Hentikan Rasuah Pembalakan! Minggu Tindakan Awam Antarabangsa
Tuesday, March 1st, 2011 GMT ;This post is also available in: English,(From Sarawak Report)
Kota London telah menjadi pentas rapat umum secara aman peringkat antarabangsa untuk menunjukkan bantahan terhadap Taib Mahmud, dan juga bersempena sambutan ulangtahun ke-30 beliau telah menjadi menteri. Mereka mengadakan rapat umum berkenaan di luar ibupejabat harta mewah milik syarikat Taib di Central London, iaitu Ridgeford Porperties. Ramai para penunjuk perasan yang terdiri dari pelbagai kaum dan kewarganegaraan seperti Malaysia, orang-orang Sarawak dan juga warga Britain hadir untuk menyampai mesej mereka. “30 tahun itu sudah cukup lama”! Mesej-mesej pada sepanduk-sepanduk dan kain-kain rentang telah digunakan dan begitu juga maskot seekot monyet menari-nari di kalangan para penunjuk perasaan, sebagai mengingatkan pihak media yang hadir bahawa sokongan diperlukan oleh kaum-kaum asli di Sarawak dan juga haiwan-haiwan di hutan Sarawak yang telah terjejas akibat kerakusan Taib!
.
Tunjuk perasaan secara aman itu telah dirancang bagi memperingati 30 tahun Taib menjadi menteri, yang jatuh pada tarikh 26hb Mac. Ketua Menteri yang sudah lanjut usia itu telah menjelaskan bahawa dia tetap akan bertanding pada pilihanraya-pilihanraya yang akan datang – beliau telah mengahwini isteri mudanya sebagai membuktikan kepada para rakyat bahawa dia mampu untuk meneruskan perjuangannya dalam politik. Walau bagaimanapun, dunia kini menyaksikan beberapa pemimpin dunia yang kecundang seorang demi seorang dalam protes-protes terkemuka di rantau Timur Tengah, maka adalah wajar dan adil dikatakan di sini bahawa masa kini tidak lagi sesuai untuk beliau yang sudah berusia mencecah 75 tahun itu terus berjuang.

Cogankata-cogankata
Mesej-mesej yang tertulis pada kain-kain rentang dan sepanduk-sepanduk ditunjukkan sebagai mewakili pandangan dan pendapat para penunjuk perasaan di London, tetapi tetap tidak dapat dilakukan di bumi Sarawak, salah satu daripadanya berbunyi: “Bekukan Aset-aset Taib Sekarang”, yang menggambarkan apa yang telah terjadi kepada bekas pemimpin Mesir Hosni Mubarak dan Ben Ali dari Tunisia. “Hormatilah Hak-Hak Peribumi”, “Selamatkan Hutan Borneo”, “Selamatkan Hutan-hujan Sarawak”, “Hentikan Pembalakan Haram atas Tanah Orang-orang Asli”, “Jutaan Milik Taib Mewujudkan Empayar Hartanya” dan “Hentikan Rasuah Pembalakan” merupakan sebahagian dari mesej-mesej yang dihantar kepada Taib di Sarawak pada hari ini.