Walaupun ramai yang lega,tetapi ada yang masih menunggu untuk menerima bantuan makanan
 
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) munkin akan dilanjutkan sekiranya wabak Coronavirus @ COVID-19 terus meningkat setiap hari. Ramai orang akan menghadapi kekurangan makanan jika PKP terus berlanjutan.

PAS Miri telah mengedarkan sumbangan bekalan makanan asas kepada penduduk kampung serta setinggan di Pujut 9 yang terjejas oleh kesukaran mendapatkan bekalan makanan serta PKP.

Turut hadir sumbangan itu ialah Encik Muhtar Bin Haji Suhaili yang merupakan AJK PAS Pusat dan
juga Tuan Nazri selaku Naib Yang Dipertuan PAS  Miri dan juga ahli PAS cawangan Senadin.

Program sumbangan turut dibantu oleh ahli NGO Pertubuhan Kebajikan Rumpun Islam Sejagat Miri (KERIS) yang juga merupakan ahli PAS Cawangan Senadin.

PAS Miri telah berusaha keras untuk membantu penduduk yang kurang berkemampuan walaupun dalam keadaan terhad. Program ini akan diteruskan di tempat lain juga dengan kelulusan dan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan. Hanya mereka yang diberikan permit boleh keluar dan mengedarkan sumbangan kerana PAS tetap mematuhi PKP. Semoga wabak COVID-19 dapat dihapuskan segera.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Although many are relieved, there are those still waiting to receive food aid

The Movement Control Order (CPP) will be extended in case of Coronavirus @ COVID-19 outbreaks continues

to rise daily. More and more people will be facing food shortages if the MCO continues.

PAS Miri has distributed the basic food supply to the villagers and squatters in Pujut 9 affected by the difficulty of obtaining food supplies and the MCO.

Also present were Mr. Muhtar Bin Haji Suhaili who a PAS's central committee member and also Mr. Mahmad Nazri as Vice-Chairman of the PAS Miri cum PAS Senadin member.

The donation program was also assisted by members of the NGO - Pertubuhan Kebajikan Rumpun Islam Sejagat Miri (KERIS), who is also a members of the PAS branch Senadin.

PAS Miri has been working hard to help the underprivileged population even under limited circumstances. The program will continue in other places as well, with the approval and cooperation of the local authorities. Only those who are granted permits can go out and distribute donations as PAS remains in compliance with the MCO. Hopefully, the epidemic COVID-19 can be eliminated immediately.