21 April 2010, Miri - Tepat jam 2.15 petang hari ini, Pakatan Rakyat Miri telah bersama-sama wakil penjaja pasar malam Miri telah menyerahkan petisyen bagi penambah-baikan bagi pasar malam bandaraya Miri di kawasan Saberkas.

Anatara yang turut serta di dalam perjumpaan dengan datuk bandar Miri itu ialah Tn Hj Jofri (YDP PAS Miri), Saudara Fong Pau Tech (Ketua DAP Miri), Puan Zulhaidah (Naib PKR Miri), En Abu Bakar (Timb. Setiausaha Persatuan Penjaja) dan beberapa orang wakil daripada part-parti komponen Pakatan Rakyat serta wakil-wakil penjaja.

Pertemuan bersama Datuk Bandar turut disertai oleh Timbalan Datuk Bandar dan Setiausaha Majlis Bandaraya Miri. Pertemuan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Janji Datuk Bandar adalah untuk menjemput wakil penjaja ke mesyuarat Majlis Bandaraya Miri pada bulan berikutnya dan meneliti petisyen yang telah diserahkan.