Penduduk Miskin Di Luar Bandar Merupakan Deposit Bagi BN

BINTULU - Program sehari bersama Timbalan Presiden PAS Hj Mohammad Sabu@Mat Sabu di Bintulu baru-baru ini merupakan lawatan pertama beliau ke kampung sekitar pinggir bandar Bintulu. Lawatan kebajikan ini dianjur oleh PAS Bintulu dan sebanyak 5 buah keluarga penduduk di Kg Jepak dan juga di Sebuan telah menerima sumbangan kebajikan dari PAS Bintulu.  

Menurut beliau keadaan kehidupan penduduk di pinggir bandar Bintulu amat daif tidak ubah seperti di pedalaman sekitar Klang diawal 70-an. Dimana ramai penduduk miskin ketika itu yang merupakan penyokong tegar BN tetapi setelah ada pembangunan dan mereka sudah berpelajaran, mereka tidak lagi menjadi deposit BN sebab mereka sedar selama ini mereka ditipu oleh pemimpin BN yang tidak amanah dan menyalahguna kuasa.

Kemiskinan dan subsidi kepada penduduk miskin merupakan satu bentuk ikatan yang menyebabkan penduduk miskin terus bergantung kepada kerajaan BN sehingga menyebabkan mereka tidak berani bersuara atau menentang penyelewengan pemimpin BN walaupun keadaan rumah mereka tidak berdinding dengan sempurna. Beliau berpesan kepada petugas PAS agar terus masuk kampung dengan program kebajikan dengan niat kerana Allah dan sebagai kerja dakwah. “Kalau letakkan kepada kemenangan pilihanraya semata-mata, pasti kita akan kecewa dan putus asa kerana penduduk miskin hanya melihat kebendaan daripada isu semasa” katanya.
 
Pada sebelah petang, ziarah ke pasar Bintulu dan sempat menikmati jamuan Durian dan buah-buahan tempatan seperti buah embang yang hanya terdapat di Sarawak, buah mata kuching hutan dan lain-lain.

Pada sebelah malam pula makan malam anjuran DAP Bintulu sempena pelancaran 'Impian Sarawak' yang dihadiri hampir seribu orang penduduk tempatan khasnya majoriti Iban dan Cina, juga beberapa orang Melayu tempatan turut hadir ke Mandarin Restoran. 

Pada malam itu, Mat Sabu diberi peluang berucap dan menegaskan masa untuk berubah perlu disegerakan kerana kesan kenaikan harga barang sudah dirasai oleh semua lapisan masyarakat.  “Pakatan Rakyat harus hapuskan politik perkauman bagi membina Malaysia yang lebih aman dan sejahtera sesuai dengan tema Rahmat Untuk Semua” katanya.

Antara tetamu jemputan khas (VIP) terdiri dari Dr Hew DAP, MP Stampin Julian,YB Piasau Alan Ling,YB Kidurong Chiew CS, Abdul Jalil Bujang PKR Bintulu, YDP PAS Miri Hj Jofri termasuk pimpinan PAS Bintulu YDP Azwani, TYDP Zharudin dan Ketua Penerangan PAS Bintulu Hj Kiprawi merupakan anak tempatan Bintulu.

Pada hari selepas itu di sebelah malamnya, PAS Bintulu turut mengadakan program Wida untuk beberapa pimpinan yang bakal berpindah dalam majlis usrah gabungan di rumah Hj Kiprawi.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Poor People in Rural Areas Is a deposit for BN
BINTULU - One day program with PAS deputy president Mohamad Sabu @ Hj Mat Sabu in Bintulu recently is his first visit to the villages around the outskirts of Bintulu town.  The welfare visit is organized by the PAS Bintulu and a family of five residents of Jepak and also in Sebuan received charitable contributions from PAS Bintulu.

He said the population lives in the suburbs of Bintulu is very poor just like in the interior in the vicinity of Klang early 70s. Where many poor people at those times that are hardcore supporters of BN but after there is a development and they are educated, they were no longer be a deposit for BN because they realize they are being cheated by the BN leader who is not trustworthy and abuse of power.

Poverty and subsidies to the poor is a form of bonding that causes the poor continue to depend on the BN government, causing them not dare to speak out or against corruption of BN leaders even though their home condition is not perfectly walled. He reminded the PAS Task Force to continue enter the village with the welfare program with the intention of Allah and as missionary work. "If you put it to win elections alone, we are sure to be disappointed and hopeless because poor people only see the material from the current issue" he said.

In the afternoon, visit to Bintulu market and have time enjoy a Durian feast and local fruit such as ‘embang’ fruit found only in Sarawak, fruit of wild cats’ eyes and others.

In the evening dinner was organized by the DAP Bintulu for the launching of 'Sarawak Dream' which was attended by nearly a thousand local people, especially the majority of Iban and Chinese, also some local Malays were also present at the Mandarin Restaurant.

That night, Mat Sabu given the opportunity to speak and pointed out the time for change urgency because the impact of rising prices was felt by all walks of life. "Pakatan Rakyat should eliminate racial politics to bring Malaysia to a more peaceful and prosperous that fits the theme of Grace for All" he said.

Among the special invited guests (VIP) consisting of Dr Hew DAP, Stampin MP Julian, Piasau YB Alan Ling, Kidurong YB Chiew CS, Abdul Jalil Bujang PKR Bintulu, Miri PAS Chief Hj Jofri including Bintulu PAS Chief Azwani, Deputy Bintulu PAS chief  Zharudin and PAS Bintulu information chief Hj Kiprawi a local Bintulu.

The day after that in the evening, PAS Bintulu also held Farewell program for some leaders that will be transferred in the event of usrah (meeting) grouping in the house of Hj.Kiprawi.