Jalanraya, Parit dan Padang Permainan Kampung Rancah-Rancah Perlu Dinaiktaraf
BEKENU – Baru-baru ini PAS Miri telah melawat Kampung Rancah-Rancah dalam parlimen Sibuti. Kebanyakan penduduk di situ bekerja sebagai petani dan juga nelayan. Perjalanan dari bandaraya Miri mengambil masa lebih satu jam.

Jalanraya utama Kampung Rancah-Rancah baru sahaja diturap tetapi apabila kita memasuki simpang kampung, jalannya agak sempit dan juga sistem peparitan tidak teratur dengan baik.

Jalan semen sempit yang sudah retak hanya boleh dilalui oleh kenderaan satu hala saja pada satu-satu masa dan ianya agak berbahaya sekiranya tidak berhati-hati ketika memandu terutama sekali pada waktu malam kerana longkangnya juga agak dalam.

Begitu juga jambatan kayu yang agak usang dan perlu dibaik pulih dengan segera agar ianya tidak mengancam keselamatan penduduk yang melalui jambatan itu.

Selain masalah jalan, parit dan jambatan, menurut kata salah seorang penduduk di situ, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pernah datang ke kampung Rancah-Rancah berjanji untuk membina sebuah padang permainan untuk anak muda di kampung tersebut.

Tapi malangnya, projek padang permainan tersebut sampai hari ini tidak kelihatan ujud yang tumbuh hanya lalang dan belukar di tapak itu. Mereka mahu kerajaan menaik taraf kampung serta menunaikan janji yang belum ditepati sebelum PRU13 nanti agar dapat dilaksanakan dengan segera.

Kita mohon kerjasama pihak yang berkenaan agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung Rancah-Rancah dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Road, Drainage and Kampung Rancah-Rancah Playground Need To Be Upgraded

BEKENU – PAS Miri recently visited the Kampung Rancah-Rancah under Sibuti parliamentary. Most of the residents work as farmers and fishermen. The journey from Miri city takes about an hour.

The main road of Kampung Rancah Rancah just paved but when we entered the village junction, the road is quite narrow and the drainage system is not well organized.

The narrow cement road which is cracked could be traversed by vehicles only one way at a time and it is quite dangerous if not careful when driving especially at night because the drain is also quite deep.

Similarly to a wooden bridge quite old and need to be refurbished as soon as possible so as not to threaten the safety of residents through the bridge.

Aside from the road issue, drainage and bridges, according to one of the residents said, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal Minister of Rural and Regional Development Malaysia had come to their Kampung Rancah-Rancah promised to build a playground for the young people in the village.

But unfortunately, the playground project until today did not seem exist, that grows only weeds and bushes on the site. They want the government to upgrade the village and fulfill the promises that have not been fulfilled before the 13th General Elections so that it can be implemented immediately.

We seek the cooperation of the parties concerned, so that solves the problems faced by the Kampung Rancah Rancah immediately, regardless of race, religion and political affiliation.