Perintah Kawalan Pergerakan mengikut zon

Perintah Kawalan Pergerakan – Demi Keselamatan, Kebaikan dan ... 
Wabak Coronavirus @ COVID-19 terus meningkat setiap hari dan Perintah Kawalan Pergerakan perlu dilanjutkan sehingga 14 April, 2020, oleh kerajaan Malaysia untuk melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19.

Walaupun terdapat beberapa tempat atau kawasan, kes jangkitan COVID-19 lebih teruk dan terdapat juga kawasan di mana tidak ada jangkitan, tetapi mereka tidak sepatutnya meninggalkan tempat itu kerana mereka boleh dijangkiti apabila memasuki kawasan larangan jika tidak ada kawalan. Di tempat-tempat di mana tiada jangkitan COVID-19, mereka juga mesti mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 daripada merebak.

Semasa pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ini, kerajaan boleh menyemak dan mengenal pasti kawasan yang boleh diklasifikasikan sebagai Zon Merah (tidak selamat) Zon Kuning (kurang selamat) dan Zon Hijau (selamat) untuk memudahkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan lebih berkesan di negara ini.

Di Kawasan Merah, penduduk akan berada di bawah perintah berkurung dan semua keperluan makanan mereka akan ditanggung oleh kerajaan tempatan sehingga jangkitan dapat dikawal atau tidak ada jangkitan baru berlaku. Di Kawasan Merah, penduduk di kawasan itu dilarang keluar sepenuhnya dan pergerakan mereka harus dipantau untuk mencegah penyebaran ke kawasan lain yang berdekatan.

Di Zon Kuning, di mana terdapat juga populasi yang dijangkiti tetapi tidak sebanyak Zon Merah hanya satu atau dua kes, mereka boleh ditempatkan di dalam bilik pengasingan atau bilik kuarantin di hospital berdekatan. Penduduk kawasan tersebut boleh ditempatkan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan semasa. Mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan keluar dari rumah melainkan ada keperluan untuk membeli barangan makanan dan sebagainya. Mereka masih bebas untuk bergerak tidak seperti di Zon Merah.

Dalam Zon Hijau, tiada kes jangkitan berlaku sehingga penduduk dapat bekerja seperti biasa tetapi mereka juga dilarang meninggalkan premis mereka dan pergi ke tempat lain tanpa izin dari pihak berkuasa. Penduduk di luar kawasan mereka juga dilarang memasuki Zon Hijau sehingga keadaan COVID-19 dikawal sepenuhnya di seluruh negara.

Kesihatan dan keselamatan penduduk yang tinggal di Zon Hijau mesti diambil kira dan jangan biarkan Zon mereka menjadi Zon Kuning atau Zon Merah kerana mereka cuai dan tidak mengambil serius tentang kesihatan dan keselamatan diri mereka di zon selamat.

Mungkin pihak berkuasa boleh menyemak semula Perintah Kawalan Pergerakan, mengikut zon, supaya rakyat di negara ini masih boleh bekerja seperti biasa dalam keadaan selamat. Sekurang-kurangnya kawasan yang tidak terjejas oleh jangkitan COVID-19 boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa dan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membantu populasi yang terjejas oleh jangkitan COVID-19 dengan menyumbang kepada mangsa yang terputus dari bekalan makanan.

Perkara ini boleh dibincangkan lagi oleh pihak berkuasa dengan pakar kesihatan dan pegawai keselamatan, dan bagaimana kita boleh menangani masalah ini dalam konteks krisis ekonomi negara akibat daripada jangkitan COVID-19. Dengan cara ini, mereka sekurang-kurangnya boleh mencegah wabak itu daripada menyebarkan dan rakyat Malaysia boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa dan selamat.

Mari kita memberikan idea terbaik untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus merebak kerana jika ia tidak terkawal, rakyat dan negara akan terjejas teruk. Selain berdoa kepada Allah, kita perlu melakukan sesuatu untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus merebak dan dapat dikawal sepenuhnya dan kemudian dibasmi sepenuhnya.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Movement Control Order by zone

Coronavirus @ COVID-19 outbreaks continue to rise daily and the Movement Control Order has to be extended until April 14, 2020, by the Malaysian government to protect the population from COVID-19 infection.

Although there are a few places or areas, cases of infection COVID-19 worse and there are also areas where there is no infection, but they are not supposed to leave that place because they can be infected when entering a restricted area if there is no control. In areas where there is no COVID-19 infection, they must also comply with the National Movement Control Order to prevent COVID-19 infection from spreading.

During this extension of the Movement Control Order, the government may review and identify areas that may be classified as Red Zone (unsafe), Yellow Zone (less secure) and Green Zone (secure) to facilitate the government to implement the Movement Control Order more effectively in the country.

In the Red Zone, residents will be under curfew and all their food needs will be borne by the local government until the infection is controlled or no new infections occur. In the Red Zone, residents of the area are prohibited from going out completely, and their movements should be monitored to prevent spread to other nearby areas.

In the Yellow Zone, where there are also populations that are infected but not as much as the Red Zone only one or two cases, they can be placed in isolation or quarantine room at a nearby hospital. The residents of the area can be placed in accordance with the current Movement Control Order. They are not allowed out of the area and out of the house unless there is a need to buy food items and such. They are still free to move to unlike in the Red Zone.

In the Green Zone, no cases of infection occur so residents can work as usual but they are also prohibited from leaving their premises and going elsewhere without permission from the authorities. Residents outside their area are also prohibited from entering the Green Zone until the COVID-19 situation is fully regulated throughout the country.

The health and safety of people living in the Green Zone must be taken into account and don't let their Zone to become a Yellow Zone or Red Zone because they are careless and do not care about their health and safety very seriously in the safe zone.

Maybe the authorities can review the Movement Control Order, in accordance with the zone, so that people in this country can still work as usual in a safe condition. At least areas not affected by COVID-19 infection can continue their lives as usual and help boost the country's economic growth and help the population affected by COVID-19 infection by contributing to the victims that are disconnected from the food supply.

This matter can be further discussed by the authorities with health experts and security officials, and how we can address this problem in the context of the country's economic crisis as a result of the COVID-19 infection. In this way, they can at least prevent the outbreak from spreading and Malaysians can continue their lives as usual and safely.

Let us give you the best idea to prevent COVID-19 infection from spreading because if it is not controlled, the people and the country will be severely affected. In addition to praying to God, we need to do something to prevent COVID-19 infection from spreading and can be fully controlled and then eradicated completely.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief