PAS
Sarawak semakin diterima oleh rakyat tempatan
PAS Sarawak telah
mengadakan Karnival Sambutan PAS Sarawak ke20 tahun di perkarangan ibu pejabat
PAS Sarawak di Matang Jaya, Kuching pada 29 Oktober 2016.
Antara aktiviti
sepanjang program sambutan PAS ke20 tahun adalah pameran Jabatan / Lajnah / NGO
PAS, jualan makanan / Pakaian, aktiviti bersama Hadi & Huda, pertandingan
Street Soccer Piala Pesuruhjaya PAS Sarawak (terbuka untuk setiap
kawasan), pertandingan gubahan / mewarna
/ Shawl / gusti lengan / kopi Amal tarik (terbuka untuk setiap kawasan),
cabutan bertuah dan lain-lain.
Pada sebelah
petangnya diadakan perbarisan Jabatan Amal Malaysia dipimpin oleh Dato' Ustaz
Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan pada sebelah malamnya
penyampaian hadiah oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden
PAS.
Slot Solat Hajat
Perdana Selamatkan Palestin diimamkan oleh Tuan Guru Zulkifli Ismail, Mudir
Pondok Baitul Quro' and Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi.
Majlis Pidato Khas
bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merupakan
majlis kemuncak karnival
sambutan PAS Sarawak ke20 tahun.
Antara penceramah
lain yang turut hadir ialah Dato' Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan
Presiden PAS, Tuan Haji Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Dr. Ustaz
Riduan Mohamad Nor, AJK PAS Pusat, Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki, AJK PAS
Pusat, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan DMPM, Sdr Mohamad
Arifiriazul Paijo, Exco DPPM and Ketua Pemuda PAS Sarawak dan juga ketua Dewan
Himpunan Penyokong PAS Sarawak (DHPP) Clement Bayang.
Antara
tarikh-tarikh penting bagaimana PAS berkembang ke Sarawak ialah pada 25 Mei
1990 Muktamar Tahunan PAS kali ke-36 di Taman Melewar telah bersetuju dengan
usul PAS kawasan Tawau supaya PAS berkembang ke Sarawak.
Pada 31 Disember
1994 mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk berkembang ke Sarawak
dan mengarahkan penubuhan Jawatankuasa pro-tem PAS Sarawak.
Pada 22 September
1996, PAS Sarawak secara rasminya ditubuhkan dengan perlantikan Cikgu Mohd
Shokri Mohd Fauzi sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama. Beliau
merupakan anak tempatan yang pertama diberi amanah untuk memimpin PAS di
Sarawak.
Antara
intipati kandungan ucapan Tuan Guru Presiden PAS ialah tentang sejarah
pembebasan negara ini dari penjajah. Dulu Islam yang memerintah negara di
rantau Asia Tenggara ini tetapi setelah penjajah Portugis, British, Belanda dan
Sepanyol datang maka sosio ekonomi, sistem perundangan sudah berubah mengikut
cara sistem penjajah.
Antara isu semasa
yang di sentuh ialah Rang
Undang-Undang (RUU) Akta 355 sebelum ini pernah diusulkan di Parlimen oleh
Menteri Tanah dan Galian pada ketika itu, YB Abdul Rahman Yaakub (Allahyarham Tun Datuk
Patinggi, mantan Ketua Menteri Sarawak), seorang anak jati Sarawak.
Pada masa itu tiada
masalah untuk non Muslim memberi sokongan pada RUU Akta 355. Sekarang ini
keadaan sudah berubah dimana non Muslim berani menentang secara terbuka RUU Akta
355 walaupun
sudah diberi
penjelasan yang RUU Akta 355 hanya untuk Muslim.
Selepas ucapan Tuan
Guru Presiden PAS ditanya tentang samaada PAS masih terbuka untuk berunding
dengan Pakatan Pembangkang lain seperti sebelum ini. Jawapan Presiden PAS adalah
PAS sentiasa terbuka dan tidak pernah menutup pintu perundingan dengan
mana-mana parti pembangkang atau NGO yang ingin bekerjasama dengan PAS.
PAS tidak mahu lagi
jadi pengikut@ khadam parti lain tetapi memimpin bersama parti-parti lain. PAS
tidak mahu dijadikan alat ketika waktu
diperlukan saja seperti menggunakan
jentera PAS untuk memenangi sesuatu
pilihan raya tetapi apabila rakan seperjuangan sudah menang, mereka
menyingkirkan PAS begitu saja apabila tidak sehaluan dengan PAS.
Secara
kesimpulannya PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang
khususnya parti pembangkang tempatan di Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.
PAS sudah diterima oleh rakyat tempatan di Sarawak walaupun pada mulanya sukar
untuk menarik sokongan khususnya penduduk asal Sarawak kerana pada mulanya
mereka menyangka PAS hanya untuk Islam tetapi sebenarnya perjuangan PAS adalah
untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. PAS berjuang berdasarkan Al Quran
dan Sunnah sebab ianya adil untuk semua. Allahua’lam
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Sarawak
PAS is getting welcome by local people
Sarawak PAS had
held a Carnival Celebration of 20th year Sarawak PAS in the compound of Sarawak
PAS headquarters in Matang Jaya, Kuching on 29 October 2016.
Among the
activities during the celebration of the 20th year of PAS is the exhibition of department
/ bureau / NGO PAS, sales of food / clothing, activities with Hadi and Huda, Sarawak
PAS commissioner Street Soccer Cup match (open for each region), composition
contest / coloring / Shawl / arm wrestling / coffee Amal tarik (open for each
region), lucky draws and others.
In the afternoon Amal
Malaysia parade was held is led by Dato Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS
deputy president and in the evening a prize giving by YB Dato 'Seri Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang, PAS president.
Slot of Prime Solat
Hajat Save Palestine led by Tuan Guru Zulkifli Ismail, Mudir Pondok Baitul Quro
'and Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi..
The special speech event
with YB Dato 'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PAS president was the highlights
event of Sarawak PAS carnival celebration of the 20th year.
Among the other
speakers were also present was Dato Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS
deputy president, Haji Jofri Jaraiee, Sarawak PAS commissioner, Dr. Ustaz
Riduan Mohamad Nor, PAS central committee member, Mr Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
PAS central committee member, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Head of
Information DMPM, Mr Mohamad Arifiriazul Paijo, Exco DPPM and Sarawak PAS Youth
Chief and head of PAS Supporters Congress Sarawak (DHPP) Clement Bayang.
Among the important
dates how PAS expanded to Sarawak is on May 25, 1990 the 36th Annual Conference
of PAS in Taman Melewar has agreed with the proposal of PAS Tawau so that PAS
expand into Sarawak.
On 31 December 1994
the PAS central committee meeting decided to expand into Sarawak and ordered
the establishment of a pro-tem Committee of PAS Sarawak.
On 22 September
1996, PAS Sarawak was officially established with the appointment of Cikgu Mohd
Shokri Mohd Fauzi as the first Commissioner of Sarawak PAS. He was the first
local to be given the mandate to lead PAS in Sarawak.
Among the
highlights of the speech content of Tuan Guru Abdul Hadi is about the history
of the liberation of the country from invaders. Once Islam ruled the country of
South East Asia region, but after the Portuguese, British, Dutch and Spanish
came in the socio-economic, legal systems have changed in accordance with the
way of the colonial system.
Among the issues
that was discussed was Bill Act 355 has previously proposed in Parliament by
the Minister of Lands and Mines at the time, YB Abdul Rahman Yakub (the late
Tun Datuk Patinggi, former Chief Minister of Sarawak), a native of Sarawak. At
that time there are no problems for non-Muslims to support the Bill Act 355. Now
the situation has changed where non-Muslims dare to openly oppose Bill Act 355
although has been briefed the Bill Act 355 only for Muslims.
After the speech
Tuan Guru Abdul Hadi President asked about whether PAS is still open to
negotiate with other opposition Alliance as before. President of PAS answered PAS
is always open and never closed the door to talks with any opposition or NGOs
that want to cooperate with PAS.
PAS does not want
to be followers @ servant of other party but lead with the other parties. PAS
does not want to be a tool when time required such as use PAS machinery to win
an election but when comrades had won; they just get rid of PAS when not in
line with PAS.
In conclusion PAS
is ready to cooperate with any of the opposition parties, particularly local
opposition parties in Sarawak, irrespective of race and religion. PAS has been
accepted by the local people in Sarawak although initially difficult to attract
support especially indigenous people of Sarawak because```` at first they
thought PAS only for Islam but actually PAS is for all regardless of race and
religion. PAS struggle is based on Al Qur'an and the Sunnah because it is fair
to all. Allahua'lam (Only Allah knows)
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
KLIK-> PESUGIHAN TOGEL