Jangan disebab sedikit bantuan rakyat jadi kecoh
Sekarang rakyat Malaysia kecoh dengan pemberian wang sebanyak RM 100 dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500. Ada yang datang seawal pagi lagi menunggu di hadapan pejabat kerajaan hanya untuk mendapatkan borang bantuan tersebut Mengenai bantuan RM100 kepada setiap pelajar Sekolah seharusnya diberi secara systematic atau yang lebih baik lagi kerajaan memberi bantuan buku teks atau pun buku latihan percuma kepada setiap pelajar sekolah yang berkenaan. Dengan adanya bantuan buku teks/latihan percuma ibu bapa dan pelajar tidak perlu lagi berebut-rebut untuk mendapat borang tersebut. Apabila buka saja sesi persekolahan tahun hadapan pelajar sudah sedia dengan buku teks/latihan tersebut tanpa perlu membeli di kedai-kedai buku dengan ini dapat mengelakkan penyalahgunaan wang sebanyak RM100 kepada pelajar tersebut.
Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 sepatutnya diberi secara berkelompok kepada setiap daerah supaya penduduk yang sepatutnya layak menerima tidak perlu berebut-rebut untuk mendapat BR1M tersebut seperti yang berlaku sekarang. Mungkin ada penduduk dari luar Bandar dan juga dari pendalaman terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk mendapat RM 500. Adalah tidak berbaloi hanya untuk mendapat BR1M terpaksa mengeluarkan lebih belanja dari mendapat BR1M tersebut. Kita cadang kepada pemerintah yang bakal memerintah akan datang perlu mengambil semua aspek perancangan dengan teliti sebelum sebarang perancangan dilaksanakan.
Akibat perancangan yang tidak teratur dengan baik mengakibatkan rakyat jadi kecoh dan kelam kabut hanya untuk mendapat sedikit bantuan dari pihak pemerintah. Kita sarankan segala bantuan seperti yang tersebut seharusnya diberi kepada mereka yang betul-betul layak dan bukan hanya kepada golongan tertentu saja. Bantuan RM100 sepatutnya digantikan dengan buku teks/latihan percuma dan BR1M adalah lebih baik digantikan dengan sijil simpanan memandangkan bantuan tersebut berbentuk 'hanya sekali' atau 'once off'.
Wang tersebut hanya boleh diguna dalam berapa hari saja sedangkan kalau dilaburkan dalam bentuk sijil simpanan sekurang-kurangnya dapat digunakan apabila ada keperluan dan sudah pasti ada sedikit keuntungan dari hasil simpanan tersebut. Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa akibat pengurusan yang tidak cekap.
Hanya kerajaan yang benar-benar ikhlas dan perihatin saja yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam jangka panjang bukan hanya bersifat sementara dengan agenda tertentu saja. Kepada kerajaan yang bakal memerintah dan memimpin pada masa hadapan perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Not caused with a little help people become chaotic
Right now the Malaysians is chaotic with the grant money of RM 100 and also 1Malaysia People's Aid (BR1M) of RM 500. Some came early in the morning, waiting in front of government offices just to get the said aid form. About RM100 aid to every school student the government should be used a systematic way or better give a textbooks or exercise books free of charge to every student to related school. With the availability of assistance of free textbooks / exercise books, the parents and students do not have to rush to get the form.
Similarly to the 1Malaysia People's Aid (BR1M) of RM 500 should be clustered to each district so that people that should entitled to receive not be scrambled just to get the BR1M as what happening now. There may be people from outside the City and also from the interior had to spend more just to get RM 500. It is not worth it just to get BR1M spent more than the cost of getting BR1M. We suggest to the government that will rule in the future to take all aspects of planning carefully before any plan implemented. Due to improper planning well cause people to be chaotic and messy just to get a little help from the government. We recommend that all such assistance as they should be given to who are really eligible not just to the specific groups. RM100 aid should be replaced with free text books / exercise books and BR1M is better replaced by savings certificates as assistance in the form of 'only once' or 'once off'.
The money can only be used in a few days only but if invested in savings certificates at least can be used when there is a need and certainly there is little advantage of the savings results. This should be noted by the government and do not make people as victims due to inefficient management. Only a government that really sincere and caring that will be providing assistance to people in the long run not only temporary with a specific agenda. To the government that will govern and lead in the future should take into account the welfare of the people regardless of race, religion and political belief.