PAS menyumbang bantuan kepada
semua komuniti

PAS Miri telah mengagihkan bekalan makanan asas kepada penduduk di
kawasan perumahan Permyjaya dan Tudan yang terjejas oleh kesukaran mendapatkan
bekalan makanan akibat PKP.
Sebilangan penerima mengadu kepada PAS bahawa mereka tidak mendapat
bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walaupun nama mereka telah
diambil oleh pihak tersebut. Mereka telah lama menunggu panggilan dari JKM
tetapi tidak ada panggilan yang diterima.
Terdapat juga penduduk dari kawasan luar bandar di mana mereka tidak
dibenarkan pulang. Menurut seorang ibu yang sudah lanjut usia, dia mengatakan
bahawa suaminya di kampung tidak dibenarkan melihatnya di Permyjaya kerana
adanya PKP. Dia terpaksa tinggal bersama keluarganya di rumah Permyjaya kerana
mengalami kecederaan tulang belakang akibat terjatuh dari pokok dan terpaksa
kembali ke hospital untuk tujuan perubatan.

PAS Sarawak menggesa JKM untuk segera memberikan bantuan kepada
nama-nama penerima yang belum diberi bantuan makanan asas seperti yang mereka
buat aduan kepada PAS Miri.
PAS Miri telah bekerja keras untuk membantu penduduk yang kurang
bernasib baik walaupun dalam keadaan terhad. Program ini akan diteruskan di
tempat lain. Kami berharap dan berdoa agar wabak COVID-19 dapat segera
dihapuskan. Kerjasama dengan semua pihak
yang berkaitan untuk meringankan beban keluarga yang memerlukan sangat
dihargai.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
PAS assistance to all
communities

Miri PAS has distributed basic food supplies to residents in the
Permyjaya and Tudan housing areas affected by the difficulty of obtaining food
supplies as a result of the MCO.
Some recipients complained to PAS that they had not received any
assistance from the Social Welfare Department (JKM) even though their names had
been taken by the relevant party. They have been waiting for a call from JKM,
but no call has been received.
There are also residents from rural areas where they are not allowed to
return. According to an elderly mother, she said her husband in the village was
not allowed to see her in Permyjaya because of the MCO. She had to live with
his family in a Permyjaya home because she suffered a spinal injury due to
falling from the tree and had to return to the hospital for medical purposes.

Sarawak PAS urged JKM to immediately provide assistance to the names of
recipients who had not been given basic food assistance as they had complained
to Miri PAS.
Miri PAS has worked hard to help the underprivileged population even
under limited circumstances. The program will continue elsewhere. We hope and
pray that the COVID-19 outbreak can be eliminated soon. Collaboration with all
relevant parties to ease the burden of families in need is greatly appreciated.
Read more...