Ibu
Tunggal memerlukan bantuan bulanan dan tempat tinggal tetap
MIRI – Seorang ibu
tunggal Puan Butet Ahmad yang tinggal bersama 6 orang anaknya amat memerlukan
bantuan bulanan serta tempat tinggal tetap untuk meneruskan kehidupan harian
mereka.
Beliau tinggal
bersama dengan anaknya yang berumur dari 7 tahun hingga 18 tahun amat
memerlukan bantuan dan tempat tinggal yang tetap dan selesa. Sejak beliau
kehilangan suaminya 3 tahun yang lalu dia terpaksa menyewa rumah usang di Jalan
Tanjung Batu Kampung Pujut Padang Kerbau bersama anak-anaknya. Beliau memiliki
3 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.
Anak sulung beliau
seorang gadis lepasan sekolah menengah terpaksa bekerja di sebuah kedai kasut
untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Pn Butet hanya menjual ikan serta
membantu menghantarkan barang jualan di pasar. Pendapatan beliau sudah tentu
tidak mencukupi untuk menampung keperluan sekolah anak-anaknya dan keperluan
harian mereka.
Sekarang beliau
menyewa di sebuah rumah usang di kampung Pujut Padang Kerbau dan sudah tentu
pada bila-bila masa akan dipindahkan sekiranya beliau tidak mampu membayar sewa
bulanan dan lain-lain bil.
Seorang anaknya
yang berumur 7 tahun masih tidak bersekolah disebabkan ada masalah dengan
pendaftaran kelahiran sedangkan kakak-kakaknya dan abang-abangnya tiada masalah
dengan pendaftaran kelahiran. Kes anaknya ini masih dalam proses untuk
mendapatkan semula hak kerakyatan disebabkan ayahnya telah meninggal 3 tahun
lalu. Ayahnya adalah rakyat Malaysia dan sepatutnya anaknya secara langsung
diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.
Kita mengesa pihak
Jabatan Kebajikan dan Baitulmal Sarawak boleh memberi bantuan bulanan kepada keluarga
ini terutama sekali kepada anak-anaknya yang masih bersekolah. Mereka juga ada
hak untuk diberi bantuan sebab anak-anak arwah Mansur Japal adalah warganegara
Malaysia.
Pihak yang berwajib
perlu memberi perhatian dengan nasib yang menimpa anak-anak yatim ini agar
mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik lagi walaupun mereka
sudah kehilangan tempat bergantung. Mereka juga perlu tempat tinggal yang tetap
kerana mereka boleh disuruh keluar dari rumah sewa mereka sekiranya mereka
gagal menjelaskan sewaan mereka.
Pihak kami
mengharap agar pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kemasyarakatan boleh
berkunjung ke tempat kediaman Pn Butet di Kampung Pujut Padang Kerbau untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang nasib yang menimpa keluarga ini.Kerjasama
dengan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah keluarga ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Single
mothers need monthly assistance and permanent residence
MIRI – A single
mother Mrs. Butet Ahmad who lives with her 6 children dire need a monthly
assistance as well as a permanent home to resume their daily lives.
She lives with her
children, aged from 7 years to 18 years in dire need of help and permanent
residence and comfortable. Since she lost her husband three years ago she had
to rent a dilapidated house in Jalan Tanjung Batu Kampung Pujut Padang Kerbau
with her children. She has three sons and three daughters.
Her eldest daughter
secondary school leavers had to work in a shoe store to earn a living for their
families. Ms. Butet only sells the fish and helps deliver goods sold in the
market. Her income is certainly not sufficient to cover the needs of her
children's school and their daily needs.
Now she rented in
an old house in the village of Pujut Padang Kerbau and of course at any time be
moved if she is unable to pay the monthly rent and other bills.
Her 7-year-old son is
out of school because there are still problems with the registration of births,
while his sisters and his brothers there are no problems with the birth
registration. His case is still in the process of regaining their citizenship
rights because of his father died three years ago. His father is a Malaysian
and his son should directly recognize as a Malaysian.
We urge the Sarawak
Welfare Department and the Baitulmal can provide monthly assistance to this
family, especially his children who are still in school. They also have the
right to be given assistance because the children of late Mansur Japal are a
Malaysian citizen.
The authorities
should pay attention to the plight of the orphans so that they can continue
their lives better even if they've lost a dependent. They also need a permanent
residence because they can be told to get out of their rented house if they
fail to pay their rent.
We hope that the
parties responsible for the affairs of the community can pay a visit to the
residence of Mrs. Butet in Kampung of Pujut Padang Kerbau to get more
information about the fate of this family.
Cooperation with
the authorities to solve these family problems is greatly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment