Alhamdulillah buat julung kali setelah disahkan pendaftaran PAS Kawasan Miri;seluruh ahli telah berkumpul di Hotel Telan Usan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri kali pertama. Lebih manis ia telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS,Tuan Haji Mahfuz Omar.

Tuan Haji Mahfuz dalam ucapan perasmian;telah mengajak seluruh ahli PAS Miri untuk meneruskan agenda dakwah dan tarbiyyah bagi memastikan teras perjuangan ISLAM disampaikan kepada seluruh masyarakat Sarawak. Usaha dakwah ini bukan sekadar untuk kemenangan pilihanraya semata tetapi adalah untuk generasi yang akan datang. YB menegaskan akan peri penting memahami semua ilmu siasah syariah dalam mendepani isu semasa;apatah lagi kerjasama UMNO/BN dengan Yahudi APCO pasti akan berusaha menghalang usaha dakwah ISLAM ini. Dalam ISLAM;kepimpinan adalah satu AMANAH bukannya Ghanimah(mencari kekayaan).

YDP PAS dalam ucapan dasar telah menggariskan hala tuju PAS Miri berpaksi pada perkaderan,tarbiyyah dan dakwah seterusnya pemantapan organisasi dan ekonomi jemaah.
Dengan ini;insyaALLAH PAS Miri akan menghantar perwakilan ke Muktamar PAS Pusat di Pusat Tarbiyyah Islami Kelantan (PUTIK) pada 11-13 Jun ini. TAKBIR!