Saman
Trafik perlu dikaji semula
Dalam keadaan
ekonomi yang semakin gawat dan membebankan pengguna sepatutnya pihak kerajaan
dapat membantu rakyat bukannya menyusahkan rakyat dengan saman yang melampau
seperti saman trafik atas kesalahan yang tidak menyumbang kepada kemalangan,
kesesakan, dan perkhidmatan pengangkutan awam.
Sekarang tiada lagi
diskuan ke atas kompuan saman yang diterima oleh pesalah trafik seperti sebelum
ini boleh dikurang ke caj yang minima. Ramai pemandu mengadu masalah ini kerana
ada diantara mereka merasa tidak berbaloi saman ke atas kesalahan yang kecil
seperti meletak kenderaan di kawasan tempat parkir taxi yang terbiar dan tidak
menganggu lalulintas.
Sekarang ini tidak
perlu lagi membuat sebarang rayuan kerana mulai dari 01/12/2010 kadar kompaun
telah ditetapkan dan diseragamkan. Pengurangan saman dilakukan secara automasi
berdasarkan prinsip 'The more you delay, the more you pay". Kompuan saman
sehingga RM300 dan hanya boleh dikurang separuh sekiranya dibayar dalam tempoh
notis tujuh hari memang tetap tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan.
Bukan semua pemandu yang mampu membayar saman sebanyak itu.
Memang tidak
dinafikan pesalah trafik patut diambil tindakan sekiranya mereka melakukan
kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada
kenderaan yang menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan
perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi bagi lain-lain kesalahan selain daripada
di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan, dan perkhidmatan
pengangkutan awam sepatutnya diberi pertimbangan yang sewajarnya seperti
memberi mereka amaran sekiranya mereka masih melakukan kesalahan yang berulang
kali selama tiga kali berturut-turut barulah tindakan saman diambil keatas
pesalah itu.
Kita mengesa pihak
berkuasa perlu mengkaji semula tindakan serta kadar saman yang dikenakan ke atas
kesalahan kecil seperti yang tersebut diatas. Kadang-kadang ada tempat parkir
yang terbiar dan tidak digunakan sepenuhnya maka tempat itu perlu diberi
kelonggaran daripada tindakan saman kerana ianya bukan menyebabkan kesesakan
lalu lintas.
Apa yang perlu
dilakukan sekiranya ada pihak yang membuat aduan ialah pihak polis trafik
jangan terus menyaman tetapi memberi amaran agar pemandu yang meletak kenderaan
dikawasan tersebut jangan parkir
kenderaan lagi disitu kerana ada aduan dari pihak tertentu. Mereka sepatutnya
tidak hanya 'touch and go' dan meletakkan kompaun saman tanpa sebarang notis
amaran.
Kita harap masalah
ini perlu diberi perhatian kerana bukan semua pemandu sengaja membuat kesalahan
tetapi disebabkan masalah kesukaran untuk meletak kenderaan dan juga ketika
kecemasan menyebabkan mereka terpaksa meletakkan kenderaan mereka ditempat yang
tidak sepatutnya. Tempat letak kenderaan perlu diperbanyakkan di kawasan
tumpuan orang ramai seperti di kawasan persekolahan, hospital, pasar
ikan/sayur, lapangan terbang dan sebagainya supaya memudahkan pengguna
meletakkan kenderaan mereka di tempat yang betul.
Cara terbaik adalah
dengan memberi amaran serta tindakan sewajarnya diambil sekiranya mereka masih
berdegil dan tetap melakukan kesalahan yang berulang berturut-turut selama tiga
kali maka saman boleh dikenakan. Pengguna perlu diberi didikan dan bukan hanya
didenda kerana ianya tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Kerjasama dengan
pihak berkuasa untuk mengkaji semula cara terbaik untuk mengatasi masalah ini
amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Traffic
Summons should be reviewed
MIRI – In the worsening
economic conditions and burden consumers the government should be helping
people instead of burdening the people with tremendous summons such as traffic
summonses for offenses that do not contribute to accidents, congestion and
public transport services.
Now there is no
longer discounted on summons compound received by offenders like before charges
can be reduced to a minimum. Many drivers complain the problem because some of
them feel not worth it summons on a minor offense such as parking in a
restricted area such as an abandoned taxi parking lot and does not interfere
with traffic flow.
Now these no longer
need to make any appeal because starting from 01/12/2010 compound rate has been
fixed and standardized. Summons deductions is done automation based on the
principle 'The more you delay, the more you pay." Summons compound up to RM300
and can only be reduced by half if paid within seven days notice it still not
worth to offenses committed. Not all the drivers can afford to pay summons as
much as it.
There's no denying
offenders should be penalized if they commit an offense related negative
behavior of the driver and the technical fault on the vehicle to actively contribute
to accidents, congestion and public transport services. But for other offenses
other than the above that not contributing to accidents, congestion and public
transport services should be given due consideration as to give them a warning
if they still make repeated mistakes for three times consecutively then action
is taken against the offender.
We urge the
authorities should review the action and the fines imposed on minor offenses
such as those mentioned above. Sometimes there is an abandoned parking lot and
underutilized then it should given the leeway of action summons because it's
not causes traffic jams.
What should be done
if someone makes a complaint is the traffic police do not directly sued, but
warned that drivers who park in that area so do not park the vehicle again
because there are complaints from certain quarters. They should not just ‘touch
and go’ and put the summons compound without any warning notice.
We hope that this
issue should be aware because is not all the drivers intentionally make offense
but due to the difficulty of parking and also when emergency caused them to
park their vehicles in places it should not. Parking lot needs to be increased
in public places such as in schools, hospitals, fish/ vegetable market,
airports and so on so that easy for users to park their vehicles in the right
place.
The best way is by
warning and appropriate action taken if they still persist and continue to make
repetitive mistakes consecutively for three times then summons may apply. Users
need to be educated and not only fined because it will not be able to solve the
problem. Cooperation with the authorities to review the best way to overcome
this problem is greatly appreciated.
PAS sepatutnya telah lama menggunakan akal untuk membela nasib rakyat seperti dalam isu yang dibangkitkan ini. Rakyat telah lama menderita dari perbuatan rakus pemerintah bukan sahaja diperingakat Persekutaun, malahan juga diperingkat negeri dan pihak berkuasa tempatan. Rakyat menggunnakan kereta bukan kerana mereka benar-benar mampu untuk berkereta kesana kemari, tapi sebaliknya sebagai keperluan pergerakan yang tidak mampu ditampong oleh kemudahan awam.
Mmglah guna akal kalo nk komen pun guna akal jgn cakap mcm x berakal kata org sarawak... Maaf kt sama2 memberi sokongan pd PAS kali tok supaya byk isu rkyt dpt diperjuangkan bersama....