Pengecilan dan penstrukturan semula syarikat minyak dan gas menjadikan Miri
suram
MIRI - Miri berkembang pesat sejak terdapat
pengeluaran dan penerokaan minyak dan gas yang terdapat di kawasan pesisiran
pantai. Ramai kakitangan tempatan dan asing datang bekerja di sini.
Sejak harga minyak jatuh pada tahun 2014, banyak
syarikat-syarikat minyak dan gas mengurangkan kakitangan dan mengadakan
penstrukturan semula syarikat untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan operasi.
Sebuah syarikat minyak dan gas bersaiz sederhana
di bandaraya Miri akan menutup pejabatnya di sini
akan mengurangkan kakitangannya dan menempatkan
semula kakitangannya ke ibu pejabat di Kuala Lumpur.
Menurut maklumat yang sahih yang kami terima
daripada para pekerja yang tidak mahu nama mereka disiarkan mengesahkan berita
ini akan berlaku. Kalau perkara ini berlaku, kemungkinan besar ramai kakitangan
syarikat yang berkenaan akan menggangur dan menanggung hutang akibat tiada
pendapatan dan pekerjaan.
Bandaraya Miri akan terus suram kerana ramai
pekerja asing yang bukan rakyat Sarawak yang perlu dihantar pulang dan diberi
permit terhad untuk bekerja telah menyebabkan ekonomi dan pendapatan penduduk
Miri terjejas.
Ramai peniaga kedai makan dan penyewa sewa rumah
sukar untuk mendapatkan pelanggan dan hasil pendapatan mereka juga terjejas
kerana ramai daripada mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat minyak dan
gas meninggalkan Miri.
Sekiranya syarikat minyak dan gas merancang untuk
mengurangkan pekerja mereka, mereka perlu memikirkan nasib pekerja mereka yang
telah lama berkhidmat dengan syarikat. Syarikat-syarikat yang berkaitan juga
perlu mengekalkan pejabat operasi mereka di Miri kerana pendapatan mereka juga
hasil daripada telaga minyak dan gas yang dibuat dengan menggali dasar laut di
lapangan atau telaga di kawasan luar pesisir Miri dan Bintulu.
Walaupun dasar kerajaan Sarawak adalah untuk
memberi keutamaan kepada pekerja tempatan akibat tiada persediaan daripada
kerajaan Sarawak untuk menampung dan menanggung pekerja yang perlu dikurangkan
ini akan menganggur dan boleh membawa kepada keadaan ekonomi dalam negeri
menjadi kritikal.
Kami menggesa kerajaan Sarawak agar tidak
membiarkan keadaan ini berlarutan kerana kesan pengurangan pekerja terhadap
operasi minyak di Miri menyebabkan ramai pengangguran dan keadaan ekonomi dan
pendapatan penduduk tempatan di Miri akan terjejas dan berkurangan kesan dari
ramai pekerja dari luar yang sering makan di luar dan menyewakan rumah di sini
akan berkurangan.
Miri perlu diberi keutamaan memandangkan ia
adalah pusat bandaraya kedua terbesar selepas Kuching dan ia merupakan hab
destinasi terbaik pusat pelancongan antarabangsa.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak
English version
Downsizing and restructuring of the oil and gas company makes grim Miri
MIRI - Miri is a rapidly developing since there
is productions and exploration of oil and gas are found in coastal areas. Many
local and foreign staff comes to work here.
Since oil prices have fallen in 2014, many oil
and gas companies have reduced staff and restructured companies to reduce costs
and operations.
A medium-sized oil and gas company in Miri will
close its office here will reduce his staff and relocate his staff to
headquarters in Kuala Lumpur.
According to authentic information, we receive
from employees who do not want their names to be published confirm this news
will occur. If this happens, it is likely that many of the company's employees
will be jobless and in debt due to no income and employment.
Miri City will continue to gloomy since many
foreign workers and non-Sarawakian have to be deported and given a limited
permit to work has caused the economy and income of Miri residents affected.
Many traders’ eatery and tenants of rental houses
difficult to get customers and their income were also affected because many of
those working with oil and gas companies leave Miri.
Should oil and gas companies plan to reduce their
employees they need to think about the fate of their employees who have long
served with the company. Related Companies also need to maintain their
operations office in Miri because their income is the result of oil wells and
gas made by exploring the seabed in the field or wells in offshore areas Miri
and Bintulu.
Although the Sarawak government's policy is to
give priority to local workers as a result of no preparation from the Sarawak
government to accommodate and incur workers who have to be reduced this will be
unemployed and can lead to domestic economic conditions become critical.
We urge the state government not to let this
situation drag on because of the effects of downsizing on oil operations in
Miri cause more unemployment and economic conditions and incomes of local
people in Miri will be affected and the effects of many workers from outside
who often eat outside and rent a house here will reduce.
0 Comments Received
Post a Comment