"Jangan biarkan Sarawak diperintah oleh Parti Perkauman"
"Jangan biarkan Sarawak diperintah oleh parti yang berpangkalan di Semenanjung” menurut kenyataan Dr James Masing Presiden PRS dalam Borneo Post.Kalau dipandang dari satu sudut kenyataan ini memang jelas menunjukkan Dr James Masing seorang yang bersifat perkauman dan berfikiran sempit. Kenyataan begini tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf menteri.

Kenyataan semacam ini seolah-olah beliau tidak menyedari yang selama ini PRS adalah anggota parti komponen Barisan Nasional yang dibawah pimpinan datuk sri Najib presiden UMNO yang merupakan parti dari Semananjung. Mungkin beliau tidak sedar yang selama ini mereka diperintah oleh BN Semananjung dan lupa yang 'big bossnya' juga orang dari semananjung. Kalau beliau membenci sangat dengan parti yang berasaskan dari Semananjung adalah lebih baik PRS keluar dari komponen parti Barisan Nasional (BN) dan membawa haluan masing-masing untuk membela rakyat peribumi Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas dan infrastruktur.

Kalau beliau yakin tanpa adanya parti dari Semananjung boleh membela rakyat peribumi Sarawak maka sudah tentu rakyat Sarawak sudah maju kehadapan berbanding dengan Semananjung.

Dr James Masing kena ingat walaupun Pakatan Rakyat berasaskan dari Semananjung tetapi pemimpin tempatan tetap diberi keutamaan untuk memimpin parti tersebut di Sarawak.Adakah kaum peribumi Sarawak selama ini terbela dibawah pimpinan PRS atau BN Sarawak? Kenapa wakil rakyat PRS dan BN Sarawak tidak berani mendesak kerajaan pusat untuk memberi kelebihan dan keutamaan kepada rakyat Sarawak dalam semua bidang pentadbiran dalam negeri Sarawak? Mengapa hasil bumi

Sarawak tidak dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak dan kemana semua hasil tersebut digunakan? Adakah pemimpin BN Sarawak mengunakannya untuk kepentingan masing-masing atau untuk rakyat?Perkara inilah yang seharusnya dijawab oleh pemimpin BN Sarawak sebelum menuduh Pakatan Rakyat Sarawak hanya mementingkan diri sendiri tanpa menjaga kepentingan rakyat Sarawak.

Kalau beginilah sikap yang ditunjukkan oleh Dr James Masing dia hanya layak jadi Ketua Kaum saja kerana cara beliau berfikir tidak lagi sesuai pada zaman kini dimana rakyat mahu pemimpin yang berjiwa rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kita menyeru kepada rakyat Sarawak agar jangan memilih mereka yang masih mengamalkan dasar perkauman sempit untuk mencari pengaruh dalam Negara ini sebagaimana yang ditunjukan oleh pemimpin parti komponen BN.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
“Don’t let Sarawak be ruled by Racist parties”
Don’t let Sarawak be ruled by peninsula-based parties’ according to a statement of PRS president Dr James Masing in the Borneo Post. If you viewed from one angle this statement are clearly shows that Dr James Masing a racist and narrow-minded. This statement does not deserve issued by someone who have the status of a minister.

Statements like this as if he was not aware which all this PRS is a member of that Barisan Nasional component parties under the leadership of Umno president Datuk Sri Najib, who is the party from the Peninsular. Maybe he was not aware that all this while they were ruled by BN Peninsular and forget that the Big boss also people from Peninsular.

If he hates most with a party that is based on the Peninsular is best PRS out of the component parties of Barisan Nasional (BN) and bring their own direction to defend the indigenous people of Sarawak which is still far behind in terms of basic facilities and infrastructure. If he is confident that in the absence of parties from the Peninsular can defend the indigenous people of Sarawak, then surely people of Sarawak have been move forward compared with the Peninsular.

Dr James Masing should keep in mind that although the PR based on the Peninsular, but local leaders remains a priority to lead the party in the state.Are the indigenous people of Sarawak all this while under the care of PRS or Sarawak BN leaders? Why MPs PRS and Sarawak BN dare not insist the federal government to give advantages and priorities to the people of Sarawak in all areas of administration in the State?

Why Sarawak revenue cannot be enjoyed by the people of Sarawak and where all these results used? Will Sarawak BN leaders use it to their respective interests or the people? This is what should be answered by the Sarawak BN leaders before accusing the Pakatan Rakyat Sarawak only selfish without the safeguard the interests of Sarawakians.

If thus the attitude shown by Dr James Masing he could be Chief tribe only because of the way he thought were no longer viable at the time now where people want a leader with a heart for people regardless of race, religion and political belief. We call upon the Sarawakians that never choose those who have a policy of racial intolerance to find the influence in this country as shown by the leaders of BN component parties.