Simbolik pada malam Pemuda Pakatan tersebut;satu majlis pengistiharan Pakatan Rakyat Miri dengan setiap wakil Pemuda parti menyerahkan vest yang tertera logo keempat empat parti dan nama Pakatan Rakyat kepada semua pimpinan tertinggi PR Miri. Lebih manis ia disarungkan oleh komponen berlainan dengan Pn Zulhaidah (AMK) menyarungkan kepada Madam Lim yang mewakili Saudara Fong Pui Tek(DAP) dan Ustaz Nik Abduh (DPPas)menyarungkan kepada Dr Michael Teo(PKR)Sementara wakil DAPSY ;Saudara Micahel Ding menyarungkan kepada wakil SNAP,sementara wakil SNAP Abg Azeez memakaikan kepada Haji Jofri(PAS) Ini jelas menunjukkan solidariti Pakatan Rakyat yang terus kukuh menjelang PR DUN nanti.
Michael Ding(DAP)selaku pimpinan muda pertama berucap telah menzahirkan akan kerjasama lebih erat khasnya dari pimpinan muda parti DAP yang akan terus kukuh dalam menjalin kerjasama erat bersama PAS ,PKR dan SNAP dalam menjayakan msi Pakatan. Beliau turut menyatakan kekaguman terhadap kepimpinan PAS terutama Tuan Guru Nik Aziz dalam menjadi pemimpin yang rendah diri dan berjiwa rakyat. Ini menjadi panduan hatta kepada pimpinan DAP seperti Datuk Seri Lim Guan Eng yang menyatakan misi mencontohi tokoh kepimpinan ulama Khalifah Umar Abdul Aziz.
Bagi Ketua Pemuda PAS Terengganu;Ustaz Wan Syukairi menjelaskan prinsip asas semasa kerajaan PAS memerintah di Terengganu pada 2004 bahawa setiap rakyat diberi tanah atas prinsip kebajikan dan kemanusiaan akan tetapi di Sarawak tanah adat dirampas dari menjadi hakmilik rakyat tetapi diberi kepada kroni pembalakan Taib Mahmud. Ini disusuli ucapan daripada saudara Khairul Anuar yang membawa isu pendidikan apabila menunjukkan fakta dan bukti masalah kewangan Kerajaan apabila mengarahkan pelajar Sekolah B
Program pada malam tersebut dihangatkan oleh ucapan Ustaz Nik Abduh(PAS) yang membawa mesej dari ayahanda beliau Tuan Guru Nik Aziz bahawasanya PAS dan DAP akan terus erat bersama PR biarpun usaha giat UMNO/BN menghalangnya.Politik yang PAS majukan adalah berteraskan Politik Li Ta'arafu - politik saling menghormati, khususnya bagi negeri Sarawak yang bersifat majmuk, dan dengan ini,ia bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian.PAS menegaskan menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan Negeri bersama setiap rakan PR dalam mengambil alih tampuk pemerintahan dari regim BN/Taib Mahmud yang telah mendatangkan banyak kegagalan dalam sudut pentadbiran di negeri iniPesan ayahanda TG Nik Aziz untuk membawa perubahan di Negeri Bumi Kenyalang yang kaya hasil minyak dan balak untuk kebajikan rakyat.
Pada kesokan harinya rombongan bergerak kerumah fakir miskin dan ibu tunggal bagi menyampaikan bantuan keperluan di sekitar Tudan. Ustaz Nik Abduh jelas kecewa dengan keadaan uzur rumah rakyat di Sarawak membandingkan hasil negeri yang begitu tinggi. Secara sinis beliau berkata “Di Kelantan kami disekat royalti ;tapi rakyat tidak semiskin di Miri. Di Sarawak empangan ada ;royalti ada;tapi rumah tiada elektrik ;dan hampir nak runtuh". Sementara itu;Ustaz Wan Syukairi secara berseloroh menambah "Jangan runtuh seperti Stadium di Terengganu sudah. Inikan semua salahguna kuasa BN”.
Yang pasti;program yang berlansung di Miri ini akan menjadi satu momentum perubahan besar kearah menjayakan misi Sarawak kearah Negeri Rakyat dan Berkebajikan.
0 Comments Received
Post a Comment