AlhamduliLLAH ;pada Ahad 1 Ogos,bertempat di Markaz PAS Sarawak Matang Jaya,telah diadakan Munaqasyah ucapan Dasar Presiden PAS bertajuk :ISLAM Adil Untuk Semua". Ketua Penerangan PAS Pusat ;Ustaz Idris Ahmad telah sudi hadir menyampaikan kertas kerja beliau.

Dalam ucapan aluan ;Pesuruhjaya PAS Sarawak;Tuan Haji Adam mengaskan akan peri penting setiap anggota PAS menggerakkan usaha merealisasikan semua tindakan yang digarp dalam ucapan dasar kali ini. Penegasan betapa indahnya Keadilan dalam ISLAM untuk semua makhluk merupakan teras ucapan kali ini.

Ustaz Idris;dalam syarahannya ;menyebut peri penting bahawa kerta kerja ucapan dasar itu hanya sekadar 1% daripada isi kesuluruhannya ;sementara 99% lagi datangnya dari tindakan perlaksanaan . Beliau yakin;biarpun Sarawak selaku negeri bongsu kehadiran PAS;tapi sinar ISLAM yang dibawa oleh perjuangan PAS berteraskan ALQuran dan Sunnah ini merupakan satu harapan terbaik bagi masyarakat Sarawak yang pelbagai budaya dalam meningkat nilai diri dan kehidupan masyarakat. Tambah beliau lagi;adalah menjadi kewajiban semua ahli PAS sentiasa meningkat ukhwah sesama ahli dengan memastikan Usrah berjalan demi perlaksanaan tindakan dakwah yang berkesan.

Adil yang secara jelas disebut dalam ISLAM adalah meletakkan sesuatu ditempat yang sepatutnya seperti ayat ke 8 Surah Al-Maidah telah mencetuskan motivasi pada semua petugas PAS di ceruk negeri untuk menyebarkan dakwah dan janji keadilan ISLAM ini.