Sistem saliran tersumbat menyebabkan petani mengalami kerugian besar


MIRI: Hujan lebat sepanjang hari dan tidak ada sistem perparitan yang baik menyebabkan beberapa kebun di Jalan Miri By-pass belakang Balai Bomba Lopeng mengalami banjir kilat.

Kebun buah-buahan seperti nenas, pisang, pokok rambutan, pokok durian belanda dan lain-lain telah musnah sepenuhnya kerana air tidak dapat mengalir dengan baik dan tersumbat menyebabkan kawasan tanaman menjadi banjir.

Kami menerima aduan daripada seorang petani, Encik Armin berkata pokok buah-buahannya telah musnah kerana air banjir mengalir ke kawasan tanaman beliau. Beliau berkata semua ini adalah disebabkan oleh pembinaan projek lebuh raya Pan Borneo yang tidak menyediakan sistem perparitan yang baik yang menyebabkan limpahan air ke kebun berhampiran.

Parit ditutup oleh timbunan tanah oleh pihak yang berkenaan dan air tidak boleh mengalir dengan baik antara penyebab kawasan tanaman mereka yang terjejas. Setakat ini airnya tidak dapat mengalir sehingga tanaman menjadi lemas oleh air yang tidak mengalir keluar.

Akibat projek lebuh raya tersebut, petani telah mengalami kerugian besar akibat air yang membanjiri kebun mereka telah menghancurkan tanaman yang telah mereka kerjakan selama ini.

Banjir kilat jarang berlaku di kawasan pertanian mereka tetapi kali ini ianya agak buruk kerana parit tersumbat yang penuh dengan sampah tidak dibersihkan sehingga air melimpah ke tanaman mereka.

Kami menggesa pihak berkuasa dan mereka yang terlibat segera membersihkan sampah dan memperdalam parit di kawasan yang terjejas. Kontraktor yang terlibat dalam pembinaan projek lebuh raya Pan Borneo perlu membayar ganti rugi kepada petani yang tanamannya rosak teruk kerana tidak membuat saliran air yang baik menyebabkan kawasan tanaman mereka rosak.

Kami menggesa semua pihak yang terlibat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana petani yang mengharapkan hasil tanaman mereka selama ini telah mengalami kerugian besar akibat air yang tidak dapat mengalir dengan baik memusnahkan tanaman mereka.

Sekali lagi, kami menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk hal ehwal berkaitan, segera membersihkan kawasan yang terjejas untuk mengelakkan banjir kilat dan merosakkan tanaman. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Clogged drainage system causes farmers suffered heavy losses

MIRI: Heavy rain throughout the day and no good drainage system caused some Miri By pass road behind the Fire Station Lopeng experienced a flash flood.

Fruit gardens such as pineapple, bananas, rambutan tree, durian and other trees have been destroyed completely because the water cannot flow well and clogged causing the area to become flooded.

We received a complaint from a farmer, Mr Armin said his fruit trees were destroyed as flood water flowed into his crop area.He said all this was due to the construction of the Pan Borneo highway project which did not provide good drainage system that cause water overflow to nearby farms.

As a result of the highway project, farmers have suffered a huge loss due to the water that flooded their farms had destroyed the crops they had been working on all this while.

Flash floods are rare happen in their agricultural areas but this time it is quite bad because the clogging ditch filled with rubbish is not cleaned until the water overflow to their crops.

We urge the authorities and those concerned immediately clean up rubbish and deepen the trenches in areas that are affected. The contractors involved in the construction of the Pan Borneo highway project will have to pay damages to farmers whose crops are badly damaged as they do not make good water drainage causing their crop area to be damaged.

We urge all parties involved to work together to resolve this issue immediately because farmers are expecting their crops for so long have suffered great losses due to water that can not flow properly destroy their crops.

Once again, we call on the parties responsible for the affairs related, immediately clean the affected areas to prevent flash floods and damaging crops. Collaboration with the relevant parties to solve this problem immediately is very much appreciated.