PAS Sentiasa Menghormati Adat Budaya Berbagai Kaum
Perayaan pertengahan musim luruh atau perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke 8 kalendar Cina, yang pada akhir bulan Ogos hingga akhir September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Tahun Baru Cina.

PAS Miri bersama dengan AJK PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini telah mengedar kuih bulan kepada masyarakat Cina di kawasan bandaraya Miri dan sekitar kawasan perumahan di Taman Tunku di Lambir.

Sambutan yang diterima oleh masyarakat Cina di Miri amat mengalakkan kerana PAS sudah biasa mengedarkan kuih bulan pada setiap tahun di musim perayaan Kuih Bulan. Ini membuktikan PAS bukan sebuah parti yang ekstremis seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.

PAS akan sentiasa mendekati masyarakat berbilang kaum di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama. PAS sentiasa menghormati adat budaya dan kepercayaan masing-masing supaya rakyat dapat menerima PAS dengan baik walaupun ditohmah dengan berbagai-bagai fitnah tetapi semua itu tidak menghalang PAS untuk terus berdakwah dan memberi sumbangan kebajikan kepada masyarakat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini.

Apabila kita sudah mengenali adat budaya dan kepercayaan masing-masing ini akan memudahkan kita saling menghormati antara satu sama lain tanpa rasa prajudis. Inilah cara PAS mendekati rakyat dan
cara penyelesaian terbaik untuk rakyat berbilang kaum dan agama dapat bersatu dengan hidup aman dan harmoni dalam negara ini.


Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

PAS always respect cultural customs of various races

Mid-Autumn Festival or a celebration of Moon cake is celebrated on the 15th day of the 8th month of the Chinese calendar, which in late August to late September. Mid-Autumn Festival is one of the most important festivals in addition to the Chinese New Year.

Miri PAS together with PAS central committee member Dr Mohd Zuhdi Marzuki recently been distributing moon cakes to the Chinese community in Miri city area and surrounding residential area in Taman Tunku in Lambir.

The response by the Chinese community in Miri is very encouraging because PAS was used to distribute moon cakes each year in the festive season of Moon cake. This proves that PAS is not an extremist party as depicted by some.

PAS will always reach out to different communities in the country, regardless of race and religion. PAS always respect the culture and beliefs of others so that the people can accept PAS well despite being implicated in a variety of slander, but all that did not stop PAS to do missionary works and contribute welfare to people of all races and religions in the country.

When we already know the culture and beliefs of others this will facilitate our mutual respect for each other without any sense of prejudice. This is the way PAS closer to the people and how the best solution for people of all races and religions can live together in peace and harmony in the country.