Musim cuti perlu mendapatkan
kadar tambang lebih murah
Tahun 2018 adalah tahun melawat Miri di mana ia adalah masa terbaik untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat Miri. Bandaraya Miri perlu diberi peluang untuk diperkenalkan di peringkat antarabangsa supaya lebih ramai pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang terdapat banyak di bahagian Miri seperti Gua Niah, Taman Negara Mulu dan tempat tarikan lain untuk pelancong dari luar melawat Miri.
Kami
mencadangkan kepada kerajaan Sarawak terutama Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia untuk membolehkan syarikat penerbangan mempromosikan tempat
pelancongan yang lebih menarik untuk dilawati di Sarawak terutamanya di
bahagian Miri. Syarikat penerbangan itu harus dapat mengembangkan lagi
destinasi penerbangan terus dari Miri ke luar negara. Seperti dari Miri ke
Surabaya, Australia, New Zealand dan negara-negara Asian yang lain.
Lapangan
terbang Miri perlu dinaik taraf ke lapangan terbang antarabangsa dan dewan
berlepas perlu lebih selesa dan kerusi perlu lebih banyak sementara mereka
menunggu waktu berlepas. Kita dapati pada waktu puncak terdapat penumpang
terpaksa berdiri sebelum mereka dapat masuk ke dalam pesawat.
Musim
perayaan dan cuti persekolahan merupakan peluang untuk ibu bapa membawa
keluarga mereka melancong ke tempat peranginan sama ada di dalam negara atau ke
luar negara. Ini adalah masa yang sesuai untuk mereka dan keluarga mereka melancong
di dalam atau ke luar negara.
Masalahnya
sekarang adalah apabila terdapat musim perayaan dan cuti sekolah, kita dapati
harga tambang lebih mahal daripada biasa. Sebagai contoh, syarikat penerbangan akan
menaikkan harga tiket semasa musim perayaan menjadikan sukar bagi golongan yang
berpendapatan rendah dan sederhana untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Mereka
yang mempunyai keluarga besar mungkin akan menjadi mangsa kerana mereka
terpaksa menangguhkan atau terpaksa menggunakan perkhidmatan lain untuk sampai
ke destinasi mereka. Bagi mereka yang terpaksa menggunakan perkhidmatan udara
terpaksa menunggu masa yang sesuai untuk menempah tiket yang berpatutan untuk
membawa keluarga mereka bercuti atau pulang ke kampung.
Kami
menggesa pihak yang berkenaan untuk mempertimbangkan cadangan untuk menurunkan
tambang semasa musim cuti untuk membolehkan mereka yang membawa keluarga mereka
menggunakan perkhidmatan udara pada masa itu.
Secara
tidak langsung ianya mengalakkan lebih ramai keluarga dapat keluar melancong
disamping memberi lebih banyak pendapatan kepada syarikat penerbangan berkenaan
kerana waktu itulah ramai yang ingin keluar membawa keluarga masing-masing
melancong.
Harap
agar pihak yang berkaitan dapat memberi perhatian masalah ini demi untuk
memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan udara dengan lebih selesa dan
selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Jofri
Jaraiee
Pesuruhjaya
PAS, Sarawak
English
version
The holiday season should get a
cheaper fare
The year
2018 is the year of visiting Miri where at that it is the best time to attract
tourists from within and outside the country to visit Miri. Miri City should be
given the chance to be introduced at international level
so that
more tourists can enjoy the beauty of nature which there are many in Miri
division like Niah Caves, Mulu National Parks and other attractive attractions
for tourists from outside visiting Miri.
We
propose to the Sarawak government, especially the Ministry of Tourism and
Culture Malaysia to enable airlines to promote more interesting places to visit
in Sarawak especially in the Miri division. The airline should be able to
further expand destinations on a direct flight from Miri to overseas. Like from
Miri to Surabaya, Australia, New Zealand and other Asian countries.
Miri
airport needs to be upgraded to an international airport and departure halls
need to be more comfortable and have more seats as they waited for the
departure time. We found that at peak times there are passengers had to stand
long before they can enter the aircraft.
Festive
seasons and school holidays are an opportunity for parents to bring their
family travel to the resort either domestically or abroad. This is a great time
for them and their families traveling inside or outside the country.
The
problem now is whenever there are a festive season and school holidays we find
the price of the fare more expensive than the usual time. For example, airlines
will raise ticket prices during the festive season making it difficult for low-
and middle-income groups to use the service.
Those
who have a large family will likely be victims because they had to postpone or
forced to use other services to reach their destinations. For those who had to
use the air service had to wait for the right time to book a reasonably priced
ticket to bring their families on vacation or return home.
We urge
the relevant party to consider the proposals for lowering fare during a holiday
season to allow those who take their families to use air services at that time.
Indirectly
it encourages more families to go on a trip while providing more income to the
airline because that is when many people want to go out with their families
traveling.
Hopefully,
the relevant parties will be able to pay attention to this issue in order to
facilitate the use of air services more comfortably and safely to their
destination.
0 Comments Received
Post a Comment