Hakim menarik diri dari pendengaran kes tanah NCR

MIRI – Hakim Yang Arif Lee Heng Cheong mengambil keputusan mengundur diri dari meneruskan pendengaran kes Tanah NCR Kampung Haji Wahed pada hari khamis lalu. Tindakan beliau disambut baik oleh penuntut Tanah NCR demi menjaga integriti dan maruah sistem kehakiman yang diamalkan dalam negara ini.

Hakim baru bakal mengendalikan Kes Tanah NCR Kampung Haji Wahed, Miri pada tarikh yang lain. Tarikh perbicaraan akan ditetapkan semula kemudian. Kes ini sudah mengambil masa lebih dari 4 tahun  tanpa sebarang penyelesaian. Semua pihak yang terlibat mengharapkan kes ini dapat diselesaikan secara adil dan telus oleh hakim yang baru dilantik nanti agar semua pihak yang terlibat dapat menerima keputusan dengan baik.

Pihak Plaintif / PEWARIS / Penuntut / Penyokong yang sentiasa mendoakan agar kes ini dapat diselesaikan secara adil sentiasa hadir semasa sesi perbicaraan diadakan.

Mereka sangat berharap agar kes tanah adat atau Tanah NCR Kampung Haji Wahed yang mengambil masa bertahun-tahun ini dapat diselesaikan secara adil dan telus kerana selama ini banyak tanah adat mereka telah diceroboh oleh pihak-pihak pemaju tanpa sebarang pampasan yang sewajarnya.

Mereka mahu tanah adat datuk nenek moyang mereka dikembalikan semula agar mereka dapat mengerjakan tapak untuk bercucuk tanam dan membina tempat kediaman mereka dengan selamat.

PAS mengesa pihak pemerintah dapat memberi perhatian dan tindakan sewajar terhadap isu yang dihadapi oleh penduduk asal ini agar dapat diselesaikan secara adil dan saksama.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

The judge withdrew from the hearing of NCR land

MIRI – The Honourable Judge Lee Heng Cheong decided to withdraw from the proceeding in the case of NCR Kampung Haji Wahed on last Thursday. His action was well received by the claimant for NCR land in order to maintain the integrity and dignity of the judicial system which is practiced in this country.

The new judge will handle the case of NCR Kampung Haji Wahed, Miri on another date. The hearing date will be set later. This case has taken more than four years without any solution. All parties involved hope that this case can be resolved in a fair and transparent by the newly appointed judge later so that all parties involved can receive with a better results.

The Plaintiff / PEWARIS / Claimant / Supporters who always pray that this case can be resolved fairly is always present during the trial session was held.

They are very much hope that the case of customary land or NCR land Kampung Haji Wahed which took many years to be resolved in a fair and transparent as all this while many of their traditional land has been encroached upon by a third-party developers without proper compensation.

They want the lands of their ancestors are reinstated so that they can work on the site for farming and build their homes safely.

PAS urged the government to pay attention and appropriate action on issues faced by the original inhabitants so that can be resolved fairly and equitably.