PAS Kawasan Miri, amat terkejut bila mana perkara berkenaan banner yang dipasang oleh pertugas-pertugas PAS sempena Aidilfitri yang lepas dijadikan suatu isu. Perkara ini telah dilaporkan di dalam Borneo Post pada tarikh 5hb Oktober 2009.

Adakah isu sebegini cukup besar sehingga perlu dimasukkan ke dalam surat khabar utama negeri ini. Sedangkan banyak lagi isu-isu besar yang perlu diambil perhatian terutama yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat.

Sebagai contoh, kesesakan lalu-lintas yang terpaksa ditempuhi oleh penduduk di kawasan Permyjaya apabila tiba waktu balik kerja. Mungkin isu ini lebih relevant untuk diambil perhatian dan diajukan kepada pihak yang berkenaan. Mungkin jugak YB Datuk Lee Kim Shim sendiri perlu ambil perhatian memandangkan Permyjaya termasuk di dalam DUN Senadin yang diwakili beliau.

Walauapa pun, PAS Kawasan Miri ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Borneo Post kerana secara tidak langsung telah memberi publisiti kepada PAS Kawasan Miri.