Surau Pasar Malam sempit perlu diperbesarkan

Pasar Malam Miri Saberkas tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat setiap hari.

Peniaga Pasar Malam telah mengadu kepada kami bahawa pihak berkuasa boleh memperluas kawasan Surau untuk memudahkan peniaga, pelawat Islam dari luar negara dan di dalam negara yang berkunjung ke Pasar Malam dapat melakukan solat dengan selesa.

Majoriti peniaga Pasar Malam adalah orang Islam dan mereka juga memerlukan tempat ibadat selain memudahkan pelaksanaan perintah Allah walaupun mereka menjalankan perniagaan.

Selain daripada tidak dapat  menampung ramai jemaah, warga emas dan mereka yang ada masalah lutut juga sukar untuk berjalan naik ke tingkat atas sebuah Surau dalam kedai yang berdekatan.

Menurut Peniaga Pasar Malam. mereka telah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai isu itu supaya Surau Pasar Malam dapat diperluas untuk menampung jemaah yang semakin meningkat tetapi tiada tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Semua rancangan untuk meningkatkan ruang solat surau telah dibuat hanya menunggu untuk tindakan seterusnya kerana perkara itu telah diserahkan kepada pihak yang berkenaan.

Kami menggesa pihak berkaitan untuk mempercepatkan pembinaan ruang tambahan untuk solat dan ruang yang selesa untuk menampung jemaah yang semakin meningkat.

Pasar Malam Saberkas Miri adalah salah satu tarikan pengunjung dari luar negara dan dalam negara; adalah penting bahawa semua permintaan kemudahan sedemikian dipercepatkan.

Semoga isu ini diselesaikan dengan segera dan kerjasama dengan semua yang terlibat sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Cramped Night Market Surau needs to be enlarged

Miri Night Market Saberkas unable to accommodate the increasing number of congregants per day. Night Market Traders has complained to us that the authorities can expand Surau's area to make it easier for traders, Muslim visitors from abroad and within the country to visit the Night Market to perform their prayers comfortably.

The majority of the Night Market traders are Muslims and they also need places of worship besides facilitating the execution of Allah's commands even though they do business.

Aside from being unable to accommodate many congregants, the elderly and those with knee problems are also difficult to walk up to the top floor of a nearby In-store Surau.

According to Night Market Traders, they have informed the authorities of the issue so that the Night Market Surau can be extended to accommodate the growing congregation but no action has been taken by the relevant authorities.

All plans to increase the prayer room have been made just waiting for the next action as the matter has been handed over to the relevant party.

We urge the relevant parties to expedite the construction of additional space for prayer and a comfortable space to accommodate the growing congregation.

Miri Saberkas Night Market is one of the attractions visitors from abroad and within the country; it is imperative that all such facility requests be expedited.

Hope this issue is resolved immediately, and cooperation with all involved is greatly appreciated.