Jangan Zalim Terhadap OKU (Orang Kurang Upaya)

PAS Sarawak sangat kesal dengan tindakan Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang yang mempertahankan tindakannya mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menghentikan bantuan kebajikan kepada pekebun kurang upaya, Frusis Lebi.

Ini adalah suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan terhadap OKU (Orang Kurang Upaya).
Sungguh malang sekali nasib OKU ini, subsidi baja percuma dan benih pokok ditarik balik semata-mata menyokong pembangkang.

Dimana laungan, demokrasi negara ini? Kalau hak rakyat boleh dirampas sesuka hati oleh pemimpin yang tidak mempunyai perasaan kasihan terhadap OKU.

Beginikah cara pemimpin BN menjaga kebajikan rakyat? Sanggup melakukan apa saja, demi menjaga kepentingan politik, sampai sanggup mengugut rakyat dengan tindakan yang zalim.

Ini yang kita nampak, bagaimana pula nasib mereka yang berada nun jauh di pedalaman, sudah pasti nasib mereka lebih teruk lagi diugut dengan penarikan subsidi sekiranya tidak menyokong BN.

Kita mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya keatas mereka yang menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan peribadi.

Kita harap parti yang memerintah jangan berlaku zalim dan tidak adil keatas rakyat sebab mereka berhak untuk memilih sesiapa saja yang mereka fikir sesuai dan adil untuk jadi pemerintah.

PAS akan sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik jika dipilih jadi pemerintah seperti mana Islam mengajar umatnya berlaku adil kepada semua, jadi itulah prisip yang PAS pegang, adil untuk semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Do not wicked against handicapped (People with Disabilities)

PAS Sarawak regret with the action of Assistant Minister of Agriculture, Datuk Mong Dagang that defended his actions directed the Social Welfare Department to stop welfare aid to the farmers with disabilities, Frusis Lebi.

This is an inhumane act against handicapped (People with Disabilities). It's unfortunately the fate of this handicapped, free fertilizer and seed subsidies plants withdrawn simply because support the opposition.
Where is the slogan of democracy in this country? If the right of the people can be taken away indiscriminately, by the leader that has no sympathy towards disabled people.

Is this the way the BN leaders take care of the people? Willing to do whatever it takes to safeguard the political interests until willing to threaten people with the cruel actions.

This is what we see, what about the fate of those who are far away in the interior, I'm sure their fate, worse still threatened by withdrawal of the subsidy if they do not support the BN.

We urge the authorities to take appropriate action on those who abuse their power for personal gain.
We hope that the ruling party not being cruel and not fair on the people because they have the right to choose whomever they feel would be appropriate and fair to be the ruler.

PAS will always keep the interests and the welfare of citizen regardless of race, religion and political affiliation, if selected to be the government as Islam teaches us to be fair to all, that is the principles that PAS holds, fair to all.