Bukti yang kukuh! – Skandal Kumpulan Sanyan mendedahkan penglibatan Taib!
Saturday, February 26th, 2011 GMT - (From Sarawak Report)
This post is also available in: English,
Pengemukaan bukti dalam satu perbicaraan mahkamah yang pahit sedang dijalankan dalam Sibu. Kes mahkamah ini telah mendedahkan maklumat yang cukup mengejutkan tentang rasuah yang wujud dalam pusat kerajaan negeri Sarawak.Kes mahkamah ini tidak mendapat liputan berita yang luas kerana keluarga Taib telah mencuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perkara ini. Walau bagaimanapun, Sarawak Report telah memperolehi berbagai-bagai dokumen yang berkaitan dengan pendengaran mahkamah ini. Kesemua maklumat ini telah dibentangkan semasa sidang mahkamah terbuka.Kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh pengusaha tempatan yang dihormati, iaitu Dato’ Ting Check Sii melawan bekas rakan kongsi beliau, Tufail Mahmud. Tufail Mahmud merupakan adik lelaki kepada ketua menteri Sarawak. Perbicaraan ini memberikan salah satu daripada banyak kefahaman yang terdekat tentang kaedah-kaedah haram yang digunakan oleh keluarga Taib untuk memperluaskan kawalan mereka ke atas kekayaan Sarawak. Kes ini menunjukkan dengan jelas tentang peranan langsung yang dimainkan oleh ketua menteri dalam susun atur untuk melakukan serbuan ke atas perniagaan dan konsesi negeri dan bagaimana mereka menggunakan rangkaian pengusaha yang ikut kata dan ‘calon’ mereka untuk mengurus dan menyamar rompakan mereka terhadap negeri Sarawak.

Konsesi untuk dijual dan ‘calon’ untuk menyamar kepentingan keluarga
Salah satu aspek yang paling gelisah untuk kes ini adalah keterangan Ting tentang bagaimana ahli keluarga Taib menggaji calon-calon untuk menyamar perbuatan pilih kasih oleh ketua menteri dalam pemberian lesen dan konsesi negeri. Misalnya, bukti-bukti tertulis Ting menyatakan bahawa: “Pada tahun 1987, saya mengasaskan syarikat Sanyan Lumber Sdn Bhd yang telah diberi konsesi pembalakan. Lima puluh peratus daripada saham syarikat tersebut dipegang oleh saya manakala Draman @ Morshidi bin Omar (calon yang mewakili Datuk Tufail) pula memegang kesemua lima puluh peratus saham yang tinggal. Datuk Tufail pada masa itu memberitahu saya bahawa beliau memerlukan seorang calon kerana abang beliau (Abdul Taib Mahmud) masih merupakan Menteri Perancangan Sumber. Datuk Tufail sekarang pula menyangkal kenyataan bahawa Draman adalah calon yang mewakili beliau, walaupun pada hakikatnya, Datuk Tufail dan saya adalah satu-satunya penandatangan bank bersama untuk syarikat ini.”

Pengakuan tersebut daripada Dato’ Ting tentang cara perniagaan beliau beroperasi boleh meninggalkan kesan yang amat buruk kerana sampai saat ini beliau adalah salah seorang daripada orang kepercayaan terdekat dengan keluarga Taib dan salah seorang daripada kebanyakkan towkay balak Sarawak. Beliau bekerjasama dengan adik Taib Mahmud, iaitu Tufail sebagai pemilik bersama Kumpulan Sanyan, yang mengawal 25 syarikat-syarikat yang berlainan selama 25 tahun. Syarikat-syarikat perusahaan yang dibawah kumpulan Sanyan ini juga mengguntungkan beberapa adik-beradik ketua menteri, termasuk: Arip Mahmud, Onn Mahmud, dan Ibrahim Mahmud. Terdapat juga saham yang diserahkan terus kepada anak perempuan ketua menteri, Hanifah Taib, termasuk satu juta saham dalam Syarikat Sanyan Wood Industries. Sesungguhnya, Ting juga telah menceritakan kepada pihak ketiga bahawa ketua menteri sendiri telah berkata kepada beliau:
“Jika kamu menawarkan adikku lebih daripada 50% saham, maka lebih banyak konsesi (pembalakan) akan diberikan kepada kamu!” [oleh Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak]

Kenyataan itu mendedahkan pengurusan yang berunsur rasuah oleh ketua menteri terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Perbuatan ini hanyalah bertujuan untuk meningkatkan kekayaan diri sendiri. Ting telah menyatakan secara jelas bahawa tidak pernah ada sumbangan daripada adik-beradik Taib terhadap kos Kumpulan Sanyan dan mereka tidak membeli mana-mana saham syarikat tersebut. Sebagai balasan untuk konsesi balak, Ting telah menyokong adik-beradik ketua menteri dengan cara sebegini. Inilah bagaimana perniagaan Ting boleh berjaya.Namun, ini jelas menunjukkan bahawa akibat dengan meletakkan kepercayaan dalam tawaran sebegini, Ting telah menyebabkan kejatuhan dirinya. Pemilikan majoriti saham oleh Tufail telah membolehkan beliau mengambil kesempatan untuk merebut kawalan terhadap konglomerat yang bernilai lebih daripada 400 juta US dolar, meskipun beliau tidak menyumbang walau seringgit pun kepada konglomerat tersebut.

Didedahkan kepada orang awam
Alasan inilah yang menyebabkan Ting menjadi salah seorang daripada peningkatan jumlah pengusaha yang membuat keputusan berani untuk membawa aduan beliau dihadapan mahkamah awam untuk melawan keluarga yang berkuasa dalam Sarawak.Selain itu, pengenalpastian Encik Moshidi bin Omar sebagai calon yang mewakili Tufail Mahmud dan tuduhan lain dapat dibuktikan melalui maklumat yang didokumenkan dan diperolehi dari Pendaftar Syarikat (ROC). Moshidi bin Omar telah disenaraikan sebagai pemegang saham dalam beberapa perniagaan yang dikendalikan oleh Tufail, tetapi dia tidak memiliki status berasingan sebagai seorang usahawan dan ‘menjual’ saham dia secara tetap kepada Tufail Mahmud pada masa yang sesuai.
Goodmatch Sdn Bhd, satu lagi syarikat milik Kumpulan Sanyan
Menurut dokumen mahkamah, anak syarikat Sanyan, iaitu Goodmatch Sdn Bhd, memberikan satu lagi contoh utama tentang penyalahgunaan calon untuk menyamar konflik kepentingan bagi pihak Ketua Menteri dan keluarganya. Goodmatch Sdn Bhd digunakan oleh Ting dan Tufail pada tahun 1993 untuk menyertai satu usaha sama dengan Koperasi Noda Jepun dalam satu pembinaan kilang papan kayu lapis.
Goodmatch bukan sahaja diberikan konsesi balak oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber (iaitu Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak), tetapi syarikat tersebut juga diberikan 5 tahun “Pioneer Status” untuk projek usaha sama ini, dan kemudiannya dilanjutkan selama 5 tahun lagi oleh Menteri Kewangan (iaitu Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud). Hal ini membolehkan syarikat Goodmatch mencapai pembebasan cukai sehingga 100%! Menurut portal rasmi kerajaan negeri Sarawak, “Pioneer Status” sesuai digunakan untuk “projek-projek strategik dalam industri berteknologi tinggi dengan pelaburan modal tinggi, mempunyai kandungan penyelidikan dan perkembangan (R&D) yang tinggi, atau mempunyai hubungan yang intensif”. Jadi bagaimana sebuah kilang kayu papan lapis dapat memenuhisyarat-syarat yang ditetapkan merupakan suatu hal yang menarik. Sementara itu, Tufail Mahmud jelas menganggap bahawa penyamaran pemilikan saham dalam syarikat yang disokong oleh beliau dengan menggunakan Encik Morshidi Omar sekali lagi sebagai calon pengarah dan pemegang saham untuk lima tahun yang pertama, dengan memiliki 55% saham berbanding dengan 45% saham oleh Ting adalah satu rancangan yang bijak.
Sememangnya, dokumen-dokumen untuk syarikat-syarikat yang berdaftar menunjukkan bahawa Tufail tidak dilantik menjadi pengarah Goodmatch sehingga tahun 2002, setelah “Pioneer Status” dan lesen balak habis tempoh. Demikian juga, beliau tidak menjadi pemegang saham secara terbuka sehingga 1998 setelah Goodmatch menjual 54.997% saham kepada Datuk Tufail, meninggalkan Ting dengan 45% saham dan Encik Morshidi Omar terus menjadi pengarah tetapi dengan hanya RM 1.00 saham dalam syarikat! Memandangkan Goodmatch merupakan anak syarikat dari Kumpulan Sanyan yang dimiliki bersama dan dikawal oleh Ting dan Tufail, kesimpulan bahawa Morsidi Omar memang hanyalah calon (seperti yang dinyatakan oleh Ting) tidak dapat dielakkan.
Tetapi, selagi ada keraguan yang tinggal, bukti Tufail sendiri dalam mahkamah telah membuktikan status Morsidi bin Omar sebagai seorang calon. Walaupun Encik Omar pada mulaannya berdaftar sebagai pemilik awam, Tufail sekarang mengakui hal tersebut semudah seperti ayat dibawah:
“Goodmatch ditubuhkan termasuk saya dan pempetisyen [Ting] sebagai pemegang saham dan pengarah.”
Pada tahun 1999, Goodmatch telah menerima lebih daripada RM 10 juta keuntungan dari aktiviti usaha sama sahaja yang mana 55% daripada keuntungan tersebut pergi ke adik-beradik ketua menteri.

Ketua Menteri terlibat
Bukti Dato’ Ting adalah amat jelas bahawa Ketua Menteri sendiri benar-benar terlibat dalam tatacara tersebut dan penyalahgunaan kuasa politik beliau untuk mengawal mereka. Dalam kes syarikat Sanyan Lumber contohnya, selepas konsesi balak diperbaharui secara tahunan selama 16 tahun, Taib telah membatalkan konsesi tersebut selepas Ting dan Tufail berkelahi antara satu sama lain sebagai rakan kongsi perniagaan. Menurut kenyataan Ting, beliau menjelaskan bahawa:
“Konsesi balak tersebut tidak diperbaharui pada bulan Julai 2003 dan sebagai gantian, konsesi tersebut telah diberikan kepada Misi Gagah Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Datuk Tufail melalui calon lain….Misi Gagah sekarang menduduki bekas pejabat Sanyan Lumber dan terus menggunakan bekas kakitangan yang mana gaji tersebut terus dibayar oleh Sanyan Lumber sehingga tahun 2006 selepas perbuatan ini dihentikan oleh Jabatan Buruh.”
Sarawak Report kini boleh menunjukkan bahawa pemegang saham utama Misi Gaga, iaitu Eleanor Ong memang adalah setiausaha peribadi Tufail! Kami ingin tanya apakah asas yang digunakan oleh Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber) sehingga beliau mencapai kesimpulan bahawa tawaran Eleanor Ong adalah paling sesuai untuk diberikan konsesi balak ini? Adakah kerana dia adalah calon kepada adik ketua menteri atau dia mempunyai keselamatan kewangan, kepakaran, dan kelayakan alam sekitar untuk membolehkan dia merayau dalam hutan untuk menbalak?
Keadaan yang geli seperti ini bukan sahaja menunjukkan dengan jelas bahawa tindakan kejam yang sedia diambil oleh Ketua Menteri untuk memastikan kawalan keluarga beliau terhadap lesen pembalakan utama tidak terjejas, tetapi juga menggambarkan bagaimanakah perangai sebegini boleh dilakukan secara terang-terangan. Ketua Menteri dan keluarganya jelas punya malas untuk menyembunyikan bagaimana mereka memeras ugut perniagaan dalam Sarawak kerana mereka telah melarikan diri dengan amalan-amalan tersebut terlalu lama.
Namun, menurut Pendaftar Syarikat (ROC), Goodmatch, yang saat ini dikawal oleh Tufail dan keluarganya, baru sahaja mengeluarkan sebanyak RM 500, 000 pinjaman dari RHB Bank. RHB Bank sebelum ini dimiliki oleh keluarga Taib dan sentiasa bersedia untuk memberikan pinjaman yang banyak kepada keluarga tersebut.

Sesungut Taib menjangkau setiap perniagaan
Bukti Ting dalam mahkamah tentang perkembangan Kumpulan Sanyan telah memberikan penjelasan bagaimana Taib memaksa kepentingan keluarga beliau terhadap kesemua perniagaan dalam negeri Sarawak dan seterusnya mendapat keuntungan dari setiap syarikat perusahaan. Towkay tersebut menunjukkan bahawa beliau menyumbang semua wang dan pengurusan untuk pembinaan konglomerat dan Menara Sanyan dalam Sibu. Sumbangan dari adik-beradik Taib Mahmud hanyalah hubungan penting mereka dengan Ketua Menteri.
Walaupun demikian, kata Ting, Tufail Mahmud sering tegas dengan permintaan kongsi untung yang lebih besar dan kawalan terhadap majoriti saham syarikat. Permintaan ini tidak mungkin dapat ditolak kerana abang Tufail berkuasa untuk membenarkan atau menghentikan pemberian lesen-lesen utama. Rekod menunjukkan bahawa gaji Ting juga hanya separuh berbanding dengan gaji Tufail. Sesetengah sumber menyatakan bahan gurauan Kumpulan Sanyan ialah sementara Ting adalah pengurus pada hari siang, Tufail bertanggungjawab sebelah malam. Ini adalah merujuk kepada ketidakhadiran Tufail semasa waktu pejabat and juga perabot bilik tidur yang diimport ke dalam pejabatnya dalam Menara Sanyan.
Dalam aspek lain, adalah sangat jelas bahawa pengusaha seperti Ting boleh mendapat manfaat dari ganjaran menarik, dengan pertolongan Ketua Menteri, selagi beliau bekerjasama dengan tuntutan tamak sekeluarga Taib. Memang, perkara yang terkenal untuk diperhatikan ialah penyelesaian pembinaan Menara Sanyan dan kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan pejabat mereka ke dalam 11 tingkat dalam bangunan tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan Sanyan berupaya untuk beruntung secara langsung semasa ruangan pejabat dilaporkan berlebihan. Pelita Towerview Sdn Bhd merupakan anak syarikat bagi Sanyan Holdings, yang memiliki Menara Sanyan, yang mana Tufail memiliki saham 56% dan Ting memiliki saham 44%. Ini bermakna terdapat konflik kepentingan yang jelas dalam keputusan Taib untuk menghabiskan wang pembayar cukai untuk menyewa pejabat.
Demikian pula, dari saat Ting melibatkan diri dalam perniagaan dengan Tufail dan juga Arip (abang/adik lelaki Tufail) pada awal 80-an, bukti beliau menunjukkan lebih jelas bahawa satu rangkaian kontrak berharga datang ke pelbagai syarikat mereka. Ganjaran seperti ini mungkin tidak berlaku untuk syarikat yang tidak mempunyai hubungan yang begitu baik dengan golongan politik yang berpengaruh. Itulah sebabnya ahli keluarga Taib didapati menikmati kerjaya mereka sebagai pengarah-pengarah merentasi negeri dan menduduki jawatankuasa-jawatankuasa syarikat yang mereka tidak layak dan yang mana mereka juga tidak meyumbang apa-apa.

Sanyan dan Syarikat perkapalan Achipeligo
Dengan cara ini, usaha perniagaan pertama Kumpulan Sanyan pada tahun 1983 adalah Binta Corporation Sdn Bhd. Kenyataan bersumpah mahkamah menjelaskan bahawa ini adalah salah satu daripada siri syarikat-syarikat perkapalan yang beruntung daripada kontrak dengan syarikat perkapalan Achipeligo untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan dari pelabuhan Tanjung Manis. Syarikat perkapalan Achipeligo pada gilirannya telah diserahkan monopoli atas pengendalian semua perkhidmatan perkapalan dalam Sarawak oleh Ketua Menteri dan syarikat tersebut dimiliki spenuhnya oleh adik lelaki Ketua Menteri, iaitu Onn Mahmud.
Tujuan Achipeligo amat jelas. Syarikat ini bertindak sebagai syarikat ‘penjaga pintu’ klasik untuk Taib, tanpa sebarang infrastruktur dan hanya mempunyai beberapa kakitangan syarikat. Hal ini hanya untuk membolehkan Onn untuk mengenakan ‘cukai’ dan mengawal semua penghantaran kayu balak yang meninggalkan Sarawak. Beberapa orang dalam telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa semua pengeksport asing harus membayar rasuah dari segi US dolar dan dimasukkan ke dalam siri syarikat-syarikat milik Taib yang ditubuhkan di Hong Kong supaya mereka dibenarkan untuk menjalankan perniagaan mereka untuk mengangkut kayu balak dari Sarawak.
Di bawah sistem tersebut, berat kayu balak yang telah dieksport akan dijumlahkan setiap bulan dan Kin Kwok Shea, pengurus pejabat Onn di Hong Kong kemudian akan memberitahu syarikat-syarikat perkapalan tentang potongan yang perlu dibayar oleh mereka dan di mana wang perlu dimasukkan ke dalam pelbagai syarikat milik Taib di Hong Kong. Amalan ini didedahkan kepada orang awam oleh pihak berkuasa cukai Jepun pada tahun 2007 semasa mereka menuntut supaya cukai dibayar atas perbelanjaan rasuah perniagaan yang tidak diisytiharkan oleh syarikat-syarikat perkapalan Jepun.

Pihak berkuasa cukai tersebut telah mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 10 juta US dolar atas pengetahuan mereka telah dibayar kepada syarikat Regent Star di Hong Kong, yang mana Kin Kwok Shea adalah pemegang saham berdaftar. Sumber-sumber utama telah mengesahkan dengan Sarawak Report bahawa sebenarnya Shea, seperti Morsidi bin Omar, hanyalah seorang calon mewakili Onn Mahmud. Onn Mahmud pula mewakili abang/adik lelaki beliau iaitu Ketua Menteri Sarawak sebagai penerima manfaat dari rasuah penghantaran tersebut.
Dana yang dikumpul oleh Achipeligo untuk Ketua Menteri berjumlah berbilion-bilion ringgit setiap tahun, menurut orang dalam, yang menggambarkan Achipeligo sebagai ‘lembu wang’ atau ‘lombong emas’ untuk keluarga Taib. Operasi inilah yang menyediakan asas untuk kekayaan keluarga tersebut sehingga warisan bertaraf dunia bagi hutan hujan tropika Sarawak dilucutkan pada awal dekad ini.

Sumber lain mengatakan bahawa kelebihan bagi Achipeligo dalam jangka masa ini ialah syarikat tersebut adalah satu-satunya yang mempunyai kawalan tentang pengumpulan statistik pembalakan, yang membolehkan syarikat tersebut membekalkan maklumat palsu kepada kerajaaan (dikendalikan oleh abang/adik lelaki M.D) , yang kemudiannya diserahkan kepada Pertubuhan Kayu Balak Tropika Antarabangsa (ITTO). Dengan cara ini, Sarawak dapat memberi satu tanggapan yang baik tentang pembalakan lestari dan untuk menyamar tahap rompakan tamak yang sebenarnya berlaku!
Dalam konteks ini, Kumpulan Sanyan milik Ting berupaya untuk mendapat banyak kontrak yang baik untuk Achipeligo untuk menyediakan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat perkapalan. Mereka menerima kontrak-kontrak tersebut berkat perlakuan yang dibenarkan oleh Onn untuk memihak kepada adik-beradik beliau, Arip dan Tufail (yang merupakan rakan kongsi Ting). Sanyan kemudiannya mengambil kesempatan dari konsesi pembalakan dan memperkembangkan kilang papan sekali lagi berkat sokongan aktif yang diberikan oleh Ketua Menteri.

Menari dengan syaitan?
Orang dalam telah mengesahkan dengan Sarawak Report bahawa sementara cara yang sama digunakan oleh adik-beradik Mahmud untuk menyamar saham dan kedudukan pengarah mereka, mereka sendiri juga memainkan peranan calon untuk Ketua Menteri. Sebahagian besar keuntungan dari empayar perniagaan Taib disalurkan terus kepada Abdul Taib Mahmud diri sendiri. Pola ini sejajar dengan bukti-bukti dokumentari yang ditemui oleh Sarawak Report di Amerika Syarikat, yang menunjukkan bahawa Taib secara rahsianya memerlukan anggota keluarganya memegang saham sebagai tabung amanah untuk beliau dan ini menjelaskan kekayaan yang banyak dan rangkaian hartanah beliau dalam Malaysia dan luar negara.
Sumber kami mendedahkan secara lebih lanjut maklumat yang mengejutkan bahawa Taib mengawal calon keluarga beliau dengan memaksa mereka menandatangani surat letak jawatan yang tidak bertarikh dan borang pemindahan saham, yang kemudiannya disimpan oleh Ketua Menteri! Jika sesiapa daripada calon-calon tersebut berkelahi dengan keluarga Taib, Ketua Menteri dapat menggunakan tandatangan mereka (calon) supaya calon tersebut dapat disingkirkan! Onn Mahmud sendiri dipercayai telah berkelahi dengan cara sebegini sebelum skandal rasuah dan dia telah dipinggirkan daripada kebanyakkan perniagaan keluarga Taib pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pengalaman Dato’ Ting juga menunjukkan bahawa pengusaha yang mendapat keuntungan dengan ‘bermain dengan sistem’ boleh berada dalam keadaan yang sama bahaya akibat perlakuan kejam oleh keluarga Taib. Dalam bukti tersebut, Ting mendedahkan bahawa dengan membenarkan Tufail mengawal kebanyakkan saham dalam syarikat dan juga mengizinkan beliau (Tufail) membawa lebih ramai ahli keluarga untuk menjadi pengarah-pengarah dalam jawatankuasa syarikat, beliau (Ting) secara tidak langsung memberikan rakan kongsinya (Tufail) cara untuk merebut kawalan syarikat yang hanya menerima sumbangan yang amat sedikit oleh beliau (Tufail). Ting menulis:
“Pada tahun 1998, [Tufail] meminta supaya abang/adik lelaki beliau Dato Haji Ibrahim bin Mahmud dilantik sebagai pengarah Sanyan Holdings dan [saya] setuju dengan permintaan tersebut. Pada awal tahun 2003, beliau (Tufail) sekali lagi meminta anak perempuan beliau Anita Hamidah Tufail untuk dilantik sebagai pengarah dan I juga setuju dengan permintaan tersebut. Dengan penambahan anggota keluarga beliau pada lembaga pengarah, beliau (Tufail) mampu menguasai syarikat tersebut dan mengabaikan kepentingan [saya].”

Pergaduhan
Ting menyalahkan kerosakan hubungan dengan bekas rakan kongsi atas keputusan yang membenarkan Anita, seorang mahasiswi yang baru sahaja selesai kolej, masih berusia 20-an tanpa pengalaman perniagaan, untuk menyertai lembaga pengarah tersebut. Ting juga menyatakan bahawa Anita dengan segera mengkritik tentang cara Sanyan Holdings dijalankan perniagaannya dan hubungan mereka menjadi semakin buruk. Dengan menggunakan undi abang/adik lelaki Tufail iaitu Ibrahim dan anak perempuan beliau, Tufail dapat meluluskan rampasan kuasa lembaga pengarah dan menyinkirkan Ting dari jawatannya sebagai pengarah urusan seluruh syarikat dan juga semua anak-anak syarikat dibawahnya.
Setelah mengambil alih semua syarikat bernilai berjuta-juta dolar tersebut, yang mana mereka tidak menyumbang apa-apa, keluarga Tufail kemudiannya menghentikan semua pembayaran dan dividen untuk Ting dan bertindak sejauh mungkin sehingga menyinkirkan Ting dari pejabat di bangunan Sanyan dan memecat semua kakitangan jangka panjang yang dianggap setia kepada Ting. Ting mengaitkan perlakuan pendendam ini kepada salah satu anak saudara beliau, iaitu seorang jurutera berkelayakan dan seorang pekerja, yang telah diturunkan pangkat kepada peranan seorang atendan tandas!

Sarawak Report berpendapat bahawa tidak ada bukti yang lebih jelas lagi tentang tahap rasuah yang ditimbulkan oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud kepada negara beliau selama 30 tahun yang lepas berbanding dengan bukti skandal yang dibawa di dalam kes Sanyan ini. Keluarga Taib akan melakukan yang terbaik untuk memastikan supaya keputusan penghakiman tidak memihak kepada kes mahkamah Ting yang menuntut pampasan dan mengembalikan hak beliau terhadap syarikat tersebut tetapi mereka tidak dapat menyembunyikan fakta-fakta yang telah dibawa ke hadapan mahkamah.



PS: Bila sumber dan hasil negara hanya berlingkar dikalangan pemimpin,kroni2 dan keluarga BN saja, rakyat akan terus menderita dan segala kekayaan hanya dinikmati oleh mereka yang mempunyai pertalian atau kepentingan dengan pemimpin BN yang berkuasa saja. Apakah rakyat Sarawak masih sanggup dan membiarkan diri mereka terus jadi hamba kepada penguasa yang tamak,zalim dan menindas rakyat? Kalau tidak mahu hidup dalam perhambaan dan penderitaan, bah mari kita semua sama2 pakat2 mengubah dengan memberi sokongan pada PAS dan PAKATAN Rakyat dalam pilihanraya umum nanti. Insy'Allah pasti ada perubahan yang lebih baik dari apa yang kita nikmati sekarang. PAS untuk Semua.