Masalah Parkir Terhad Menjejaskan Pendapatan Peniaga Melayu Piasau Jaya
MIRI – Para peniaga Melayu di Piasau Jaya atau lebih dikenali sebagai Piasau Link mengesa agar pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) menambahkan lagi kawasan letak kenderaan di premis perniagaan mereka.

Kawasan parkir agak terhad dan sukar untuk para pelanggan meletak kenderaan mereka terutama sekali waktu kemuncak.  Di hadapan premis kedai terdapat sebuah taman rekreasi untuk penduduk perumahan bersantai tetapi sayangnya terbiar begitu saja tanpa sebarang penyelengaraan.

Baru-baru ini kita menerima aduan dari salah seorang peniaga di situ yang dikenali sebagai Mbok mengadu akan masalah parkir di kawasan premis peniagaan mereka yang terlalu sempit dan terhad.

Katanya lagi disebabkan kawasan parkir terhad menyebabkan para pelanggan terlalu sukar untuk meletak kenderaan mereka di situ.

Ini secara tidak langsung menyebabkan hasil pendapatan mereka agak terjejas disebabkan oleh para pelanggan mereka sukar untuk meletak kenderaan dan akhirnya mereka pergi ke tempat lain terutama sekali pada waktu kemuncak iaitu ketika waktu makan tengah hari.

Taman rekreasi yang terbiar tersebut sebaiknya digunakan sebagai tapak baru untuk meletak kenderaan kerana ianya sudah terbiar begitu lama tanpa sebarang penyelengaraan.

Adalah sesuai sekiranya taman tersebut dikhaskan untuk kawasan parkir daripada ianya terbiar begitu saja keluh Mbok kepada pihak kami. Dengan adanya kawasan parkir yang luas secara tidak langsung akan memudahkan pelanggan meletak kenderaan mereka dengan selesa untuk membeli barang dan sebagainya.

Katanya lagi, disinilah satu-satunya tempat perniagaan orang Melayu Bumiputera mencari makan dalam bandaraya Miri selain dari kawasan bandar yang dimonopoli oleh para peniaga bukan Melayu.

Masalah untuk menaiktaraf kawasan ini sudah pun dilaporkan melalui talikhidmat dan jawaban yang diberi oleh pihak MBM mengatakan mereka sudah melantik kontraktor untuk mengatur, mengecat dan pembaikpulih kawasan rekreasi tersebut tetapi sehingga kini belum lagi nampak sebarang kemajuan.

Kami mengesa agar pihak MBM dapat menunaikan janji serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap masalah yang dihadapi oleh peniaga Melayu ini dari terus berlarutan. Mereka membayar cukai untuk mendapat keselesaan tempat berniaga bukannya membiarkan mereka terpinggir begitu saja tanpa sebarang tindakan diambil untuk menaik taraf kawasan premis perniagaan mereka.

Kerjasama dengan pihak MBM dan juga pihak yang berkenaan amat dihargai, semoga masalah ini dapat diatasi dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Limited Parking Problems affected income of Piasau Jaya Malay traders  
MIRI – The Malay traders at Piasau Jaya or better known as Piasau Link urges the Miri City Council (MCC) to add more parking areas at their business premises.

Parking area is quite limited and difficult for customers to park their vehicles especially during peak hour.
In front of the shop premises there is a recreational park for the housing residents relax but unfortunately abandoned offhand without any maintenance.

Recently we received a complaint from one of traders there which is known as Mbok complained  the problems of parking  in the area of their business premises that is too narrow and limited.

She added that due to restricted parking area its customers is too difficult to park their vehicles there to buy the groceries and so on.

This indirectly causes their income quite affected caused by their customers difficult for parking and finally they go to other places, especially during the peak lunch time.

The idle recreation parks should be used as a new site for parking because it is already abandoned for so long without any maintenance.

Is appropriate if the park is reserved for parking area than it just abandoned Mbok lamented to us. With the availability of  ample parking area indirectly will facilitate their customers parking comfortably to buy goods and so on.

She said again, this is where the only place of the Malays Bumiputera business foraging for food in Miri city apart from the urban areas monopolized by the non-Malay businessmen.

The problem to upgrade this area already been reported through the Hotline (Talikhidmat) and the answers given by the MCC said they had appointed a contractor to organize, paint and repair, recreational areas, but so far have not seen any progress.

We urge that the MCC can keep its promises and take appropriate action to address the problems faced by the Malay traders from continues. They pay taxes to get the comfort of the business rather than letting them simply left without any action being taken to upgrade their business premises.



Collaboration with the MCC and the parties concerned is very much appreciated, hopefully this problem can be resolved immediately regardless of race, religion and political affiliation.