Terminal Bas Tudan Jadi Projek Gajah Putih


MIRI – Terminal Bas Tudan dalam kawasan Senadin yang sudah lama dibina dan menelan belanja jutaan ringgit sehingga kini masih belum beroperasi sepenuhnya. Ianya sudah jadi projek gajah putih dan membazirkan wang pembayar cukai.

Tujuan utama terminal itu berfungsi sebagai hentian sementara untuk bas ekspres interlokal daripada Sabah dan Brunei. Kawasannya agar jauh dari pusat bandar menyebabkan penumpang tidak ramai menggunakan perkhidmatan bas ekspres ke terminal itu. Mungkin juga kawasan Terminal Bas Tudan tidak memberi kemudahan  untuk orang ramai singgah ke pusat bandar dan jauh dari tempat kediaman menyebabkan ianya mendapat kurang sambutan orang ramai.

Antara lain mungkin juga disebabkan ramai pengusaha bas ekspres di negeri akan menghentikan operasi tidak lama lagi sekiranya kerajaan tidak campur tangan untuk membantu mereka dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan persaingan sengit.

Seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan, Pengurus Besar Miri Transport Company Sdn Bhd Yeo Yow Shun berkata mereka dan lain-lain pengusaha telah mengalami penurunan sebanyak 20 hingga 25 peratus dalam jumlah penumpang dan jika ini berpanjangan mereka perlu menutup kedai. "Kami akan menghadapi nasib yang sama sebagai pengusaha bas berhenti-henti jika kerajaan tidak campur tangan untuk membantu dengan meningkatkan subsidi diesel dan kuota," katanya. Miri Transport Company Sdn Bhd terpaksa menarik diri daripada enam laluannya pada awal tahun ini. Dua pengusaha bas adalah Miri Belait Transport dan Miri City Bus.

Masalah pengangkutan di bandaraya Miri juga semakin teruk disebabkan kurang penumpang dan banyak tempat laluan operasi telah dihentikan. Akibat mengalami kerugian dari penurunan muatan penumpang dan peningkatan kos operasi telah menyebabkan mereka menamatkan perkhidmatan bas di sepanjang laluan untuk Maktab Perguruan Sarawak (11), Riam-Lapangan Terbang (22, 28), Lambir (24), Pujut Corner / Hospital (33A, 20), Piasau Link / Piasau Garden / Piasau Utara (42) dan Krokop (44).

Kita mengesa pihak pengusaha bas boleh meneruskan perkhidmatan pengangkutan awam dengan menggunakan bas mini sebagai ganti untuk memenuhi pemintaan pengguna yang masih memerlukan pengangkutan awam dalam kawasan perumahan yang tiada perkhidmatan pengangkutan awam.

Walaupun satu cadangan telah diutarakan untuk menubuhkan pasar lambak baru di Terminal Bas Tudan bagi menempatkan sementara waktu sekumpulan penjaja yang telah berdagang secara haram di E-mart dan kawasan Senadin namun ianya mendapat kurang sambutan orang ramai.

Ianya juga dicadangkan bagi penduduk yang tinggal di bahagian utara bandar berikutan kejayaan pasar lambak yang pertama di perkarangan tempat letak kereta pusat sivik di sini setiap hari Ahad tapi ianya masih tidak menarik perhatian orang ramai.

Oleh kerana masalah pengangkutan awam di Miri juga semakin gawat maka pihak kerajaan sepatutnya menggunakan bas terminal itu sebagai kawasan perhentian bas ekspres interlokal dengan membina infrastruktur bagi memudahkan penumpang singgah untuk makan, solat, membeli buah-buahan, kraftangan dan barangan buatan tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Mungkin ini akan menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati cita rasa makanan tempatan apabila mereka singgah sementara sebelum meneruskan perjalanan.

Ini secara tidak langsung boleh memberi sumber pendapatan kepada penduduk setempat daripada terus membiarkan terminal bas itu terbiar begitu saja. Dengan caj yang murah serta berpatutan sudah pasti ramai yang akan menjualkan barang dagangan mereka di situ.

Kita mengesa pihak berkuasa tempatan mengkaji semula tujuan sebenar pembinaan Terminal Bas Tudan itu agar ianya boleh memberi manfaat kepada pengguna dan juga penduduk di sekitar kawasan Tudan dan Senadin. Kita tidak mahu ianya terbiar begitu saja dan menjadi projek gajah putih yang hanya merugikan wang pembayar cukai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Tudan Bus Terminal Become White Elephant Project

MIRI - Tudan Bus Terminal in Senadin area that has long been developed and costing millions of ringgit to date is still not fully operational. It has become a white elephant project and a waste of taxpayer money.

The main purpose of the terminal serves as a temporary stop for long distance express buses from Sabah and Brunei. The area is so far from the city center causing many passengers doesn’t use the express bus to the terminal. Maybe also areas of Tudan Bus Terminal not provide facilities for people to drop by to the city center and away from residential areas causing it got less public response.

Among others, might also be due to many express bus operators in the country will cease operations soon if the government does not intervene to assist them in dealing with economic turmoil and tough competition.
As reported in the local newspaper, Miri Transport Co Sdn Bhd general manager Yeo Yow Shun said they and many others were experiencing a drop of 20 to 25 per cent in passenger load and if this were to go on for long they would have to close shop. "We will face the same fate as operators of stage buses if the government does not intervene to assist with improving diesel subsidy and quota, "he said. Miri Transport Company Sdn Bhd had to withdraw from the six routes at the beginning of this year. The two bus operators are Miri Belait Transport and Miri City Bus.

Transportation problems in Miri city also worsened due of fewer passengers and many routes where operations have been discontinued.  Suffering losses due to drop in passenger load and escalating operation cost has spelt the demise of bus  services along the routes to Sarawak Teachers Teaching College (11), Riam-Airport (22, 28), Lambir (24), Pujut Corner/Hospital (33A, 20), Piasau Link/Piasau Garden/Piasau Utara (42) and Krokop (44).

We urge the bus operators can continue public transport services by using the mini bus as an alternative to meet the demands of users who still need public transportation in residential areas that no public transport services.

Although a proposal has been put forward to establish a new flea market in Tudan Bus Terminal to accommodate the temporary group of hawkers that have been trading illegally in E-mart and Senadin area but it gets poor response from the public.

It is also recommended for people living in the northern part of the city following the success of the first flea market in the car park, civic center here every Sunday but it still does not attract people's attention.

Due to the problems of public transport in Miri also worsening then the government should use the bus terminal as long distance express bus stop area by building infrastructure that facilitates passengers layover to eat, pray, buy fruits, handicrafts and local products before continue their journey to their respective destinations. Maybe this will attract tourists from internally and abroad to enjoy a taste of local specialties when they transit before continuing their journey.

This may indirectly provide a source of income for the local residents rather than continue to let the bus terminal idle offhand. With cheap and reasonable charges of course many will sell their merchandise there.

We urge local authorities to review the real purpose of the construction of Tudan Bus Terminal so that it can be beneficial to users and residents in the vicinity of Tudan and Senadin. We do not want it to idle offhand and become a white elephant project which only detrimental taxpayers' money.