Penghuni Rumah Usang Perlu Bantuan
Segera

Penghuni
tersebut ialah En. Sahari Bin Bujang yang sudah lama menetap di rumah kayu yang
usang itu lebih 30 tahun di Kpg Pujut Tanjong Batu, Miri.
Menurut
Sahari dia hanya bekerja sebagai tukang kayu yang tidak mempunyai gaji tetap
dan tidak ada pencen. Beliau tinggal bersama keluarga yang agak ramai dimana
anak serta cucu beliau juga tinggal bersama dalam satu rumah kayu yang usang
itu.
Pendapatan
keluarga juga tidak menentu, kalau ada sumber
pekerjaan dapatlah mereka sekeluarga rezeki untuk menyara kehidupan harian
keluarga mereka. Keluarga beliau boleh dikategori sebagai penduduk miskin
bandar.

Dia
sudah beberapa kali memohon bantuan dari pihak kerajaan dan juga Baitulmal
Sarawak sejak tahun 2014 tetapi sehingga
kini tiada sebarang tindakan diambil untuk memperbaiki atau membina semula
rumah kayu usang tersebut.
Dia
memohon bantuan pihak kami agar masalah ini dapat dikemukakan kepada pihak yang
berkenaan agar dapat diambil tindakan dengan segera. Setelah kita melihat
keadaan rumah tersebut memang patut dibina semula memandangkan keadaan dalamnya
agak bahaya untuk tempat tinggal kerana struktur rumah kayu itu sudah reput.
Kita
mengesa pihak agensi kerajaan seperti BaitulMal, Badan Kebajikan Kemasyarakatan
dan lain-lain agensi kerajaan segera membantu keluarga ini agar mereka dapat
tinggal di rumah baru mereka secepat mungkin.

Beliau
sangat berharap agar masalah rumah beliau yang usang ini mendapat perhatian
dari pihak berkuasa dan dapat dibina semula dengan segera kerana beliau amat
bimbang sesuatu akan terjadi sekiranya mereka terus tinggal dalam rumah kayu
usang itu.
Kerjasama
dengan semua pihak untuk membantu keluarga Sahari Bujang agar mereka dapat
hidup dengan selesa dan selamat dalam rumah baru amat dihargai.
Jofri
Jaraiee
PAS
Miri Sarawak
English version
Occupants of Dilapidated Houses Need
Immediate Help

The
occupant was Mr. Sahari Bin Bujang that has long been settled in that
dilapidated wooden house more than 30 years in Kpg Pujut Tanjong Batu, Miri.
According
to Sahari he only worked as a carpenter who does not have a fixed salary and no
pension. He stayed with his family that bit crowded in which children and his
grandchildren also live together in a dilapidated wooden house.
Family
income is also uncertain, if there is a source of livelihood for them and their
families then is could support their family life. His family could be
categorized as urban poor.

He
has several times sought assistance from the government and also Sarawak Baitulmal
since 2014 but until now no action has been taken to repair or rebuild the
dilapidated wooden house.


We
also urge the parties undertake the Hardcore Poor Housing Project (PPRT) which
help repair the house of poor people in Malaysia can come forward to help this
poor family immediately.
He
is hoping that the problem of his dilapidated house will get the attention from
the authorities and can be rebuilt immediately because he was worried something
will happen if they continue to live in the dilapidated wooden house.
0 Comments Received
Post a Comment