Peruntukan Menaiktaraf Jalan Kampung Perlu Digunakan Sepenuhnya
 
MIRI – Penduduk di Kampung Batu 1 Jalan Kuala Baram mengadu masalah jalan yang sempit terutama di simpang jalan masuk ke kampung mereka. Jalan tersebut perlu diperbesarkan lagi supaya memudahkan kenderaan keluar masuk dengan adanya dua lorong terutama di simpang jalan. Ketika hujan lebat, jalan tersebut ditenggelami oleh air parit yang tersumbat.

Ianya juga boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu dan juga penunggang motosikal yang lalu di situ kerana jalan sempit dan boleh menyebabkan kecederaan kepada penunggang motosikal sekiranya terjatuh ke dalam parit yang berdekatan. Mereka mencadangkan agar pembetung yang lebih besar digunakan untuk membentuk struktur jambatan agar ianya memudahkan kenderaan lalu lalang di jalan itu disamping membolehkan air mengalir di bawah jalan itu.

Oleh kerana jalan kampung dibawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan maka menjadi tanggungjawab pihak berkenaan membaikpulih dan menaiktaraf jalan kampung mereka serta membina sistem peparitan yang lebih baik untuk memudahkan air mengalir.

Dalam bajet 2014 sejumlah 980 juta ringgit diperuntukkan untuk membaikpulih dan menaiktaraf 437 kilometer jaringan jalan luar bandar di seluruh negara tetapi sehingga kini masih lagi terdapat jalan di luar bandar terutama di Sarawak yang masih teruk.

Pada bajet 2015 kerajaan juga terus komited menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar. Sejumlah 4.5 bilion ringgit akan diperuntukkan terutamanya di Sabah dan Sarawak.  Diantaranya ialah menambah 10 batang tiang lampu menjadikannya 20 batang tiang lampu di setiap kampung di seluruh negara yang melibatkan lebih 22 ribu kampung dengan peruntukan sebanyak 26 juta ringgit. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 56 juta ringgit bagi menyediakan lampu jalan kampung menurut PM Datuk Sri Najib semasa membentangkan belanjawan 2015. Laporan ini terdapat dalam portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. http://www.treasury.gov.my/index.php?lang=ms

Sudah berbilion ringgit telah diperuntukan oleh kementerian kewangan untuk memberi kemudahan infrastruktur luar bandar tetapi sehingga kini terutama di Sarawak ianya belum menampakkan hasil yang memuaskan. Kemana perginya peruntukan yang lalu?

Kami menggesa agar pihak kerajaan boleh menggunakan peruntukan ini secepat mungkin untuk mengatasi masalah-masalah penduduk kampung.

Pihak kami akan sentiasa memantau dan mengemukakan masalah rakyat dari masa ke semasa agar segala peruntukan untuk rakyat digunakan dengan cara yang betul. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung Batu 1 dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Road Upgrading provisions should be fully utilized

MIRI - Residents in Kampung Batu 1 Jalan Kuala Baram complain of narrow road problems, especially at the junction of the access road to their villages. The road need be enlarged to facilitate the entry and exit of vehicles with two lanes, especially at road junctions. During heavy rains, the road flooded by blocked drain water.

It can also be a danger to drivers and motorcyclists passing through because of the narrow road and can cause injury to motorcyclists if falling into a nearby ditch. They suggest that larger culverts are used to form the structure of the bridge so that it facilitates passing vehicles on the road as well as allowing water to flow under the road.

Because of village roads are under the supervision of local authorities shall be the responsibilities of the relevant party to refurbishment and upgrading their roads and build a better drainage system to facilitate the water flow.
In the 2014 budget a total of 980 million is allocated for the refurbish and upgrading of 437 kilometers of rural road networks across the country, but until now there are still rural roads, especially in Sarawak is still badly.

In the 2015 budget the government also remains committed to providing and upgrading of facilities and rural infrastructure. A total of 4.5 billion ringgit will be spent mainly in Sabah and Sarawak. One of them is adding a 10 lamp poles making it of 20 light poles in every village across the country involving more than 22 thousand villages with an allocation of 26 million ringgit. This brings the total 56 million ringgit to provide the village street lights according to PM Datuk Seri Najib when unveiling the 2015 budget. This report is available in the official portal Ministry of Finance Malaysia. http://www.treasury.gov.my/index.php?lang=ms

Already billions of ringgit has been allocated by the ministry of finance to rural infrastructure, but until now, especially in Sarawak, it has not shown satisfactory results.  Where the past provision goes?

We urge the government could use this provision as soon as possible to overcome the problems of the villagers.
We will continue to monitor and address problems of the people from time to time so that all provisions for people used in the right way. Cooperation with the parties concerned to resolve the problems faced by the Batu 1 villagers immediately is greatly appreciated.