Penubuhan Kelab Penyokong PAS Iban membuktikan PAS tidak mengabaikan nasib kaum lain di negara ini.


KUALA LUMPUR, 19 Feb: Tan Sri Muhyiddin Yassin membelasah PAS di Sarawak menandakan PAS menjadi ancaman kepada BN di Sarawak, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. PAS, katanya tidak menyangka Timbalan Presiden Umno itu begitu gerun dengan kewujudan PAS di Sarawak sehingga membuat tuduhan liar kepada PAS sebagai parti yang mengarut dan membawa pecah belah kepada masyarakat. Muhyiddin turut memberi amaran kepada rakyat Sarawak supaya menjauhi PAS. “PAS merasa bangga dengan kenyataan Muhyiddin, secara tidak langsung mengiktiraf kekuatan PAS di Sarawak,” ujarnya. Tambahnya, taktik Muhyiddin menghentam PAS hanya sebagai strategi untuk menutup kelemahan BN yang memerintah Sarawak. Katanya, sebagaimana Muhyiddin mendedahkan 600 buah sekolah di seluruh negara berada di dalam keadaan yang dhaif, sebahagiannya sekolah berkenaan terletak di Sabah dan Sarawak sehingga ada yang mahu sujud ke bumi. “Siapakah yang memerintah Sarawak dan Sabah sehingga bangunan sekolah begitu dhaif sekali?” soalnya. Menurutnya lagi, apabila hampir pilihan raya maka pemimpin BN sibuk menyelami masalah rakyat, justeru selama 53 tahun apa pemimpin BN lakukan untuk membangun Sabah dan Sarawak. “Ke mana hasil balak, minyak Sarawak? Tan Sri Muhyiddin kena malulah sikit,” katanya.

PS: Betapa takutnya pemimpin Umno/Bn dengan PAS di Sarawak sehingga menuduh PAS yang bukan-bukan, kalau dulu kompenan BN yang bukan Islam takut PAS sekarang Umno pula nak takutkan rakyat Sarawak dengan PAS. Untuk pengetahuan Umno, orang bukan Islam dah boleh terima PAS di Sarawak tok. Muhyiddin jangan nak memecah belahkan orang Sarawak dengan tuduhan yang melampau, kalau sik tahu masalah Sarawak jangan sibuk nak mengata PAS buat kacau di Sarawak. Kedatangan PAS di Sarawak adalah membantu semua kaum yang di tindas oleh Umno/BN.
Bah jangan kitak orang takut dengan ancaman Umno/Bn, mari kita pakat2 undi PAS dan PAKATAN Rakyat demi kesejahteraan ummah. Isya-Allah pasti ada perubahan yang lebih baik lagik. PAS Untuk Semua.