Bantulah keluarga yang terputus dari bekalan makanan
Image result for sumbangan PAS Miri

Wabak Coronavirus @ COVID-19 terus meningkat setiap hari dan Perintah Kawalan Pergerakan juga telah melebihi satu minggu. Sesetengah keluarga terjejas oleh ketidakupayaan untuk meninggalkan rumah untuk mencari rezeki dan membeli bekalan makanan kerana kekurangan wang untuk membeli barangan runcit.

Kebanyakan keluarga yang bergantung kepada pendapatan perniagaan harian mereka, dan mereka yang miskin dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, harus tinggal di rumah dan tidak dapat meninggalkan rumah kerana mereka tidak mempunyai wang dan kenderaan untuk pergi ke kedai runcit beli barang dapur.

Kami telah menerima aduan mengenai isu ini, dan kami meminta pihak-pihak yang berkaitan, terutamanya pihak kerajaan, badan amal, NGO dan individu, untuk memberikan bantuan segera kepada keluarga yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan supaya mereka dapat memberi bekalan makanan kepada keluarga yang terlibat. Kebanyakan keluarga ini tinggal di pinggir bandar dan bahkan perniagaan kecil merasa sukar untuk keluar dari rumah untuk perniagaan.

Bantuan perlu diberikan terus kepada keluarga yang terlibat kerana mereka sukar untuk meninggalkan rumah. Pembekalan barangan runcit mesti diuruskan oleh pihak berkuasa supaya bekalan makanan sampai kepada kumpulan sasaran tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik.

Dengan bantuan pihak berkuasa untuk memberikan bantuan ini, lebih mudah bagi pihak yang berkenaan untuk menyampaikan bekalan makanan kepada keluarga yang terlibat sebab pihak berkuasa mempunyai kemudahan untuk menjangkau mereka yang terlibat.

Jika mangsa wabak COVID-19 bertambah setiap hari dan banyak kematian, kemungkinan besar Pergerakan Perintah Kawalan akan dilanjutkan, semua pihak perlu bekerjasama sepenuhnya dengan arahan kerajaan untuk mengelakkan wabak itu daripada terus merebak.

Diharapkan, wabak Covid-19 boleh dikawal sepenuhnya dan kita semua boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan selamat dari mana-mana penyakit.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Help the family that disconnected from the food supply

Coronavirus @ COVID-19 outbreaks continue to rise daily and the Movement Control Order has been more than a week away. Some families are affected by the inability to leave home to earn a living and buy food supplies due to a lack of money to buy groceries.

Most families who depend on their daily business income and those who are poor and do not have a regular source of income, should stay home and not be able to leave home because they do not have the money and vehicles to go to grocery stores to buy groceries.

We have received complaints on this issue, and we ask the relevant parties, especially the government, charities, NGOs and individuals, to provide immediate assistance to families affected by the Movement Control Order so that they can provide a supply of food to the families involved. Many of these families live in the suburbs and even small businesses find it difficult to get out of the house for business.

Aid should be given directly to affected families as they are difficult to leave home. The supply of groceries must be managed by the authorities so that the food supply reaches the target group regardless of race, religion or political affiliation.

With the help of the authorities to provide this assistance, it is easier for the relevant authorities to deliver food supplies to families affected because the authorities have the facilities to reach those affected.

If the victims of the COVID-19 outbreak increase daily and many deaths, it is most likely that the Control Order movement will be extended, all parties should cooperate fully with the government's instructions to prevent the outbreak from spreading.

Hopefully, the epidemic Covid-19 can be fully controlled, and we all can live a life as usual and safe from any disease.