CINTAI NEGARA DAN PERKUKUHKAN PERPADUAN


Alhamdulillah,  PAS pusat telah memilih Bintulu Sarawak menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2019 yang diadakan pada 16 September tahun ini.

Tema sambutan Hari Malaysia tahun ini ialah "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih".

Tema ini dipilih kerana ia melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum yang mencintai negara untuk keharmonian dan kemakmuran sambil memupuk dan menanamkan rasa integriti, dan identiti Malaysia yang bersih dan berkualiti tinggi.

Keistimewaan kepelbagaian etnik di Sarawak telah diiktiraf sebagai model yang menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mereka boleh hidup dengan aman bersama tanpa masalah walaupun mereka mempunyai banyak adat dan kepercayaan.

Bumi Kenyalang yang terkenal dengan kepelbagaian etnik tidak pernah membangkitkan isu perkauman di kalangan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak.

Model perpaduan dan keharmonian di bumi kenyalang ini harus dipromosikan di peringkat  antarabangsa untuk membantu Malaysia keluar dari tragedi ketegangan kaum yang boleh merosakkan nama negara.
Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah kunci kepada kestabilan politik yang membawa kepada kemampanan ekonomi di negara.

Semoga dengan ketibaan para pemimpin PAS di Sarawak hari ini, boleh memberikan gambaran bahawa PAS bukan parti perkauman atau pelampau seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi sebuah parti yang menjemput semua kaum tanpa mengira agama dan warna kulit untuk bersatu dan hidup dalam harmoni dan keamanan.
Kepada semua orang tanpa mengira kaum dan agama, marilah kita bersatu untuk pembangunan negara kita dan hidup bersama dalam keharmonian dan menghindari kejahatan dan jangan biarkan diri kita dijajah semula oleh sekumpulan orang yang mementingkan diri sendiri.

Jangan biarkan tanah adat dan hak-hak peribumi diambil alih oleh orang asing  walaupun pada mulanya mereka datang untuk melabur tetapi hakikatnya tanah kita semakin dikuasai oleh pihak luar. Pastikan hak kita tidak dikuasai oleh orang asing dan kita akan dijajah semula.

Selamat menyambut Hari Malaysia, semoga kita bebas daripada dijajah semula

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

LOVE THE COUNTRY AND STRENGTHENS UNITY

Thankfully, the central PAS has chosen Bintulu, Sarawak to host the Malaysia Day 2019 celebration held on September 16 this year.

The theme for this year's Malaysia Day celebration was "Love My Malaysians: Malaysia Clean."
This theme was chosen because it symbolizes the unity of the multiracial people who love the country for harmony and prosperity while cultivating and instilling a sense of integrity and a clean, high-quality Malaysian identity.

The uniqueness of ethnic diversity in Sarawak has been recognized as a model that promotes harmony and racial unity.

They can live in peace together without problems even if they have multiple customs and beliefs.
Land of the Hornbill, known for its ethnic diversity has never raised the issue of racism among the various ethnic groups in Sarawak.

The model of unity and harmony in the land of the hornbills should be promoted at the international level to help Malaysia out of the tragedy of racial tension that can damage the name of the country.

The unity and harmony between the races are the keys to the political stability that leads to economic sustainability in a country.

Do not allow customary land and indigenous rights to be taken over by foreigners although at first, they came to invest but in reality, our land was increasingly controlled by outsiders. Make sure our rights are not under the control of foreigners, and we will be re-colonized.

Happy Malaysia Day, may we be free from being colonized again

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief