Poliklinik Miri Perlu Perubahan Drastik
MIRI - Klinik Kesihatan Miri atau dikenali sebagai Poliklinik Miri yang sudah usang dan sempit, seharusnya dibaikpulih dan dibangunkan semula dengan ruang yang lebih luas untuk menampung kepadatan penduduk yang semakin bertambah dalam bandaraya Miri.

Klinik yang sudah hampir menjangkau 40 tahun tersebut sepatutnya dilengkapi dengan peralatan yang lebih moden dan canggih. Kita dapati hampir kesemua urusan seperti pendaftaran dan maklumat pesakit diisi secara manual oleh petugas, iaitu tulisan tangan tanpa menggunakan komputer. Ini akan melambatkan proses pendaftaran pesakit yang terlalu ramai.

Keadaan akan bertambah sesak dengan orang ramai akibat ruang dalam klinik tersebut yang agak kecil dan sempit apabila ramai yang datang untuk mengambil ubat dan rawatan.

Ada yang datang seawal pagi semata-mata untuk mengambil nombor giliran dan ada juga yang terpaksa menunggu dari pagi sampai ke petang barulah mereka diberi rawatan akibat terlalu ramai yang datang untuk mendapat rawatan.

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr. Faizul Mansor berkata, poliklinik itu mula beroperasi sejak awal 70an dan menerima kira-kira 700 pesakit setiap hari.

Tinjauan kita baru-baru ini mendapati masih ramai pesakit yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan atau mendapat rawatan terpaksa berdiri lama kerana jumlah kerusi tidak mencukupi. Ruang dalam klinik itu hanya menempatkan kira-kira 100 kerusi sahaja.

Pihak pengurusan seharusnya mengalakkan pengunaan sistem yang canggih dan mesra pengguna untuk melancarkan process pendaftaran dan sebagainya. Tempat duduk seharusnya biarlah teratur dan tersusun agar memudahkan pengerakan orang ramai dan pekerja disitu.

Sebelum ini kita pernah mendengar pihak kerajaan akan membaikpulih klinik tersebut tetapi sehingga kini keadaan klinik tersebut masih lagi tidak banyak perubahan. Menurut pihak Poliklinik Miri, mereka akan dipindahkan ke bangunan Persatuan Perancang Keluarga Miri (PPKM) selewat-lewatnya November ini.

Selain itu, kawasan letak kenderaan juga terhad apabila ramai yang datang membawa pesakit atau mereka yang menerima rawatan dalam satu-satu masa, dan ini akan mengakibat kesesakan dalam kawasan bangunan tersebut.

Inilah masanya Poliklinik perlu perubahan drastik kerana perkara ini sudah lama dibincangkan tetapi masih belum ada sebarang perubahan yang boleh dibanggakan oleh penduduk Miri.

Pihak kerajaan hendaklah menepati janji agar rakyat dapat kehidupan yang selesa tanpa perlu menanti terlalu lama untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Kita harap perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kementerian kesihatan Malaysia agar dapat memberi keselesaan kepada pesakit dan juga kakitangan yang bertugas serta pihak pengurusan klinik kesihatan Miri.

Semoga dengan adanya bangunan Poliklinik Baru Miri nanti akan mengurangkan masalah kesesakan serta dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

 English version
Miri Polyclinic Need Drastic Changes
MIRI - Miri Health Clinic or known as Polyclinic Miri is old and constricted should be restored and rebuilt with more space to accommodate the increasing population density in the Miri city.

The clinic that is about to reach 40 years of age should have been equipped with modern and sophisticated equipment.

We find that almost all such as registration and patient information filled in manually by the staff, the handwriting without using a computer. This will slow down patient registration processes which are too many.

The condition would get crowded due to space in the clinic which relatively small and cramped when people came to take the medicine and treatment.

Some come as early in the morning just to take a turn nombor and some are forced to wait from morning until the evening, before they are given care, caused by too crowded who came to get treatment.

According to Miri Divisional Health Officer, Dr. Faizul Mansor said the polyclinic in operation since the early 70's and received about 700 patients per day.

We survey recently found that there are still many patients which want to undergo for  medical check-up or treatment had long stood as the number of seats is not enough. Space in the clinic accommodates only about 100 seats.

The management system should encourage the use of sophisticated and user-friendly to launch the registration process and so on. A seating should let be organized and structured to facilitate the movement of people and workers there.

Previously we have heard the government will recover the clinic, but until now the clinic condition still not much change. According to the Miri Polyclinic, they will be moved to the Family Planning Association Miri (PPKM) no later by this November.

In addition, the parking area is also limited when many come to take patients or those receiving treatment at one time, and this will cause congestion in the building area.

It's time Polyclinic need drastic change because of this long-discussed but still there has been no change to be proud of by the people of Miri.

The government must deliver on the promises that people can live in comfort without having to wait too long to get the best service.

We hope this gets due attention from the ministry of health Malaysia so as to provide comfort to patients and staff which on duty and the management of Miri health clinic.

Hopefully the New Miri Polyclinic building later will reduce congestion and can provide the best service to all Malaysians regardless of race and religion.