Hak milik tanah Kaum Jatti Meirek dan Melayu di Sarawak semakin terhakis 

Kaum Jatti Meirek merupakan penduduk asal bumiputera di bandar Miri. Miri terletak hampir dengan sempadan Brunei di timur laut Sarawak. Miri juga meliputi Pujut, (Unan) Bakam, Lopeng (Lufieng), Lutong, Bekenu, Kuala Baram (Long Utan), Sibuti, Marudi, Tutong Brunei, Temburong Brunei, dan Kuala Belait.

Kebelakangan ini, banyak tanah adat telah ditukar status menjadi tanah kerajaan dan ini sangat merunsingkan pewaris. Penduduk Jatti Meirek, Melayu dan Bumiputera yang tinggal di pinggir bandar Miri yang mewarisi tanah nenek moyang mereka telah kehilangan pemilikan kerana status tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah diubah menjadi tanah kerajaan.  Malahan, ada tanah diberikan kepada pemaju dan syarikat perladangan untuk dibangunkan.

Dakwaan ini bukan satu cakap kosong, penduduk mampu membuktikan tanah mereka adalah tanah adat. Sebagai contoh, terdapat makam Dato 'Permaisuri yang masih utuh di sebuah kawasan di Sungai Pujut, Miri bahkan Kerajaan Negeri Sarawak juga telah mewartakan makam itu sebagai pengiktirafan sumbangan beliau dalam membangunkan Islam di Miri.

Sekiranya terdapat tanah perkuburan lama di kawasan itu, adalah jelas bahawa kawasan itu telah dihuni oleh penduduk asal di mana kebanyakan mereka sebagai petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang terbiar akan ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder).

Selain itu, berlaku juga di Bandaraya Miri di mana tanah warisan Jatti Miriek dan tanah orang Melayu diserahkan kepada pemaju kerana status tanah warisan menjadi tanah kerajaan atau zon campuran. Tanah ini pastinya boleh dijual atau dipindah milik kepada bukan Bumiputera untuk dibangunkan. Contoh kawasan terlibat adalah tanah warisan Jatti Meirek, Melayu, Kedayan, dan Bumiputra di Pujut Padang Kerbau, Pujut Adong, Tukau, dan kawasan sekitarnya yang telah diubah menjadi tanah kerajaan.

Kami, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Miri  turut mengambil inisiatif bertemu dan bertanya kepada pegawai di Jabatan Tanah Dan Survei Miri mengenai status permohonan tanah yang dibuat oleh pewaris tanah Pujut. Maklum balas yang kami perolehi daripada pegawai, statusnya telah berubah menjadi tanah kerajaan dan tanah itu telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk dimajukan. Pegawai tersebut turut menyatakan bahawa kerajaan telah merancang untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai tapak pertanian dan sebarang permohonan untuk tanah di kawasan itu tidak akan dilayan.

PAS Miri juga dimaklumkan bahawa tanah itu akan diserahkan kepada sebuah syarikat perladangan untuk dijadikan sebagai kawasan penanaman kelapa sawit dan pokok-pokok. Kini, tanah ini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan dan Jabatan Tanah dan Survei tidak lagi bertanggungjawab. Selepas beberapa dekad pewaris tanah berusaha menuntut hak mereka di sana melalui  Jabatan Tanah dan Survei akhirnya gagal. Mereka akan terus menuntut hak mereka dari pihak kerajaan sehingga hak mereka dikembalikan semula.

Kini setelah menerima berita ini melalui surat dari Jabatan Tanah dan Survei , harapan mereka akan menerima hak pemilikan hancur. Mereka juga dimaklumkan bahawa permohonan mereka tidak akan dipertimbangkan. Para pewaris ini tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kerana mereka telah memohon tanah adat Jatti Meirek untuk jangka masa yang lama malahan ada yang telah meninggal dunia.  Namun,  Jabatan Tanah dan Ukur masih tidak memproses permohonan mereka. Pada akhirnya, ini jawapan yang mereka terima.

Lebih mendukacitakan, kenapa permohonan syarikat mendapat proses dan persetujuan yang lebih cepat daripada para penduduk yang telah lama cuba memohon secara sah?  Di mana kepincangan yang berlaku sehingga tanah warisan boleh jatuh kepada tangan pemaju dan syarikat perladangan? Jabatan Tanah dan Survei bertanggungjawab menjawab persoalan ini.

Kami diberikan jawapan bahawa tanah berstatus NCR ini berubah kepada tanah kerajaan kerana tanah ini tidak dituntut dalam semakan tanah di awal 80-an maka secara automatik ianya menjadi tanah kerajaan. Namun, alasan ini masih tidak dapat memuaskan hati pewaris. Mungkin ketika itu,pada tahun 80-an penduduk tidak tahu bahawa tanah yang mereka usahakan dalam proses pemetaan. Bayangkan saluran maklumat dan hubungan komunikasi ketika itu. Adakah ini kesalahan penduduk yang mungkin kurang mendapat maklumat ketika itu?

Menurut laporan Borneo Utusan (Sarawak) pada 8 Apr 2017 "Kerajaan akan terus membantu orang Melayu untuk membangun tanah secara komersil tanpa melibatkan pertukaran pemilikan: KM"
Kerajaan akan terus membantu tanah milik kaum Melayu khasnya di bandar yang dibangunkan secara komersial agar dikekalkan pemilikannya serta tidak bertukar tangan. Ketua Menteri Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Openg berkata, pemilikan tanah orang Melayu berbeza dengan kaum-kaum lain yang mempunyai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). “Bagi tanah yang berstatus komersial, ia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja dan kita (orang Melayu) perlu mempunyai cara kita sendiri untuk membangunkan tanah agar ia tidak bertukar tangan.

PAS Miri menggesa kerajaan terutamanya Ketua Menteri Sarawak untuk campur tangan bagi  mengkaji dan mengembalikan hak tanah Miriek dan pemilik tanah Melayu Sarawak kepada pewaris mereka. Jangan biarkan tanah warisan ini jatuh ke tangan orang asing yang hanya berminat untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan nasib penduduk tempatan yang telah kehilangan hak mereka. Mereka layak hidup dengan tanah yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Penduduk ini juga memerlukan tanah untuk membina rumah di tempat mereka mencari rezeki yang kebanyakkannya berasaskan sumber pertanian.

Maka, PAS Miri berpendapat Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) wajar mengambil serius masalah tanah orang asal ini supaya pegangan hak mereka tidak hilang dan didominasi oleh pihak luar. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menangani masalah ini amat dihargai. Kita tidak mahu, di akhir nanti kita hanya “menang sorak kampung tergadai” dan mangsanya adalah anak cucu kita.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak


English version

The land rights of the Jatti Meirek and the Malays in Sarawak are getting eroded

Miriek is native residents of Miri. Miri is located near the Brunei border in northeastern Sarawak. They are also located in Miri, Pujut (Unan) Bakam, Lopeng (Lufieng), Lutong, Bekenu, Kuala Baram (Long Utan) Sibuti, Marudi, Tutong Brunei, Temburong Brunei, and Kuala Belait.

Lately, many customary lands have been changed status into state land and this is very disturbing the heir.
The residents of Jatti Meirek, Malays and Bumiputeras living in Miri's suburbs who inherited their ancestral lands have lost ownership because the land status of native customary rights (NCR) land has been converted into state land. In fact, there is a land given to developers and plantation companies to be developed.

This allegation is not an empty talk, the residents are able to prove their land is customary land. For example, there is a tomb of Dato 'Permaisuri who is still intact in an area on the Pujut River, Miri and even the State Government of Sarawak has also proclaimed the tomb as recognition of her contribution in developing Islam in Miri.

If there is an old cemetery in the area, it is clear that the area has been inhabited by the native inhabitants where most of them as peasants will move to new areas when the abandoned soil fertility will be overgrown by bush forest (secondary forests).

In addition, there was also in Miri where the heritage land of Jatti Miriek and the land of the Malays are handed over to the developer as the status of heritage land becomes a state land or mixed zone. This land can certainly be sold or transferred to non-Bumiputera to be developed. Examples of the land area involved are Jatti Meirek heritage, Malay, Kedayans, and Bumiputra in Pujut Padang Kerbau, Pujut Adong, Tukau, and the surrounding area has been converted into state land.

We, the Islamic Party of Malaysia (PAS) Miri also took the initiative to meet and ask officials at the Miri Department of Land and Survey on the status of land applications made by Pujut land heirs. The feedback we received from the officer, its status has changed into state land and the land has been handed over to the Forestry Department to be developed. The official also stated that the government had planned to develop the area as an agricultural site and any application for land in the area would not be entertained.

Miri PAS is also informed that the land will be handed over to a plantation company to be used as an oil palm plantation area and trees. Now, this land is under the jurisdiction of the Forestry Department and the Land and Survey Department is no longer responsible. After decades of land heirs sought to claim their rights, there through the Land Department and Surveys eventually failed. They will continue to claim their rights from the government until their rights are reinstated

Now after receiving this news by a letter from the Land and Survey Department, their expectations will receive ownership rights destroyed. They are also informed that their application will not be considered. The heirs are not satisfied with the answer given as they have applied for the customary land of Jatti Meirek for a long time and some have passed away. However, the Land and Survey Department still does not process their application. In the end, this is the answer they received.

More disappointing, why is the company's application getting a faster process and approval than the people who have long been trying to apply legally? Where irregularities that occurred until the heritage land can fall into the hands of developers and plantation companies? The Land and Surveys Department is responsible for answering this question.

We were given an answer that the NCR land changed to state land because the land was not claimed in land reconnaissance in the early 80's so it automatically became a state land. However, this reason still cannot satisfy the heir. Perhaps then, in the 80s the population did not know that the land they had in the process of mapping. Imagine the information channel and communication relationship at that time. Is this the fault of people who may be less get information at the time?

According to Borneo Utusan (Sarawak) report on 8 Apr 2017 "The Government will continue to assist the Malays to develop land commercially without involving the exchange of ownership: CM"
The government will continue to assist the Malay-owned land in a commercially developed city to retain its own and not change hands. Chief Minister Datuk Amar Abang Tun Abang Openg said the Malay land ownership in contrast to other communities that have Native Customary Rights (NCR). "For commercial land, it can be bought by anyone and we (the Malays) need to have our own way to develop the land so that it does not change hands.

Miri PAS urged the government, especially the Chief Minister of Sarawak to intervene to study and restore Miriek's land rights and the owner of the Sarawak Malay land to their heirs. Do not let this legacy land fall into the hands of foreigners who are only interested in gaining profit without thinking of the fate of the locals who have lost their rights. They deserve to live with the land inherited by their ancestors. This population also needs land to build houses where they are seeking livelihoods that are largely based on agricultural resources.

Thus, Miri PAS believes that the Sarawak Party Affiliated Government (GPS) should seriously take the problem of the land of the indigenous people so that their rights are not lost and dominated by external parties. Collaboration with related parties to address this problem is greatly appreciated. We do not want, at the end of the day, we just “menang sorak kampung tergadai”, which means winning the battle but losing the war and the victims are our children and grandchildren.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief