Penduduk
Miskin Sukar Untuk Dapatkan Program Bantuan Rumah (PBR)
Masalahnya sekarang
ini adakah program ini mencapai matlamat untuk golongan sasar yang amat
memerlukan rumah yang selesa untuk kehidupan mereka sekeluarga. Kita dapati masih ramai golongan miskin dan
kurang berkemampuan tidak memiliki rumah sendiri yang selesa terutama di
kawasan luar bandar.
Rumah adalah tempat
tinggal yang amat diperlukan oleh setiap insan, tanpa rumah yang selesa dan
selamat boleh menimbulkan masalah sosial dikalangan rakyat terutama mereka yang
kurang mendapat pendidikan dan perhatian dari pihak berkuasa.
Salah seorang
penduduk di Kpg Bakam mengadu kepada pihak kami yang beliau sudah beberapa kali
memohon bantuan rumah tetapi sehingga kini masih belum diluluskan lagi. Apabila
beliau bertanya dengan pihak yang berkenaan alasan yang diberikan adalah tunggu
giliran, tetapi yang peliknya ialah mengapa pemohon baru boleh mendapatkan
lebih cepat manakala dia telah memohon awal dari itu tidak dilayan oleh pihak
yang berkenaan.
Encik Johan Raup
salah seorang penduduk di Kpg Bakam yang memiliki 6 orang anak terpaksa tinggal
dalam pondok atau rumah papan yang sempit untuk meneruskan kehidupan seharian
bersama keluarganya. Beliau merasakan sesuatu yang tidak kena dengan cara pihak
yang berkenaan mengendalikan program tersebut seolah-olah ada pilih kasih
terhadap keluarga yang amat memerlukan tempat tinggal yang selesa. Beliau yang
bekerja sendiri dengan pendapatan yang sekadar cukup untuk menampung kehidupan
seharian keluarga beliau.
Rumah papan beliau
yang kecil itu menempatkan 8 orang dengan menggunakan kayu papan dan zink untuk
dinding dan bumbung juga bocor. Beliau amat memerlukan sebuah rumah baru yang
selesa dan selamat untuk menempatkan keluarganya yang semakin ramai dan
membesar itu. Beliau juga mengharapkan masalah beliau mendapat perhatian dari
pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera membuat rumah baru untuk beliau
sekeluarga.
Kita mengesa pihak
berkuasa dan mereka yang diamanah oleh rakyat supaya dapat memberi bantuan
segera keatas keluarga Johan dan mereka yang amat memerlukan bantuan tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat sepatutnya masalah ini
dapat diatasi dengan segera kerana semua peruntukan untuk program bantuan rumah
untuk rakyat, kita yakin sudah diluluskan oleh kerajaan persekutuan.
Kita harap pihak
yang berkenaan boleh menyemak semula pemohonan Johan dan perlu diberi perhatian
segera kerana keadaan rumah beliau memang kurang selamat untuk tempat tinggal
keluarga yang ramai.
Kerjasama dengan
pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
The
poor population Difficult to Obtain Housing Assistance Program
MIRI - The
government has provided financial assistance program and management to enable
the target groups live in the house safer and more comfortable when compared to
their previous residence. The goal of this program is to improve the standard
and quality of life of the target group.
The problem now is
whether the program is achieving for the target groups which urgently needs a comfortable home for
their family life. We find that many of the poor and underprivileged do not
have their cozy home, especially in rural areas.
House is a place to
stay that is needed by every human being, without a comfortable and safe home
can cause social problems among the people especially those who have less
education and attention from the authorities.
One of the
residents in Kpg Bakam complained to us that he has several times applied for
housing assistance, but so far has not been approved yet. When he asked with
the parties concerned the reason given was waiting for his turn but strangely
enough is why new applicants can get faster while he had applied earlier than
that are not being treated by the parties concerned.
Mr. Johan Raup one
of the residents in Kpg Bakam that have 6 children had to live in huts or the
narrow wooden house to continue daily lives with his family. He felt something
was wrong with the way the parties concerned handle the program as if there is
favoritism toward families in dire need a place to stay comfortable. He was a
self-employed with incomes that is just enough to cover the daily lives of his
family.
The small wooden
house accommodates 8 people with wooden planks and zinc for walls and the roof
also leaked. He urgently needs a new home that’s comfortable and safe to
accommodate his family that an increasing number and it grow. He also hoped his
problems get the attention of the authorities to take immediate action to make
a new home for his family.
We urge the
authorities and those who are entrusted by the people to be able to help
immediately on Johan family and those who are in dire need of assistance regardless
of race, religion and political affiliation. As a government elected by the
people is supposed to resolve the problem as soon as possible because all the
provisions for housing assistance program for people, we believe it is approved
by the federal government.
We hope the parties
concerned can revise Johan application immediately and noteworthy because his
home condition is unsafe place to stay for large family. Cooperation with the
parties concerned to address the problems of the people is very much
appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment