Mengapa
Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) diberi keutamaan?
Malaysia telah
memeterai perjanjian untuk membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)
dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dengan pembiayaan
melalui pinjaman mudah daripada Export-Import (Exim) Bank of China. Projek yang
dianggarkan bernilai RM55 bilion itu adalah salah satu daripada projek-projek
berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
Persoalannya
mengapa projek yang menelan belanja berbilion ringgit ini diberi keutamaan di
Semenanjung Malaysia sedangkan rakyat Sarawak dan Sabah amat memerlukan laluan
lebuhraya Pan Borneo Sarawak - Sabah sepanjang 1,089 kilometer ini perlu diberi
keutamaan daripada keperluan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL). Mengapa
Perdana Menteri Malaysia masih sanggup berhutang semata-mata untuk membina ECRL
ini dalam keadaan kegawatan ekonomi negara masa kini.
ECRL ini merupakan
jaringan perkhidmatan tren baru itu yang bakal merentasi Banjaran Titiwangsa
yang melibatkan laluan sepanjang kira-kira 600 kilometer (KM) melalui beberapa
bandar seperti Gombak, Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu
dan berakhir di Tumpat Kelantan.
Pantai Timur sudah
memiliki jaringan Lebuhraya Pantai Timur yang cukup baik malahan mempunyai
rangkaian penerbangan dari Kuala Lumpur, Subang dan Pulau Pinang melalui Lapangan
Terbang Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan. Sedangkan Sarawak masih jauh ketinggalan dan
tidak mempunyai rangkaian pengangkutan jalan darat yang baik malah rangkaian
penerbangan juga agak terhad terutama di pekan-pekan kecil seperti Lawas, Mukah
dan di pedalaman Baram.
Malah kawasan
ekonomi impak tinggi seperti Miri, Bintulu dan Sibu pun masih mempunyai
jaringan penerbangan yang terhad dan keadaan jalan yang masih teruk disebabkan
jalan laluan lori balak dan kenderaan berat yang menyebabkan jalan beralun dan
rosak. Sepatutnya lapangan terbang Miri dinaik taraf sebagai lapangan
antarabangsa yang mempunyai rangkaian penerbangan terus ke luar negara.
Mungkinkah Najib
terdesak sekarang untuk mengekalkan kuasa dengan memberi tumpuan di kawasan
yang kuat
pembangkang seperti di Pantai Timur seperti negeri yang dikuasai oleh PAS
berbanding dengan pengundi tegar Barisan Nasional di Sarawak. Bagaikan habis
madu, sepah dibuang, begitulah nasib rakyat Sarawak yang setia dengan kerajaan
BN tetapi nasib mereka terus terpinggir.
Walaupun Ketua
Menteri Sarawak pernah menuntut berbagai peruntukan untuk pembangunan di
Sarawak tetapi Perdana Menteri seperti tidak ambil kesah dengan pemohonan Ketua
Menteri Sarawak itu.
Rakyat Sarawak
harus bangkit menentang ketidakadilan ini kerana mereka sering mengabaikan
keperluan asas rakyat Sarawak. Fokus yang jelas mereka memberi keutamaan dan
pembangunan di Semenanjung Malaysia tatkala Sarawak terus menjadi simpanan
tetap BN pusat yang jelas mengabaikan keperluan rakyat Sarawak. Sampai bila
hendak melihat Sarawak maju kalau terus terpinggir begini.
Kerajaan Sarawak
juga perlu memberi keutamaan kepada anak negeri Sarawak yang tidak mempunyai
tempat tinggal tetap dan tempat mereka mencari rezeki. Kerajaan Sarawak juga perlu ingat yang sumber
hasil utama datang dari Sarawak dan sepatutnya Sarawak sudah boleh jadi negara
maju setanding dengan negara maju lain seperti Singapura sekiranya ditadbir
dengan baik dan adil. Kerajaan yang adil adalah kerajaan yang tidak
menyalahgunakan kuasa dan tidak merampas hak rakyat dengan memberi kemudahan
kepada korperat dan pelabur asing untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Why
the East Coast Rail Link (ECRL) is given priority?
Malaysia has
entered into agreements to build the East Coast Rail Link (ECRL) with China
Communications Construction Company Ltd. (CCCC) with financing through soft
loans from the Export-Import (Exim) Bank of China. The estimated project worth RM55
billion, is one of the high-impact projects under the 11th Malaysia Plan.
The question is why
the projects costing billions of ringgit is given priority in Peninsular
Malaysia while the Sabah and Sarawak were in dire need of the Pan Borneo
highway route Sarawak – Sabah along the 1,089-kilometer should be given
priority over the needs of the project of the East Coast Railway (ECRL). Why
the Prime Minister still willing to be in debt solely to build this ECRL in an
economic downturn nowadays.
ECRL is a new train
service network, which will cross the Titiwangsa Range involving the route
about along 600 kilometers (KM) through several towns such as Gombak, Mentakab,
Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu and ended in Tumpat, Kelantan.
East Coast already
has a network of East Coast Highway that is good enough even has a network
flights from Kuala Lumpur, Penang and Subang Airport via Kota Bharu, Kuala
Terengganu and Kuantan. While Sarawak is still lagging behind and does not have
a good road transportation network even the route network somewhat limited,
especially in small towns such as Lawas, Mukah and in the interior of Baram.
Even high impact
economic areas such as Miri, Bintulu and Sibu are still have a limited network
of aviation and road conditions were still poor due to the routes of logging
trucks and heavy vehicles cause bumpy roads and damaged. Miri airport should be
upgraded as an international airport, which has direct links to overseas.
Could it be that
Najib now desperate to retain power by focusing on strong opposition areas such
as the East Coast state controlled by PAS compared with hardcore voters of Barisan
Nasional in Sarawak? As if leaving after having fun, that was the fate of the
people of Sarawak that loyal to the BN government but their fates continue to
be marginalized.
Although the chief
minister of Sarawak had demanded the allocation for development in Sarawak but
The Prime Minister such as apathy, with chief minister of Sarawak's request.
Sarawakians must
rise up against this injustice because they often ignoring the basic needs of
the people of Sarawak. They give a clear focus and development priorities in
the peninsula Malaysia when Sarawak continues to be BN's fixed deposit that
clearly ignoring the needs of the people of Sarawak. Till when want to see Sarawak
developed if continues marginalized like this.
Sarawak Government
should also give priority to Sarawak natives that not have a permanent home and
the place they make a living. The Sarawak government also needs to remember
that the main source of revenue comes from Sarawak and Sarawak supposed to
already can be a developed country at par with other developed countries such
as Singapore if administered properly and fairly. Fair government is the governments
that not abuse their power and confiscate the right of citizens by provide
convenience to the corporate and foreign investors to scoop profits alone.
because sarawak leaders are corrupt.
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
KLIK-> PESUGIHAN TOGEL