incident happened. If certain parties intentionally set fire to the bush for the purpose of expanding their farms, the authorities must take action against them.

The thick smoke caused by bushfires can cause haze and bad for asthmatics, and public health who lives near the scene will be affected.

Sarawak PAS urged the authorities not to let things like that happen again because our country has been facing various problems including Coronavirus 2019 (COVID-19) are still not fully under control and wait for the results of the laboratory tests to prevent it from spreading.

Let us safeguard the health and safety of ourselves and the public from unwanted things that could jeopardize the health and safety of the people. The cooperation of all parties is very important so that we can live in peace and free from health problems.