Miri, 17 Oktober 2009 - Alhamdulillah PAS Kawasan Miri telah berjaya mengadakan rumah terbuka bersempena Aidilfitri 1430H pada hari Sabtu 17 Oktober 2009 bertempat di rumah YDP PAS Kawasan Miri di Kpg. Baru Luak.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk bersama-sama dengan masyarakat Miri dalam merayakan Aidilfitri tahun ini selain bagi mendampingi rakyat dalam usaha untuk memasyarakatkan PAS di Bumi Kenyalang ini. Majlis bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.

Seramai 300 orang hadir bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pimpinan pakatan rakyat di Miri iaitu PAS, DAP & PKR. Majlis seumpama ini turut mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara PAS, DAP & PKR dalam usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Majlis yang julung-julung kali diadakan di bumi Miri ini menjadi suatu petanda bahawa PAS diterima oleh masyarakat Sarawak khususnya masyarakat Miri. Sebagai rekod, PAS Kawasan Miri telah berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Suasana rumah terbuka PAS Kawasan Miri: