Sambutan Masyarakat Cina Terhadap
PAS Amat Menggalakkan

Sempena
perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, PAS Miri telah mengedarkan kad ucapan Tahun Baru
Cina dan juga buah oren kepada masyarakat Cina di sekitar bandaraya Miri.

Dengan
adanya program semacam ini, ianya akan merapatkan lagi hubungan antara agama
dan kaum yang terdapat di negara ini walaupun terdapat isu hangat yang boleh
menjejaskan hubungan PAS dengan rakyat tetapi apabila mereka mengenali PAS
secara dekat mereka tahu bahawa apa yang digambarkan oleh media hanya
propaganda untuk menjejaskan imej PAS.

Masih
ramai yang menganggap PAS sebagai sebuah parti Islam yang hanya untuk umat Muslim
tetapi mereka tidak tahu yang PAS sudah ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
yang terdiri dari berbagai kaum dan
agama yang jadi penghubung antara agama dan kaum di negara ini.

Kalau
PAS tidak dapat diterima oleh masyarakat berbilang bangsa dan agama di Sarawak,
sudah pasti PAS tidak mendapat sebarang sokongan dari masyarakat Muslim dan non
Muslim semasa Pilihan Raya umum ke-13 yang lalu dan tidak akan kekal lama di
Miri dan Sarawak.
Setelah
mereka mendapat kefahaman tentang perjuangan PAS dan Islam, mereka yakin bahawa
PAS bukanlah parti ekstrem dan hanya sesuai untuk satu bangsa dan agama saja
tapi ianya boleh diterima oleh semua kaum dan agama di negara ini setelah
mengenali secara dekat.
Atas
usaha mendekati masyarakat berbilang kaum dan agama yang dilakukan oleh PAS
Miri selama ini, telah menunjukan peningkatan sokongan yang positif dari
masyarakat setempat sama ada dari Muslim dan non Muslim.
Kita
akan sentiasa memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berbilang
kaum dan agama di Miri khususnya, bahawa kedatangan PAS di Miri bukan saja
sebagai sebuah parti politik dan dakwah semata-mata bahkan akan bersama-sama
dengan Pakatan Rakyat menegakkan keadilan dan memberi kebajikan kepada semua
kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri
Jaraiee
PAS Miri,
Sarawak
English
version
The response of the Chinese
Community against PAS is very encouraging

In the conjunction
of the Chinese New Year recently, PAS Miri has distributed the Chinese New Year greetings
cards and also oranges to the Chinese communities around Miri city.

By
having of this kind of program, it will strengthen the relationship between religions
and racial in this country although there is a hot issue that could affect the PAS
relationships with the people but when they be familiar with PAS closely they
know that what is being portrayed by the media is just propaganda to tarnish
the image of PAS.
PAS Miri
always hold close all races in Miri, irrespective of race and religion. With
such activities, the community in Miri will easily know the PAS closely and of
this will indirectly erode the fear and misunderstanding of Muslim and non-Muslim
communities against PAS all this while.
There
are many who consider PAS as an Islamic party that is only for Muslims but they
do not know that PAS had existed of PAS supporters' congress (DHPP) which
consists of various races and religion that to be a liaison between religious
and ethnic groups in the country.
PAS has
long resided in Miri in particular, and then it is time that PAS can represent
all races and religions for the sake of justice and welfare for all.
If PAS cannot
be accepted by the community of all races and religions in Sarawak, PAS
certainly did not get any support from Muslim and non-Muslim communities during
the 13th general election ago and will not remain long in Miri and Sarawak.

Upon
approaching the different communities and religions committed by PAS Miri all
this while, has been shown increase positive support from the local community,
whether from Muslim and non-Muslim.
We will always give explanations and
clarifications to multiracial society and religions in Miri in particular, that
the appearance of PAS in Miri is not just as a political party and missionary
alone but will jointly with the Pakatan Rakyat for justice and give welfare to
all races regardless of race, religion and political affiliation.
0 Comments Received
Post a Comment