Mengapa tiada peruntukan untuk membina
jalan dan saliran untuk petani ke ladang?
MIRI - Ladang atau kebun untuk petani
yang mengusahakan tanah mereka dengan menanam berbagai jenis tanaman menghadapi
masalah untuk membawa hasil tanaman mereka keluar akibat jalan dan sistem
peparitan di kawasan kebun tidak sesuai untuk dilalui oleh kenderaan ringan.
Ramai pekebun kecil yang mengusahakan
tanah mereka menghadapi masalah ini ketika musim hujan lebat dan jalan akan
penuh lopak dan banjir kilat berlaku disebabkan sistem peparitan yang tidak
baik dan tersumbat.
Pekebun di kawasan tanah skim penanaman
kelapa di jalan Cahaya Lopeng Miri mengadu masalah ini kepada pihak kami. Salah seorang pekebun yang dikenali sebagai
Armin mengadu yang jalan masuk ke kebunnya hanya diturap separuh jalan dengan
batu kerikil dan sistem peparitan di kawasan sekitar menuju ke kebun amat teruk
kerana tersumbat dan penuh dengan rumput
rumpai.
Kita mengesa agar pihak yang berkenaan
dapat membina jalan kerikil sepenuhnya dan membersihkan rumput rumpai yang
menghalang saliran air yang mengalir dalam parit tersebut.
Jika jalanraya di bandar telah banyak
kali diturap mengapa jalan untuk petani dan pekebun ke kebun atau ladang tiada
peruntukan. Sepatutnya kerajaan lebih memberi tumpuan kepada penduduk yang
memerlukan perkhidmatan dan kebajikan untuk memudahkan urusan mereka menjual
hasil mereka dari ladang. Masalah ini selalu dihadapi oleh pekebun kecil dan
mereka yang kurang berkemampuan untuk membina jalan dan saliran parit untuk
tanaman mereka.
Penduduk kampung di Pujut dan sekitarnya
terutama yang kurang berkemampuan mengharapkan masalah mereka ini diberi
perhatian oleh pihak kerajaan agar usaha mereka membangunkan tanah kebun ini
dapat memberi hasil dan dapat meringankan bebanan pembelanjaan mereka seharian.
Kami berharap pihak yang berkaitan dapat
menyelesaikan masalah ini dengan segera dengan membina jalan batu dan sistem
saliran yang baik untuk mengelakkan banjir kilat di kawasan itu. Kerjasama
dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak
English version
Why no provision to build roads and
drainage for a farmer to farm?
MIRI - Farm or garden for farmers
cultivating their land by planting various types of plants have a problem to
bring out their produce due to road and drainage system in the garden area was
unsuitable for light vehicles.
Many small farmers who cultivate the
land they encountered this problem during the heavy rains and the road will be
full of puddles and flash floods occur due to bad drainage and clogged.
Gardeners in the area of coconut
planting scheme in the Jalan Cahaya Lopeng Miri complained this issue to us. One
of the gardeners, known as Armin, complained that entrance to the garden is
only half-way paved with gravel and drainage in the surrounding area into the
garden very severe because it is clogged and full of weed grass.
We urge the relevant parties to fully
build a gravel road and clean weed grass that prevents the drainage of water
flowing in the ditch.
If the roads in the city have been so
many times been paved why the roads for farmers and gardeners to the garden or
farm have no provisions? The government should focus more on the people who
need the services and welfare to facilitate them to sell their produce from the
farm. This problem often faced by small farmers and those who cannot afford to
build roads and irrigation ditches for their crops.
Villagers in Pujut and its surroundings,
especially the less fortunate they expect this problem to be addressed by the
government for their efforts to develop this plot of land can produce results
and can reduce the burden of their everyday spending.
We
hope relevant parties can quickly solve this problem by building a gravel road
and a good drainage system to avoid flash floods in the area. Cooperation with
the relevant parties is highly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment