Penduduk di pedalaman Sibuti Perlukan Pembangunan
MIRI - Kg Bungai, Kg Sepurau, Kg Subak dan Kelulit terletak dalam kawasan parlimen Sibuti dan merupakan perkampungan orang Kadayan dan juga orang Melayu. Terdapat juga orang Iban dan Cina tinggal di kawasan tersebut. Jarak perjalanan dari bandaraya Miri ke kawasan tersebut mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Walaupun aktiviti PAS Miri berjalan seperti biasa di bandaraya Miri, tetapi baru-baru ini rombongan
PAS Miri telah meninjau keadaan penduduk yang tinggal di kawasan Sibuti.

PAS Miri telah melawat Tamu Bungai dan bertemu dengan penduduk kampung serta memberi penerangan tentang Negara Berkebajikan kepada penduduk tempatan di Kg Bungai, Kg Sepurau dan Kg Subak.

Disamping lawatan sambil kerja tersebut, PAS Miri telah menghulurkan bantuan sumbangan kepada 57 buah keluarga miskin dan ibu tunggal yang tinggal di kawasan tersebut. Sumbangan dilakukan dari rumah ke rumah ini telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk tempatan.

Ini merupakan kali pertama PAS dapat bertemu dengan penduduk tempatan di kampung tersebut dan merupakan langkah yang pertama ke arah Negara Berkebajikan. Disamping itu PAS juga telah berjaya mendaftar 16 orang pengundi baru di kawasan tersebut.

Masalah jalanraya dan juga bekalan air bersih masih lagi jadi isu utama yang dihadapi oleh sesetengah kawasan khasnya Kg Kejapil ke Kg Keluru dimana jalanraya yang masih rosak dan belum dibaiki sepenuhnya. Jalanraya tersebut hanya diturap semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak yang lalu.

Masalah bekalan air bersih dibeberapa kawasan kampung seperti Padang Kelulit masih lagi agak ketinggalan dan perlu diberi perhatian oleh pihak yang berwajib. Kemudahan infrastuktur perlu diutamakan di kawasan luar bandar kerana keadaan kampung di Sibuti masih lagi belum membangun sepenuhnya walaupun kita sudah merdeka hampir 55 tahun.

Kemana perginya peruntukan untuk luar bandar yang sepatutnya dapat dinikmati oleh penduduk di luar bandar?

Kita mendesak agar kerajaan BN dan pihak yang berwajib dapat menunaikan janji-janji mereka kepada penduduk di Sibuti semasa PRU Sarawak yang lalu. Peruntukan yang sepatutnya disalur kepada kawasan pendalaman hendaklah dilaksanakan dengan segera tanpa menunggu PRU 13 nanti.

Tanggungjawab pemerintah adalah menjalankan amanah rakyat dengan jujur dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Sibuti rural communities need Development
MIRI - Kg Bungai, Kg Sepurau, Kg Subak and Kelulit located in the Sibuti parliamentary constituencies and are Kadayan villages and also the Malays. There is also the Iban and Chinese living in the area. Distance from the city of Miri to the area takes about 1 hour.

Although Miri PAS activities went on as usual in Miri city, but recently Miri PAS delegation had observe the situation those who live in Sibuti areas.

PAS Miri also visit Tamu Bungai and met with villagers and provide information about the Benevolent State to local residents in Kg Bungai, kg Sepurau and Kg Subak.

Besides working visits, PAS Miri has contributed to helping poor families and 57 single mothers who live in the area. A contribution made ​​from house to house has received good response from local residents.

This is the first time PAS was able to meet with the locals in the village and is the first step towards Benevolent State. Besides, PAS has also been successfully registered 16 new voters in the area.
Problem of roads and clean water supply are still major issues to be faced by some areas, especially Kg Kejapil to Kg Keluru where the roads are still damaged and has not been fully repaired. The Road only surfaced during the Sarawak General Election (GE) recently.

Treated water supply problem in some rural areas such as Padang Kelulit still lagging behind and need to be addressed by the authorities. Infrastructure facilities should be given priority in rural areas due to the condition village in Sibuti still not fully developed even though we have independence nearly 55 years.

Where did the provisions for rural areas that should be enjoyed by the people in rural areas?

We urge the BN government and the authorities able to fulfil their promises to the people in Sibuti during the Sarawak last general election.

The provisions that suppose to be channelled to the interior must be implemented immediately without waiting for GE 13 later.

The responsibility of the government in carrying out the trust of the people is honestly and fairly regardless of race, religion and political belief.