Perjanjian
antara pelanggan dan syarikat perniagaan perlu dikaji semula
Apabila penumpang
lewat sedikit sampai ke kaunter daftar masuk atau ke dewan perlepasan, mereka
tidak dibenar masuk pesawat tetapi apabila pihak syarikat penerbangan lewat atau
menangguhkan penerbangan, penumpang hanya disuruh bersabar untuk meneruskan
penerbangan seterusnya.
Kalau penumpang
yang lewat terpaksa menanggung kos dan membayar semula kos yang lebih untuk
mendapatkan pesawat seterusnya akibat kelewatan.
Pada 12 Disember,
2015 pesawat AirAsia telah menangguhkan penerbangannya dari Kuala Lumpur
International Airport 2 (KLIA2) ke Miri. Pada mulanya pesawat dijangka berlepas dalam
jam 8:30 malam yang sepatutnya berlepas jam 7:35pm kalau mengikut jadual
sebenarnya. Selepas satu jam menunggu, tiba-tiba
pihak syarikat mengumumkan pesawat tidak dapat berlepas waktu tersebut dan
seterusnya akan berangkat dalam jam 9:40pm. Lebih kurang dalam jam 9:30pm, penumpang
dibenar masuk dalam pesawat, setelah sekian lama menunggu dalam pesawat,
tiba-tiba kapten mengumumkan berlaku
pertukaran kakitangan pesawat.
Oleh sebab berlaku
pertukaran kakitangan pesawat menyebabkan sekali lagi penumpung disuruh turun
semula dari pesawat untuk ke dewan perlepasan. Waktu jadual seterusnya
ditangguh sehingga waktu 12 tengah malam. Pesawat yang sepatutnya berangkat jam
7:35pm telah bertangguh lebih dari 4 jam dan berlepas lebih kurang jam 12:15am
pada 13hb Disember 2015.
Sampai ke Lapangan
Terbang Miri sudah jam lebih kurang 2:50 pagi. Penumpang dari Miri ke KLIA 2 terpaksa menunggu
sehingga jam 3 pagi untuk penerbangan seterusnya. Sampai di KLIA 2 sudah tentu
dalam jam 5 pagi lebih kerana mengambil masa penerbangan 2 jam lebih untuk
sampai ke destinasi.
Disebabkan
kelewatan ini bukan saja menyusahkan penumpang terutama penumpang yang membawa
anak-anak kecil dan orang tua tetapi mereka yang mempunyai urusan juga terjejas
akibat kelewatan penerbangan ini. Ramai penumpang merungut kerana mereka
terpaksa menanggung kerugian akibat kelewatan ini
Apa yang
menyedihkan pihak syarikat penerbangan tidak melayan atau membayar balik
kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penumpang yang terpaksa membayar kos
yang lebih akibat kelewatan tersebut.
Disinilah
membuktikan yang perjanjian antara pelanggan dan syarikat penerbangan adalah
berat sebelah dan tidak adil terhadap pelanggan atau pengguna.
Kita mengesa pihak
kerajaan mengkaji semula perjanjian antara syarikat perniagaan dengan pengguna
kerana keuntungan hanya berpihak kepada pihak syarikat perniagaan sedangkan
yang menanggung kerugian adalah pengguna tanpa dapat menuntut hak mereka
sebagai pengguna.
Perkara ini perlu
dipandang serius oleh pihak pemerintah kerana kita sebagai pengguna menanggung
lebih banyak kerugian kalau dibanding dengan pihak syarikat perniagaan. Bukan
saja dengan syarikat penerbangan tetapi juga dengan lain-lain syarikat
perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira masalah yang
dihadapi oleh pelanggan.
Kerjasama dengan
pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ketidakadilan dalam perjanjian ini amat
dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
The
agreement between customers and business corporations should be reviewed
When passengers
arrive a bit late to check-in counter or departure hall, they were not allowed
to enter the plane but when the airline delay or postpone the flights,
passengers are told to be patient to continue with the next flight. If a
passenger is late had to pay and reimburse costs more to get the next flight
because of delays.
On December 12,
2015 AirAsia plane has postponed its flights from Kuala Lumpur International
Airport 2 (KLIA 2) to Miri. At first aircraft is due to depart within at 8:30
pm which was due to leave at 7:35 pm if in accordance with the actual schedule.
After an hour of waiting, suddenly the airlines announced the aircraft could
not take off that time and next will depart within at 9:40 pm. Approximately in
9:30 pm, the passengers were allowed to enter the aircraft, after a long wait
in the aircraft, the captain suddenly announced there is a change of aircraft
personnel.
Because there is a
change of staff resulting in all other passengers of the flight were told to
get off the aircraft back to the departure hall. The next schedule time postponed
until 12 midnight. The aircraft was supposed depart at 7:35 pm has been
deferred for more than 4 hours and depart at about 12:15 am on 13th December
2015.
Arrive at Miri
Airport is at about 2:50 am. Passengers
from Miri Airport to the KLIA 2 had to wait until 3 o'clock in the morning for
the next flight. Arriving at KLIA 2 of course within at 5 am because of the
flight takes more than 2 hours to reach the destination.
Because of this
delay are not only troublesome the passengers, especially passengers with small
children and the elderly but those staying on business are affected by these
flight delays. Many passengers complained that they had suffered loss as a
result of this delay
Sadly the airlines
do not treat or reimburse losses incurred by passengers who are forced to pay
higher costs as a result of the delay.
This proves that
the agreement between the customers and the airline is lopsided and unfair
towards customers or users.
We urge the
government to review the agreement between the business corporations and
consumers because the profits is only favorable to the business corporations,
while the losses are users without able to claim their rights as consumers.
This matter should
be taken seriously by the government because we as consumers incur more losses
if compared with the business corporations. Not only with the airlines but also
with other businesses that pursue profits without taking into account the
problems faced by customers.
Cooperation with
the authorities to tackle the problem of injustice in this agreement is greatly
appreciated.
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS
Commissioner cum Miri PAS Chief
Air Asia memang terkenal dengan kelewantan penerbangan, bagitu juga berlaku baru2 ini pada 1/12/2015 dimana penerbangan banyak tergendala bila mana 13 orang pilot DISERANGI FLU SERENTAK dan banyak penerbangan tergendala atau dibatal terus tapi apa yang penumpang dapat? nil. Kerajaan patut meneliti kembali perjanjian yang menang menang. sekarang pehak penumpang selalu yg kalah. Kerajaan selalu memberi ruang istemewa kepada syrikat ini kerana didalam nya terdapat banyak bekas orang2 kementerian yang kuat dan jenis tidak boleh di kotakkatikkan.