PAS Berjuang Keadilan Untuk Semua
Baru-baru ini PAS Miri bersama dengan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Miri telah mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Cina di kawasan Senadin, sekitar bandaraya Miri dan juga di Niah Sibuti. Pengagihan kuih bulan ini telah diketuai oleh setiausaha DHPP Mr Yeo Kian Leong, khas untuk masyarakat Cina di sekitar kompleks membeli-belah, bazar di bandaraya Miri dan juga Sibuti.
Mr Yeo Kian Leong, seorang Cina yang komited dengan perjuangan PAS, beliau yang banyak membantu PAS memberi penerangan tentang perjuangan PAS kepada masyarakat Cina.
Penerimaan masyarakat Cina terhadap PAS amat mengalakkan dan mereka menerima PAS sebagai sebuah parti yang boleh menerima semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun pada mulanya mereka agak takut dengan kehadiran PAS tetapi setelah mereka mengenali PAS dengan adanya aktiviti PAS bersama masyarakat setempat, membolehkan mereka mengenali lebih dekat lagi tentang perjuangan PAS selama ini.
Apabila kita mengenali antara satu sama lain dan memahami adat resam dan budaya pelbagai kaum maka tiada timbul masalah perkauman. Perkara inilah yang PAS hendak dedahkan kepada masyarakat Cina dan yang bukan Islam yang agama Islam menyeru kepada keamanan agar mereka tahu bahawa PAS bukan memaksa mereka menganut agama Islam seperti dakwaan sesetengah orang yang memang tidak suka dengan PAS.
Walaupun berbagai fitnah dan tohmahan buruk diberi oleh pihak lawan terhadap PAS namun masyarakat yang sudah mengenali PAS tidak mudah termakan dengan hasutan mereka yang tidak suka dengan kehadiran PAS di Sarawak. Kita berharap masyarakat Cina dan yang bukan Islam dapat memberi kerjasama dengan PAS kerana PAS bukan hanya sebuah parti Islam tapi lebih kepada parti yang berjuang keadilan untuk semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama. Begitu juga dengan masyarakat Melayu Muslim tempatan yang masih lagi takut atau tidak bersedia untuk bersama dengan PAS seharusnya terasa malu dengan masyarakat bukan Islam yang berani berjuang bersama PAS.
Kehadiran PAS ke Sarawak bukan hendak memecah belahkan masyarakat berbagai kaum dan agama seperti dakwaan sesetengah pihak tetapi lebih kepada menyatukan masyarakat dan menegak keadilan untuk semua seperti mana yang dituntut oleh agama Islam.
Isu-isu moral yang diperjuangkan oleh PAS lebih tertumpu kepada masyarakat Muslim yang menghadapi masalah moral dikalangan remaja Muslim dan bukan hendak memecahkan masyarakat Islam di Sarawak tetapi hanya untuk menyelamatkan aqidah mereka yang sudah mulai menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya.
Berkenaan dengan masalah moral dan sosial dikalangan remaja Muslim, PAS amat perihatin dengan isu ini, sebab itulah PAS tidak mengalakkan penganut Islam terutama remaja Muslim terlibat dengan hiburan melampau yang boleh merosakkan aqidah mereka dan cara hidup mereka. Ini bukan isu politik semata-mata tetapi lebih kepada nasihat kepada semua terutama remaja Muslim agar tidak terjebak dengan masalah sosial yang boleh merosakkan masa depan mereka. Jadi fahamilah tujuan sebenar PAS, ianya bukan hanya memainkan isu politik tapi semua isu yang melibatkan rakyat terutama rakyat yang tertindas dan perlu bantuan. Kita akan terus perjuangkan nasib rakyat, demi menegak keadilan untuk semua.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
PAS Struggling Justice for All
Recently PAS Miri together with DHPP (PAS Supporters Congress) Miri distribute moon cakes to the Chinese community in the Senadin, around the Miri city and also Niah, Sibuti. Distribution of this moon cake was headed by the secretary of DHPP Mr Yeo Kian Leong, especially for the Chinese community around the shopping complex, bazaar in the Miri city and Sibuti.
The acceptance of Chinese communities on PAS is encouraging and they accept PAS as a party that can accept all groups regardless of race and religion. Although at first they are quite scared by the presence of PAS, but after they get to know PAS with the activities of the PAS with the local, enabling them to know more closely about PAS's struggle.
When we know each other and understand the customs and cultures of various races then there is no racial problem. This is what the PAS want to expose to the Chinese community and the non-Muslims that Islam calls for peace so that they know that PAS is not forcing them to convert to Islam as claimed by some people who do not like PAS.
The question of faith is a personal right of the individual not be forced, but because there are some people who are afraid of losing power and position and willing to do libel against PAS so that the Chinese and non-Muslim community do not support or cooperate with PAS.
The presence of PAS to Sarawak not to divide the people of all races and religions as claimed by some quarters but more to unite the communities and upholding justice for all as required by Islam. Moral issues championed by PAS focuses on the Muslim community who have moral problems among Muslim youth and not to divide the Muslim community in Sarawak, but only to save their faith that was beginning to deviate from true Islamic teachings.

0 Comments Received
Post a Comment