Cara berkempen Di Malaysia Berat Sebelah
 


Larangan Berkempen disaat Akhir PRU13
Kalau dulu sebelum pilhanraya, PAS bebas berkempen dalam rumah panjang dan di kampung-kampung tetapi di saat akhir-akhir ini PAS disekat dengan berbagai-bagai cara seperti ugutan dan ancaman.Kita sudah pun buat laporan polis dan minta kerjasama pihak polis menjaga keselamatan kita dari ancaman dari pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan. Perbuatan menyekat pihak parti yang bertanding untuk berkempen dalam PRU13 ini adalah menyalahi akta pilihanraya dimana semua parti bebas menyuarakan pandangan masing-masing.
Banner dan Bendera PAS dirosak
Perbuatan merosakkan banner dan bendera PAS disepanjang kawasan PAS bertanding sangat dikesali. Walaupun kita sudah memberitahu perkara ini kepada pihak SPR tetapi perbuatan tersebut masih berlaku terutama kawasan tempat parti lawan. Kita mahu pihak lawan jangan menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan pihak lawan.

Media tidak bersikap adil
Sikap pihak media yang berat sebelah dalam laporan sangat dikesali terutama media perdana. Hari-hari kempen memburukkan parti Pakatan terutama PAS semakin menjadi-jadi disaat-saat akhir ini. Kita tidak diberi ruang yang cukup untuk membalas balik kenyataan pihak musuh terutama BN yang terang-terang menyerang kita siang dan malam menggunakan media perdana seperti TV dan Radio. Kita minta kepada media massa bersikap adil dalam laporan dan beri ruang untuk kita menjawab balik isu-isu yang dimainkan oleh pihak BN.

Penyalahgunaan Hak Rakyat
Disamping itu juga masalah bekas wakil rakyat Sibuti yang menggunakan helikopter untuk berkempen ke luar bandar.  Orang ramai mempersoalkan dari mana bekas wakil rakyat tersebut dapat menggunakan wang yang begitu banyak untuk menyewa sebuah helikopter untuk berkempen di kawasan luar bandar.

Adakah beliau menggunakan wang sendiri atau wang rakyat (pembayar cukai) untuk kepentingan sendiri semasa berkempen di luar bandar.  Kos mengguna helicopter sudah tentu mahal dan bukan mudah untuk parti Pakatan menggunakannya terutama di kawasan luar bandar.

Dalam keadaan jalanraya yang teruk dan berlobang di Sarawak menyebabkan calon BN mengambil jalan mudah dengan menggunakan helikopter untuk sampai ke tempat yang sukar dimasuki oleh pihak lawan tetapi bagi pihak BN ianya boleh digunakan dengan mudah dan dalam masa yang singkat untuk masuk ke tempat itu.

Kita berharap pihak yang berkenaan juga boleh menyiasatkan bagaimana seorang bekas wakil rakyat Sibuti boleh menggunakan wang yang begitu banyak dan wang cukai rakyat untuk kepentingan sendiri.

Rayuan terakhir untuk pengundi
Adakah rakyat masih lagi mahu memilih wakil rakyat yang hanya mementingkan diri sendiri atau memilih calon yang berjiwa rakyat yang sanggup menempuh jalan yang berliku-liku demi kebajikan rakyat?

Adakah rakyat masih memerlukan wakil rakyat yang menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan diri sendiri atau wakil rakyat yang bersusah payah bersama rakyat untuk kepentingan rakyat?

Kita merayu kepada rakyat yang akan memilih pada 5hb Mei nanti perlu berfikir secara rasional dan dengan bijaksana kalau mahu negara ini diperintah atau dipimpin oleh orang yang amanah, jujur, ikhlas dan adil untuk semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
The way campaigned in Malaysia Bias
 
Campaigning prohibition at the Last Minute of 13GE
In the past, before the elections, PAS is freely campaigned in longhouses and villages but lately PAS is blocked with many ways such as intimidation and threats. We have already made ​​a police report and ask for the cooperation of the police to keep us from threats from certain parties who have an interest. The act of blocking the contesting parties to campaign in the 13th General Elections are against the electoral of Act which all parties are free to express their views.

Banner and PAS Flag damaged
The act of damaging banner and PAS flags along the area of PAS compete is very regrettable. Although we have told this to the EC but the act still occur especially at the opponents areas. We want the opponent do not use dirty way to discredit opponents.

Media was being unfair
The attitude of the media bias in reporting is very regrettable, especially the mainstream media. The Campaign day to day aggravating the coalition parties, especially PAS is becoming more common at the last minute. We are not given enough space to reciprocate statement the opponents, especially BN who openly attack us day and night using the mainstream media such as TV and radio. We ask the media to be fair in reporting and provide space for us to answer back issues played by the BN.

People's Rights Abuse
Besides that is a problem of the former Sibuti MPs who is using helicopter to campaign at the rural areas. The public questioning of the ex-MPs was able to use so much money to rent a helicopter for campaigned in rural areas.

Does he use his own money or the money the people (taxpayers) for its own benefit during the campaign at the rural areas? The costs of using helicopter of course expensive and not easy for the Alliance party use it, especially in rural areas.

In the perforated and worst road conditions in Sarawak cause the BN to take the easy way out by using a helicopter to get to the place that difficult accessible by the opponent but for the BN it can be used easily and in a short time to get into the place.

We hope the relevant authorities can investigate how former Sibuti MPs can use so much money and the people tax money for its own sake.

Final appeal for the voters
Do the people still want to choose elected representatives who are only concerned with themselves or choose people-oriented candidates who are willing to go through the tortuous path for the welfare of the people?

Do the people still need elected representatives who use public facilities for its own sake or elected representatives that struggle with the people for the benefit of the people?

We appeal to the people that will vote on 5th May will have to think rationally and wisely if you want this country ruled or led by the trusts, sincere, honest and fair to all.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief