Harga Barang Keperluan Penduduk Luar Bandar Terlalu Mahal

Mengikut keluasan negeri-negeri di Malaysia, Sarawak mempunyai keluasan 124,449 (km² ) dan mengikut banci terakhir (2010), penduduk Sarawak adalah 2,420,009 juta orang ini tidak termasuk mereka yang tidak memiliki surat beranak dan MyKad. Sarawak juga kaya dengan sumber asli dan bahan mentah seperti petroleum, gas asli, kayu balak, arang batu dan sebagainya.

Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan terpencil di utara Sarawak, adalah antara jutaan penduduk luar bandar di Sarawak, yang terpaksa membayar harga lebih setong gas, seliter petrol dan diesel. Menurut penduduk yang tinggal di pedalaman Sarawak, kos kehidupan mereka lebih tinggi dibandingkan di bandar disebabkan harga minyak naik. Harga makanan dalam tin lebih tinggi lagi kalau dibanding dengan harga yang berada di pasaran, begitu juga dengan harga petrol untuk menghidupkan generator dan sebagainya.

Hampir semua harga barang keperluan yang diangkut dari bandar semuanya dijual mahal dan harganya berlipat kali ganda, kalau dibandingkan dengan harga pasaran di kawasan bandar. Bayangkan mereka terpaksa bayar lebih untuk membeli barang keperluan harian dan juga petrol yang harganya terlalu mahal kalau dibandingkan harga di kawasan bandar. Siapa yang untung hasil dari penjualan ini?

Antara punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh jalan perhubungan yang teruk dan sukar untuk dilalui oleh kenderaan pengangkutan untuk menyalurkan barang keperluan ke luar bandar dan pedalaman. Pihak kerajaan dapat mengatasi masalah ini dengan membina lebih banyak jalan perhubungan terus, ke luar bandar dan sudah pasti masalah harga barang keperluan di luar bandar dapat dikurangkan.

Kemana perginya peruntukan berbillion ringgit yang diterima oleh kerajaan negeri untuk pembinaan jalanraya di luar bandar di Sarawak? Sepatutnya, masalah jalanraya ke luar bandar di Sarawak sudah dapat di atasi lebih dari 10 ke 20 tahun yang lalu sekiranya peruntukan tersebut diguna dengan sebaiknya tanpa ada ketirisan, tetapi sampai sekarang masalah tersebut masih belum dapat diatasi. Apa punca masalah tersebut?

Struktur geografi Sarawak yang landai serta berbukit bukau diselangi dengan jaringan sungai-sungai yang berliku-liku menjadi faktor mengapa pengangkutan paling utama di negeri ini, adalah melalui sungai dan juga udara. Tambahan pula negeri Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia.

Penduduk luar bandar dan pedalaman di Sarawak bergantung kepada sungai sebagai asas pengangkutan harian, kebanyakannya mereka adalah petani dan juga penternak. Tetapi mengapakah beban kehidupan seharian mereka perlu ditanggung berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan penduduk bandar yang kebanyakannya bekerja dengan bergaji besar, berkemampuan dan ada yang hidup serba mewah?

Kita banyak mendengar rungutan dari penduduk yang tinggal di luar bandar yang menyatakan harga barangan keperluan harian mereka, lebih mahal dari harga barangan yang terdapat di kawasan bandar. Contohnya di kawasan Bakong, di sebuah kedai di sungai Kelat, di mana orang Iban dari 3 buah rumah panjang dan pekerja estate yang berdekatan membeli barang runcit dengan harga yang lebih dari harga pasaran di bandar.

Kalau kita beli petrol RM10 dengan container 4 liters tidak penuh,tetapi kalau dibeli di Pekan Bekenu, penuh dan ada lebihan pulangan 30 sen. Estate ini adalah dikawasan belakang Rh Lani, Rh Suyong dan Rh Biri, Kuap di Sebuti.

Antara contoh lain:
Kampung Ladang 3, Sibuti : Petrol Ron95 RM 5 seliter !!
Beluru Bakong , Baram : Petrol Ron95 RM4 - seliter !!
Rumah Sg Medang / Sg Banjang : Petrol Ron95 RM 5.50 - 2 liter !!

Demikianlah beberapa contoh yang diberi oleh penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut. Sama ada benar atau tidak aduan pihak berkenaan, pihak berkuasa boleh pergi menyiasat sendiri dengan lebih terperinci di kawasan yang tersebut di atas.

Adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertindak membantu penduduk luar bandar terbabit yang terpaksa membayar lebih keatas barang keperluan harian mereka?

Walaupun pihak kerajaan memperkenalkan projek pengedaran barangan perlu (BP), penyeragaman harga gas petroleum cecair (LPG) dan Community Drumming (CD) membabitkan diesel dan petrol untuk meringankan bebanan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman,adakah mereka sentiasa memantau aktiviti pengedaran dan penjualan barangan perlu (BP) tersebut?

Kita berharap pihak yang berwajib sentiasa memantau serta mengawasi perkara ini agar tidak berlaku penyelewengan dalam pengedaran barangan perlu (BP), penyeragaman harga gas petroleum cecair (LPG) dan Community Drumming (CD) untuk kemudahan penduduk kampong yang tinggal di luar bandar dan di pedalaman.

Kita mencadangkan agar Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dibina dalam kawasan luar bandar, khas untuk penduduk luar bandar membeli barang keperluan harian mereka dengan harga yang berpatutan dan di beri kuota kepada peniaga bumiputera serta di kawal sepenuhnya oleh pihak yang berwajib agar tidak berlaku kenaikan harga barangan yang melampau, yang selama ini telah dikuasai oleh pihak pihak ketiga.

Kerajaan Sarawak sepatutnya membina lebih banyak lagi infrastruktur serta memberi kemudahan asas kepada penduduk di luar bandar dan juga yang tinggal di pedalaman, agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah sekian lama hidup dalam kesusahan dan dalam kegelapan akibat tiada jalan perhubungan yang baik di Sarawak dan masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan Semananjung Malaysia.

Kalau kerajaan Sarawak benar-benar ingin membantu rakyat Sarawak hidup dalam keadaan yang menyenangkan, mereka perlu ada sifat amanah, jujur, telus serta perihatin dengan keperluan rakyat Sarawak.

Kita yakin kalau kerajaan Sarawak dapat mentadbir kerajaan dengan baik, sudah pasti Sarawak boleh maju dan kaya, lebih awal dari yang dijangkakan sebelum tahun 2030. Dengan sumber hasil bumi di Sarawak, tidak mustahil perkara ini dapat dilakukan, dengan syarat kerajaan mesti amanah, jujur serta tidak melakukan penyelewangan serta tidak menyalahgunakan kuasa mereka.

Sayangnya pemimpin di Sarawak kaya tetapi rakyatnya masih hidup dalam kemiskinan dan kesusahan akibat salah urus dan banyak berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Harapan rakyat Sarawak ingin perubahan akan tercapai sekiranya rakyat Sarawak sendiri ingin mengubah nasib diri mereka sendiri.

Inilah masanya untuk rakyat Sarawak kena fikir, kalau mahu perubahan yang lebih baik, perlu adanya usaha dari rakyat sendiri kerana, kuasa untuk mengubah ada di tangan mereka sendiri, seperti ayat yang terdapat dalam Al Quran yang kira-kira bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

Apabila rakyat Sarawak dapat memilih pemerintah yang lebih baik dan Sarawak diperintah oleh pemimpin yang jujur, amanah serta adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik maka Sarawak akan jadi lebih makmur dan menjadi negeri terkaya sebelum tahun 2030. Insya-Allah

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Prices of essential items at Rural are too Expensive

According to the generality of the states in Malaysia, Sarawak has an area of 124.449 (km ²) and according to the last census (2010), the population of Sarawak, is 2,420,009 million people not including those who do not have birth certificates and MyKad. Sarawak is rich in natural resources and raw materials such as petroleum, natural gas, timber, coal and others.

According to people living in rural Sarawak, their living costs are higher than in the city due to rising oil prices. The canned food prices are higher if compared to the prices in the market as well as the petrol price to switch on the generator and so on.

Almost all the prices of essential goods transported from the city are all sold expensive and the price certainly multiply, compared to market price in urban areas. Imagine they had to pay more to buy daily necessities and also the price of petrol is too expensive when compared to prices in urban areas. Who profits from the sale of this product?

Among the major cause of this happening is due to poor roads and difficult to travel by the transport vehicle to deliver goods to the needs of rural and remote areas. The government can solve this problem by building more roads directly to rural areas and of course the problem of prices of essential goods in rural areas can be reduced.

Where goes the provisions of billions of ringgit received by the state government for road construction in rural areas in Sarawak? Actually, the problem of rural roads to the state's can be solved more than 10 to 20 years ago if that provision used properly without any leakage, but until now the problem has yet to be resolved. What causes this problem?

Geographical structure of Sarawak and slopes and hills alternated by a network of rivers that winding into the most important reasons why transportation in this country was by water and air. In addition, the state of Sarawak is the largest state in Malaysia.

Rural and remote areas in Sarawak depending on the river as the basis for daily transportation, most of them are farmers and breeders. But why is the burden of their daily lives to be borne certainly multiply higher compared to urban dwellers who are mostly working with big salaries, affordable and some are living luxurious?

We had heard many complaints from people living in rural areas who said prices of daily needs, more expensive than the prices of goods in urban areas. For example, in the Bakong, at a shop in Kelat river, where the Iban of three longhouses and the nearby estate workers buy groceries at a higher price than market price in town.

If we buy petrol RM10 with 4 liters container is not full, but if purchased in Bekenu town, full and there is excess return 30 cents. This estate is behind the area of, Rh Lani, Rh Suyong dan Rh Biri, Kuap in Sebuti.

Among other examples:
Kampung Ladang 3, Sibuti : Petrol Ron95 RM 5 per liter !!
Beluru Bakong , Baram : Petrol Ron95 RM4 - per liter !!
Rumah Sg Medang / Sg Banjang : Petrol Ron95 RM 5.50 - 2 liters !!

Thus do some examples given by people who live in the area. Either true or not the complaints of those concerned, the authorities can go investigate themselves in more detail in the above areas.

Does the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumer Affairs (Ministry) act in helping rural people involved who have to pay more on their daily needs?

Although the government introduced the project distribution of essential items (BP), the standardization of prices of liquefied petroleum gas (LPG), and Community Drumming (CD) involving diesel and petrol to lessen the burden of the population in rural and remote areas, do they constantly monitor the distribution activities, and sale of essential goods (BP) as said?

We suggest that people shop 1 Malaysia (KR1M) are built in rural areas, especially for rural people to buy their daily necessities at an affordable price and quota given to Bumiputera traders and fully controlled by the authorities, so as not to rise excessive prices, which has all this while dominated by a third party.

The Sarawak government should build more infrastructure and providing basic facilities to rural people and also living in remote areas, so that they can enjoy a more comfortable life after years of living in hardship and in the dark due to no good roads in Sarawak and is still far behind compared to Peninsular Malaysia.

If the Sarawak government really wants to help the people of Sarawak live in a pleasant, they must have integrity, honesty, transparency and concerned with the needs of the people of Sarawak.

We are confident if the Sarawak government could run the government well, I'm sure Sarawak can be developed and richer earlier than expected before the year 2030. With the sources of Natural Resources in Sarawak, it is possible this can be done, provided the government must be trustworthy, good faith and do not aberrations, and not abuse their power.

Unfortunately, leaders in Sarawak are rich but its people still live in poverty and hardship as a result of mismanagement and rampant corruption and abuse of power by those who are not responsible.

The hope of the people of Sarawak want to change will be achieved if the people of Sarawak personally want to change their own fate.

It is time for the Sarawakians have to think, if you want the better changes, they need to be an effort from our own people because the power to change is in the hands of their own, as there are verses in the Qur'an that approximately means " Indeed, Allah does not change the fate of a people until they change what is in their own "Ar-Ra'd (verse 11).

When the Sarawakians can choose a better government and Sarawak was ruled by the leaders who has integrity, trustworthy and fair to all regardless of race, religion and political belief then Sarawak will be more prosperous and the richest country before 2030. God willing