Pekebun kecil di Pujut kesal janji BN masih tidak ditunaikan

MIRI – Sudah hampir 11 tahun penduduk di Pujut Tanjung Batu menghadapi masalah untuk masuk ke dalam kebun mereka. Jalan ke kebun di Pujut Tanjung Batu dan Padang Kerbau rosak teruk dan sukar untuk kenderaan kecil masuk melalui jalan itu terutama waktu musim hujan.

Walaupun sekarang musim kemarau, jalan tersebut masih terdapat banyak lubang-lubang dan tidak rata sehingga menyukarkan pekebun membawa hasil petanian mereka keluar.

Menurut pengadu, mereka sudah banyak kali mengadu dan meminta bantuan daripada pihak berkuasa untuk membantu membaiki jalan raya yang rosak di jalan pintas menuju ke kampung Pujut Tanjung Batu dan Jalan Padang Kerbau itu tetapi ia masih belum menunjukkan hasil.

Mereka mengadu pada PAS yang mereka sudah hilang harapan untuk melihat jalan tersebut akan dibina dalam masa terdekat kerana sudah bosan dengan janji yang tidak ditepati. Penduduk di situ memohon sedikit bantuan batu jalan kerikil untuk menampal jalan berlubang di jalan masuk disitu dari pihak PAS walaupun mereka tahu PAS bukan parti memerintah tetapi kesungguhan PAS membantu mereka tanpa mengira waktu memberi mereka sedikit harapan agar pihak berkuasa membuka mata dengan melihat masalah mereka dengan melaksanakan tugas seterusnya dengan menyiapkan projek jalan kampung yang terbiar begitu lama itu.

Menurut mereka kalau pihak berwajib dapat menurapkan jalan batu di kawasan itu pun sudah dikirakan bagus daripada terus menunggu janji yang tidak kunjung tiba. Atas usaha penduduk kampung dengan kerjasama PAS akan memberi inspirasi kepada mereka untuk berdikari tanpa perlu mengharapkan janji dari mereka yang suka berjanji tapi tidak ditepati walaupun sebenarnya mereka mampu melaksanakan janji tersebut kalau mereka lebih memberi keutamaan kepada rakyat.

Pihak PAS telah menyumbang batu jalan kerikil untuk menampung lubang di jalan kebun itu sekurang-kurangnya mengurangkan masalah jalan berlobang itu. Sekarang setelah penduduk mengadu masalah jalan kepada pihak PAS baru ada nampak jalan tersebut akan dibaik pulih itu disebabkan waktu pilihanraya akan menjelang tiba tidak lama lagi. Inilah untungnya rakyat bila ada suara pembangkang barulah BN bekerja keras untuk menarik perhatian rakyat.

Penduduk kampung mengucapkan terima kepada pihak PAS walaupun sumbangan tersebut tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya atas usaha bersama dengan penduduk kampung dengan PAS menyebabkan parti BN pun sibuk untuk meneruskan kerja membaik pulih jalan tersebut. Inilah untungnya rakyat  bila ada suara pembangkang barulah BN bekerja keras untuk menarik perhatian rakyat.

PAS bersama penduduk kampung sebagai jalan perintis untuk membaiki jalan tersebut dengan harapan tugas seterusnya perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa kerana kita yakin memang ada peruntukan untuk projek jalan kampung yang sudah lama diluluskan tetapi tertangguh mungkin disebabkan ada kepentingan pihak tertentu.

Kita mengesa pihak yang berwajib dapat melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan tidak membiarkan pihak tertentu menyalahguna peruntukan untuk projek jalan kampung sebagai memancing undi semasa kempen nanti.

Usaha penduduk kampung menuntut hak mereka perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan ditunaikan dengan segera. Mereka juga menuntut agar kerajaan meluluskan pemohonan mereka untuk mendapat hak milik tanah mereka. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah jalan kebun yang sudah lama terbiar itu amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Small farmers in Pujut upset BN promises still unfulfilled

MIRI – It has been almost 11 years the residents in the Pujut Tanjung Batu facing problems to get into their farm. The road to the farm in Pujut Tanjung Batu and Padang Kerbau is badly damaged and difficult for small vehicles entered through the road especially during the rainy season.

Even now is the dry season, the road is still a lot of holes and uneven making it difficult for farmers to bring their agricultural produce out.

According to the complainant, they had many times complained and asked for help from the authorities to help repair damaged roads in bypass road leading to the village of Pujut Tanjung Batu and Jalan Padang Kerbau but it has yet to show results.

They complained to the PAS they have lost hope to see the road will be built in the near future because it is tired of the unfulfilled promises. Residents there applying a little help of stone gravel road for patching the potholes at the access road there from the of PAS even though they know PAS is not the ruling party but the seriousness of PAS to help them, regardless of time give them a little hope that the authorities open their eyes to see problems with implementing the next task by completing the rural roads project that was abandoned for so long.

According to them if the authorities can tar the gravel road in the area it was already presumed good rather than continue to wait for the promise that never arrived. The efforts of the villagers in collaboration with PAS will inspire them to be independent without expecting a promise from those who love promised but not fulfilled despite the fact they were able to deliver on that promise if they would give priority to the people.

PAS have contributed stone gravel road to cover the hole in the farm path at least reduce the perforated road. The villagers thanked the PAS despite the meager contribution but at least the effort along with the villagers with PAS led BN parties were busy to continue repairing the roads. This is benefit of the people when there is a voice of opposition then BN will work hard to attract people's attention.

PAS with the villagers as a pioneer to repair the road in the hope that the next task should be undertaken by the authorities because we believe there is a provision for rural roads project which has long been approved but was delayed probably because there is interests of certain parties.

We urge the authorities to carry out their duties with trust and not to allow certain parties abuse the provision for rural roads project as the fishing for votes during the campaign later.

Efforts of the residents demand their rights should be given attention by the authorities and be fulfilled immediately. They also demanded that the government approves their application to get their land titles. Cooperation with the parties concerned to overcome the farm path which has long been neglected is highly appreciated.