Penceramah Bebas Umno Cuba Meracuni Pemikiran Rakyat Sarawak

Kita ingin mengulas kenyataan akhbar tempatan seorang penceramah bebas yang juga rakyat asal Kelantan, Sharif Mahmood, 55, berkata kehadiran PAS ke Sarawak hanya akan membawa keburukan dan membantutkan pembangunan yang sedang dibawa oleh kerajaan.

Tiba-tiba saja datang seseorang yang tidak tahu hal ehwal keadaan kehidupan penduduk luar bandar di Sarawak hendak menjadi Hero BN kononnya PAS tidak mampu membawa perubahan kepada Sarawak kerana rakyat di negeri Kelantan sendiri tidak mendapat apa-apa pembelaan daripada kerajaan negeri.

Siapa beliau hendak melarang hak orang Sarawak mengundi PAS atau sesiapa saja untuk menjadi wakil rakyat? Kalau orang semacam ini datang ke Sarawak semata-mata untuk memburuk-burukkan negeri sendiri dan di saat akhir kempen pilihanraya semata-mata untuk mendapat sedikit habuan untuk memburukkan PAS Sarawak adalah disarankan beliau bantu Umno/BN di semenanjung dari menyibuk memburuk-burukkan PAS di Sarawak.

Inilah perangai orang yang dengki dan tidak suka melihat orang lain menegak keadilan di bumi Sarawak sehingga sanggup memburuk-burukkan negeri sendiri di negeri orang lain. Kita saran Sharif Mahmood balik membantu kempen di Kelantan dari menyibuk menganggu orang Sarawak yang perlu pembelaan untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman kerajaan BN.

Walaupun PAS parti Islam tetapi orang bukan Islam ramai yang memberi sokongan kepada PAS tanpa mengira bangsa dan agama, yang peliknya kenapa orang Islam seperti Sharif pula bertindak sebaliknya bahkan menentang parti yang mendaulatkan Islam.

Gambaran buruk di Kelantan yang dikatakan oleh Sharif adalah propaganda semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan. Untuk mengetahui keadaan sebenar di Kelantan bukan hanya mendengar cerita sebelah pihak saja tetapi perlu mendapat penjelasan dari pihak pemerintah PAS sendiri.

Orang Sarawak terutama yang tinggal di luar bandar Sarawak jangan terpengaruh dengan hasutan orang seperti Sharif ini kerana tujuan beliau datang ke Sarawak semata-mata untuk menghasut rakyat tempatan membenci PAS. Beliau yang tidak tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh penduduk luar bandar Sarawak tiba-tiba datang berkempen untuk BN tanpa mengetahui keadaan sebenar penduduk luar bandar di Sarawak.

PAS datang ke Sarawak kerana ingin membantu rakyat yang ditindas yang perlukan pembelaan serta membebas diri mereka dari cengkaman pihak pemerintah yang zalim terhadap rakyatnya sendiri selama ini.

Walaupun PAS parti Islam tetapi sekarang ini ramai orang bukan Islam menganggotai PAS dan penduduk tempatan yang bukan Islam paling ramai bersama PAS di Sarawak.
Kita mengesa penduduk tempatan dan luar bandar agar berhati-hati menerima kedatangan agen Umno/Bn dari semanjung yang cemburu dengan sambutan orang ramai terutamanya bukan Islam terhadap PAS di Sarawak sekarang ini. Umno cemburu kerana gagal masuk dan menubuh parti di Sarawak. Semoga perjuangan PAS bersama rakyat Sarawak akan memberi manfaat kepada semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Freelance motivational speaker of Umno Try to poisoned the Thoughts of the people of Sarawak

We would like to comment on the statement of a Freelance motivational speaker Sharif Mahmood, 55, opined said the presence of PAS into Sarawak will only bring disadvantages and subduing the development being carried by the government.

Suddenly came someone who do not know the affairs of the living conditions of the rural population in Sarawak want to be BN Hero supposedly PAS not be able to bring change to Sarawak because the people in Kelantan itself does not get any defense of the state government.

Who is he to prevent the right of the Sarawak people voted for PAS or anyone else to be representative of the people? If this kind of people come into Sarawak is solely to vilify own state and at the last minute election campaign simply just to get some goodies to aggravating Sarawak PAS it is recommended that he helped UMNO / BN in the peninsula from busybodies smear PAS in Sarawak.

This is the behavior of the envious and do not like seeing other people upholding justice in the land of Sarawak until willing to smear their own state in the others state. We advice Sharif Mahmood go back to help the campaign in Kelantan from busybodies disrupt the Sarawak people who need the defense to free themselves from the clutches of the BN government.

Although PAS is Islamic party but many non-Muslims give support to PAS is regardless of race and religion that strangely enough is why Muslims do like Sharif acts contrary even against the party that empowered Islam.

Bad picture in Kelantan which is said by Sharif is purely propaganda to discredit the government of Kelantan. To find out the real situation in Kelantan not only hear one side story alone but should seek clarification from the ruling party PAS.

The Sarawak peoples especially those living in rural Sarawak do not be influenced by people like Sharif's incitement because the purpose of his coming to the state solely to incite local people hated PAS. He who does not know the real problems faced by the rural population of Sarawak suddenly come to campaign for BN without knowing the actual condition of the rural population in the state.

PAS come to Sarawak because they want to help the oppressed people who need protection and release themselves from the grip of the oppressive rulers against its own people all this while.

Although PAS is an Islamist party but now many non-Muslim joining PAS and local residents are the largest number of non-Muslims with PAS in the state.

We urge local and rural residents to be vigilant to welcome Umno / Bn agent from Peninsular that are jealous of the public response especially non-Muslims against PAS in Sarawak today. Umno is jealous because the party failed to enter and establish in Sarawak. Hopefully the struggle of PAS together with the people of Sarawak will be beneficial to all.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief


Rakyat Sarawak harus menolak PAS

by Mohd Norhadie Sahari. Posted on May 2, 2013, Thursday
PAS tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat seluruh negara
SAEH, NIAH: Rakyat Sarawak harus menolak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berikutan parti itu tidak membawa sebarang kebaikan bukan sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi rakyat seluruh negara.
SHARIF
Penceramah bebas yang juga rakyat asal Kelantan, Sharif Mahmood, 55, berkata kehadiran PAS ke Sarawak hanya akan membawa keburukan dan membantutkan pembangunan yang sedang dibawa kerajaan.
“Saya tidak melihat PAS mampu membawa perubahan kepada Sarawak kerana rakyat di negeri Kelantan sendiri tidak mendapat apa-apa pembelaan daripada kerajaan negeri.
“Peruntukan hampir RM600 juta yang disalurkan kerajaan pusat untuk tujuan pembangunan lesap entah ke mana.
“Saya orang Kelantan dan saya tahu PAS tidak dapat membela nasib rakyat,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas mengulas keyakinan PAS bagi merampas Parlimen Sibuti dan menjadikan ia sebagai anak sulung PAS di Sarawak.
Beliau memberitahu, isu tanah dan isu air bersih yang sedang berlaku di Kelantan hampir 23 tahun berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri tidak mampu diselesaikan.
“Isu tanah dan air bersih di Kelantan berada dalam keadaan kritikal dan ia tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan negeri apatah lagi ingin menjaga kebajikan negeri lain.
“Atas alasan itu saya datang ke Sarawak khasnya di kawasan rumah panjang dan kampung untuk menjelaskan kepada rakyat tentang keadaan kelemahan pentadbiran PAS,” tegasnya.
Sharif menjelaskan, isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang sedang dibangkitkan oleh PAS dalam setiap ceramahnya hanya satu polimik dengan tujuan untuk menipu rakyat setempat.
“Apa yang berlaku di Kelantan kemungkinan mereka akan cerita lain di sini dan tujuan mereka hanya satu iaitu menginginkan kuasa tanpa memikirkan kebajikan rakyat,” katanya.
Beliau berkata tiada apa-apa yang boleh dibanggakan di Kelantan dan rakyat harus faham dan sedar bahawa mereka akan merana jika PAS berjaya meresap masuk ke Sarawak.
“Saya melihat rakyat Sarawak masih lagi memerlukan pembangunan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), jika dibandingkan dengan PAS Kelantan tidak mampu menyelesaikan masalah pembangunan seperti yang dimahukan rakyat,” jelasnya.
PAS katanya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan atas alasan itu, kerajaan PAS tidak mampu menyelesaikan masalah pembangunan yang diingini rakyat.
PAS katanya jika menang di Sarawak pun hanya dianggap sebagai kacau daun sahaja dan tiada alasan untuk rakyat Sarawak yang masih memerlukan pembangunan kerajaan BN bertukar menyokong perjuangan PAS.
Mengulas mengenai peluang PAS untuk menang di Sibuti, beliau memberitahu bahawa hasrat PAS untuk mengembangkan sayap ke Parlimen Sibuti hanya satu angan-angan kosong.
“Saya tak nampak langsung PAS boleh menang di sini (Sibuti) kerana kehadiran mereka hanya ingin menimbulkan sentimen keagamaan sedangkan kita tahu rakyat Sarawak hidup dalam suasana majmuk dan aman,” katanya.
Tambahnya dalam tempoh berkempen di sini, beliau turut berkeyakinan Sarawak masih menjadi deposit tetap BN untuk membentuk kerajaan di Putrajaya kelak.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/02/rakyat-sarawak-harus-menolak-pas/#ixzz2S7YUVOBo