Nenek lumpuh terpinggir keseorangan di pondok usang

MIRI - Hidup bersendirian tanpa ditemani gelak tawa cucu dan anak-anak semestinya bukan pilihan sesiapa. Dalam keriuhan dan kemeriahan umat Islam bersiap sedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia, seorang nenek tua yang tinggal berseorangan di Kampung Satap, Miri hanya mampu pasrah dan  redha dengan ketentuan Ilahi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, begitulah nasib yang terpaksa dilalui oleh nenek tua ini yang sekian lama tinggal keseorangan. Atiah binti Duhak 80, berkata beliau hidup sebatang kara di rumah yang usang dan uzur itu dan tidak pernah berkahwin dan mempunyai keluarga atau saudara mara yang terdekat. Beliau dilahirkan dalam keadaan cacat kaki dan tidak dapat bergerak seperti manusia normal yang lain. Setiap hari beliau hanya dapat menguruskan dirinya secara perlahan-lahan tanpa bantuan sesiapa.

Semasa muda, nenek Atiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti berkebun dan menoreh getah untuk menyara kehidupan hariannya. “Makcik tidak larat untuk bekerja lagi memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan penyakit kaki yang dihidapi sejak lahir lagi, ini membuatkan pergerakan makcik terbatas” katanya kepada wakil PAS Miri yang berkunjung ke rumahnya untuk menyampaikan bantuan kebajikan baru-baru ini.

Nenek Atiah berkata beliau tidak suka merayu simpati orang lain sebaliknya cuba sedaya upaya menguruskan hidup secara bersendirian. Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana terdapat jiran-jiran sekeliling yang prihatin dan kerap memberikan pertolongan kepadanya termasuk memberi makanan dan keperluan harian yang lain. Katanya lagi, pihak kerajaan pernah datang menziarahi beliau dan berjanji untuk memberikan bantuan membina rumah kepadanya, namun sehingga kini beliau masih belum menerima apa-apa bentuk bantuan.

Tambahnya, walaupun keadaan dirinya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), beliau tidak pernah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak dahulu lagi.
 
Mohd Arifiriazul bin Paijo selaku Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Miri berkata “Pihak PAS
Kawasan Miri sentiasa komited untuk membantu insan-insan yang kurang berkemampuan termasuk golongan kurang upaya dan warga emas yang terpinggir seperti kes nenek Atiah”.

Ini selari dengan slogan PAS yang ingin menjadikan Negara Malaysia sebuah ‘Negara berkebajikan’. "Saya mengharapkan kerjasama daripada pihak berwajib untuk melakukan  siri-siri ziarah berkala bagi mengenalpasti golongan sasaran yang memerlukan bantuan agar semua rakyat di Sarawak khususnya di Miri dapat merasai kehidupan yang lebih baik sepertimana yang diperolehi oleh rakyat yang lain” katanya.

"Sungguh sedih  melihat keadaan nenek Atiah yang tinggal keseorangan dan tiada ahli keluarga yang boleh dijadikan tempat bergantung harapan. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak PAS Kawasan Miri ini, sedikit sebanyak dapat menceriakan hati nenek Atiah untuk menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi” kata Mohd Arifiriazul.

Beliau berkata pihak PAS Miri akan cuba untuk memanjangkan perkara tersebut kepada pihak Baitulmal Miri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat. “Kami dari pihak PAS Miri berharap nenek Atiah mendapat sokongan dan bantuan segera daripada pihak  Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) dan pihak yang bertanggungjawab yang lain supaya nasib nenek Atiah lebih terbela diakhir usianya” katanya mengakhiri ziarah kebajikan yang dianjurkan oleh PAS Miri pada hari itu.
Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada nenek Atiah bolehlah disalurkan ke Akaun Bank Islam “Tabung Prihatin Sarawak” -11022010039807. Sila sms transaksi pemindahan kepada 0105939293 untuk tujuan rekod.

Wanman
 Aktivis Muslimat PAS Miri

English version

Paralyzed grandma isolated alone in dilapidated huts

MIRI - Living alone without the company laughter of grandchildren and children is not necessarily anyone choices. In the hubbub and excitement of Muslims getting ready to welcome the arrival of holy month of Ramadan, an old woman who lives alone in Satap village, Miri could only surrender and subsided by divine decree.

The heaver your eye can see, the heavy the person holding it that's the fate that had to go through by this old woman who lived alone for a long time.  Atiah binti Duhak 80 said she lived alone in an old and dilapidated house, and was never married and have a family or closest relatives. She was born in a deformed leg and could not move like other normal human being. Every day she just can manage itself slowly without anyone's help.

During her youth, grandma Atiah doing various jobs such as farming and tapping rubber to earn its daily life. "Aunt was tired to work anymore because of health conditions that do not allow, and foot disease suffered since birth, this makes aunt movement limited” she told representatives of PAS Miri who visited her home to deliver welfare assistance recently.

Grandma Atiah said she did not like begging sympathy of others instead try to manage on its own lives.
However, she was thankful that there are neighbors around that is attentive and often provide aid to her include providing food and other daily necessities.

She added that the government ever came to visit her and promised to provide assistance to build a house to her, but until now she had not received any form of assistance. She added that although her condition is classified as Persons with Disabilities (PWDs), she has never received assistance from the Social Welfare Department (SWD) since long ago.

Mohd Arifiriazul bin Paijo as Deputy PAS Miri Chief said "The PAS Miri has always been committed to helping people of less fortunate including the disabled and the elderly that is marginalized as in the case of grandma Atiah.

This is in line with the PAS slogan who wants to make Malaysia a ‘benevolent state’. "I expect cooperation from the authorities to conduct a series of periodic pilgrimages to identify target groups that need help so that all the people in Sarawak especially in Miri can feel a better life as is obtained by other people, "he said.

"It is sad to see the condition of grandma Atiah who lives alone and has no family members who could be a place to rely on. Hopefully with the contribution given by the PAS Miri is to some extent can cheer the hearts of grandma Atiah to welcome the month of Ramadan soon, "said Mohd Arifiriazul.

He said the PAS Miri will try to prolong the matter to the Baitulmal Miri and the Social Welfare Department (SWD) in the near future. "We from PAS Miri hope grandma Atiah being supported through and help from the Baitulmal, the Social Welfare Department (SWD) and other the responsible authority so that the fate of grandma Atiah is more taken care at the end of her age " he said ended the welfare visit organized by PAS Miri on that day.

To anyone who wants to lend a hand to grandma Atiah can be channeled to the Bank Islam account “Tabung Prihatin Sarawak” -11022010039807. Please sms transfer of transactions to 0105939293 for record purposes.
.
Wanman
Muslimat activists PAS Miri