PAS Miri telah mengadakan lawatan kebajikan kerumah panjang di pinggir bandaraya Miri pada minggu lalu yang turut disertai YB Taib Azamudin,Ahli Parlimen PAS Baling dan Ketua AMK Sarawak,Ahmad Nazib . PAS Miri diketuai sendiri YDP PAS Kawasan Miri ,Tuan Haji Jofri Jaraiee telah disambut mesra oleh Tuai Rumah dan penduduk setempat.
Sebanyak 2 buah rumah panjang dilawati terdiri 120 buah pintu . Walaupun terpaksa meredah hujan dan jalan yang sukar dek kerana pembangunan infrastuktur yang amat teruk,PAS Miri tetap bersungguh untuk menyampaikan mesej PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan di Sarawak. YB Taib dengan tegas menerangkan kejayaan PAS dan Pakatan di Kedah dalam melaksanakan program Tanah Untuk Rakyat sedangkan di Sarawak,BN telah merampas hak rakyat. Kebanyakan penduduk cukup terharu dengan kunjungan mesra PAS Miri dan rakan Pakatan dan memberi jaminan akan membuat perubahan penting demi menjamin kesejahteraan hidup masa hadapan mereka. Untuk rekod salah sebuah rumah panjang terdiri dari mangsa kebakaran Rumah Panjang asal mereka pada 2009 ,namun masih belum mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan BN.

_____________________________________________________________________________________

PAS Miri continue to conduct Charity Visit and this time around at 120 doors-Long House nearby Miri/Baram. The reception from the people is really positive with a keen support by the people who want to know more about PAS. Special guest is MP from baling,YB Taib Azamudin,who shared success of Pakatan Rakyat Kedah on giving land title to more than 300 families in Kedah for the past 2 years;while in Sarawak,the case is contrary ;where people's land been robbed by Taib and Regime. with this positive step;PAS for ALL is really a well implemented theme for PAS to be accepted by Sarawakians